Assalamualaikum. Saya nak berkongsi pengalaman, pandangan saya dan nak mendengar pandangan orang lain… platform ni sesuai sebab orang tak boleh judge sebab tak kenal siapa saya…
Basically saya dibesarkan dengan didikan agama, arwah ayah ustaz, mak biasa… pernah dulu mak cerita kawan-kawan arwah tanya, kenapa arwah ayah tak cari ustazah-ustazah sebagai isteri…
Arwah ayah kata dia ada pandangan dia sendiri. Mak adalah anak murid arwah ayah.. lepas mak habis sekolah, baru mereka berkahwin… arwah ayah tau mak ada minat untuk mendalami agama dan mak juga pelajar pintar…
Mak bergaul dengan kawan-kawan arwah ayah yang memang ustaz ustazah.. tapi mak biasa-biasa. Mak sibuk menguruskan anak-anak dan perniagaan.
Lepas arwah ayah meninggal, slowly mak berubah belajar mengaji, perbetulkan solat, mula labuhkan tudung, kemudian berstokin, belajar bahasa arab, dan mengikuti pelbagai pengajian…
Sampaikan mak dapat tauliah daripada seorang anak tuan guru… mak sungguh-sungguh belajar, nota mak sangat cantik kalah budak sekolah, nota mak juga jadi rujukan kawan-kawan sebaya dengan mak.. saya bangga dengan mak…
Basic yang arwah ayah tinggalkan dekat mak, anak-anak kena hantar sekolah agama… supaya ada ilmu, kalau satu hari anak-anak sesat, dia tau cari jalan pulang…
Jadi kami adik beradik yang ramai ni semuanya sekolah agama sampai form 5, bermula daripada saya… abang kakak saya sekolah agama sampai form 3 sahaja.
Mak selalu risau pasal abang kakak, lepas masuk mrsm, sbp dan universiti… masa ni arwah ayah dah meninggal…
Hari hari mak termenung, risau anak anak terjebak dengan pengaruh rakan sebaya… saya cakap dekat mak, mak doa la anak-anak selamat kerana doa seorang ibu makbul..
Bayangkan mak yang sebatang kara, tiada keluarga lain, anak-anak jauh, mak selalu termenung.. alhamdulillah, berkat doa mak, anak-anak mak boleh kata tiada masalah walaupun tak ada ayah…
Jadi, saya pegang prinsip arwah ayah, anak-anak kena dihantar ke sekolah agama… saya sendiri bukan alim pun, saya pakai tudung masa darjah 6…
Masa sekolah menengah, saya mula faham agama, dan saya pasakkan dalam diri saya, ada perkara-perkara yang saya akan buat sebagai tanggungjawab saya… contohnya menutup aurat.
Tapi dari segi akhlak, itu proses untuk saya perbaiki sebab saya lahir-lahir je BUKAN seorang yang lemah lembut, baik giler, jenis senang dibuli…
Bila bergaul dengan budak-budak sekolah, saya ni macam langit dan bumi… bila jumpa yang muslimah solehah ni, aduhai, rasa beruntungnya diorang dilahirkan baik, ada keluarga baik-baik, cukup kasih sayang, makan pakai semua…macam tak ada masalah hidup..
Pandangan saya, orang yang menutup aurat tak semesti terus baik macam malaikat… most of them adalah orang yang sedang perbaiki diri sendiri, they still need guidance and support…
Yang betul-betul baik giler tu boleh bilang dengan jari… so ia membentuk diri saya, never judge people by its cover…
Saya boleh bergaul dengan semua jenis orang, tapi tu la ,bila tergolong dlm orang menutup aurat… orang lain la rasa macam ada barrier dengan saya…
Lepas sekolah, saya duduk dalam aliran sains, dah tak ada circle agama, tapi saya masih mengekalkan appearance saya… saya selalu kene friendzone… tak diajak untuk sesuatu aktiviti.. saya terima la mungkin saya tak capai standard diorang… atau tak ada class…
Saya cari juga circle agama… tapi tu la, macam saya cakap mostly adalah orang yang mencari dan nak perbaiki diri, jadi bila diorang tau background saya sekolah agama, diorang anggap saya baik giler macam malaikat…
Bila tau saya tak macam diorang expect, diorang akan bagi pandangan judgemental… kalau diam-diam takpe, ni canang merata tempat… kalau bercakap pasal saya, saya admit saya tak sempurna.. tapi kalau kaitkan pasal agama, Allahu…
Pengalaman friendzone ni daripada sampai universiti sampai dah kerja… orang macam saya ni, pergi mana pun jadi tumpuan dan jadi penanda aras kepada orang lain… buat apa pun, semua dinilai.
Orang macam ni selalu dibuli.. tapi silap la nak buli saya, bila saya speak up dan bela diri, jadi isu perbualan pula…
Jadi saya lebih selesa berdiam diri dari bergaul, saya bercakap benda penting-penting je… saya tau orang cakap kita sombong pula… buat apa pun serba tak kena. Tapi tak kisah lah, as long kita tak kacau dia…
Suami saya pula sekolah agama swasta dari darjah satu… dia pun admit, bila berkawan, ada sikit tak sama sebab orang lain letak gap dia sekolah agama…
Tapi suami kata saya sebagai perempuan lebih berat kena, sebab obvious dari segi pemakaian. Suami saya pula bukan jenis berkopiah, berketayap, dia biasa je… tapi masih dilayan begitu…
Bila dah ada anak-anak, saya nak anak-anak sekolah agama, nak teruskan legasi arwah ayah… anak sulong baru darjah 4, masa tadika, dia tadika pasti… it’s not our first choice…
Tapi sebab masa tu, tu je yang paling baik… alhamdulillah banyak dia belajar.. bila sekolah rendah, kami masukkan sekolah agama swasta, tu je yang paling sesuai sebab kami dua-dua kerja…
Basic di pasti tu membantu untuk dia lebih faham bila sekolah rendah… cumanya saya tengok dia tak pandai urus kebersihan rambut… dari umur 6 tahun pakai tudung, dan satu lagi, masa ni saya pjj, suami yang jagakan yang sulong… bila sekolah rendah pun sama, terus sauk tudung…
Bila anak no.2 dan no.3, saya masukkan tadika biasa… mungkin sebab ramai parent yang keluarkan anak dari tadika, sebab nak cari alternatif tadika agama…
Jadi cikgu-cikgu tadika anak saya ni, mengajar juga la tentang solat, hafazan, zikir-zikir pd anak no.2 dan no.3… masa ni saya dah tak pjj..
Saya perhati anak saya juga suka sikat dan dandan rambut dekat rumah… bila balik tadika, cikgu-cikgu dandan rambut anak… lagipun anak-anak umur ni nak bermain, kalau dipakai tudung pasti tak selesa berpeluh…
Saya sendiri dulu pun tadika biasa je, bukan tadika agama, siap pakai skirt… lepas tu pagi sekolah rendah, petang sekolah agama jais… sekolah agama jais, bagi saya sangat bagus ilmu ilmu diajar…
Saya mula pakai tudung masa habis darjah enam… masa tu saya dah faham kenapa dan saya sendiri nak pakai… jadi saya taknak anak-anak rasa terpaksa, biar mereka buat kerana mereka nak dan mereka faham kenapa… bukan sebab saya suruh.
Anak sulung saya sekarang, selalu minta pakai tudung… saya biarkan saja dia nak pakai atau tak.. memang lain la kalau tengok anak-anak kawan saya semuanya bertudung dari darjah satu…
Selalunya orang pelik, mak elok tutup aurat, anak tak pakai tudung… tak mainstream la macam orang lain…
Saya sekarang tekankan dekat anak sulung, sikat rambut, kemaskan diri… dia pun perasan bila tengok adik-adik lebih kemas dan dia berusaha… cuma pagi dia nak pergi sekolah, rambut basah nak pakai tudung, pakai hair dryer pun kadang tak sempat kering.
Jadi saya pesan takyah basuh rambut pagi, balik baru cuci rambut sebab nanti berkepam rambut…
So now saya rasa umur macam tu, biarlah mereka selesa dengan diri sendiri, jangan cepat sangat nak tudungkan mereka… lagipun belum wajib… hari raya, saya sediakan tudung untuk mereka…
Kakak saya sekolah agama sampai form 3, patut dah tau hukum tutup aurat, lepas tu dia ke sbp… berkawan dengan macam-macam orang.. sampai dia dah kahwin beranak semua..
Kadang dia tak tutup aurat sesama biras, mak pernah tegur dulu.. dia malas mengaji quran, suami dia pernah tegur walaupun suami dia sekolah biasa ..
Kakak pernah cakap, dia tak suka orang-orang yang tutup aurat macam saya, perasan bagus je.. dari dia sekolah lagi, dia tak suka orang macam ni… saya pun tak tau apa experience dia… bukan saya nak cakap kakak tak bagus, dia dah tau semua, kalau dia taknak buat, itu pilihan dia…
Saya tahu kakak pengaruhi adik perempuan saya pula, nak cari geng back up… saya tak pernah tegur apa pun dekat kakak dari dulu sebab saya rasa dia dah cukup dewasa… cuma saya sedih bila ada pemikiran judgemental macam tu.
Kalau dia tak suka, saya pun tak suka bila dijudge macam tu oleh dia, kawan-kawan dan rakan sekerja… syukur anak dia selesa ikut anak saya bertudung, selalu anak-anak dia curi-curi tengok kami berjemaah.. kalau saya panggil, diorang lari…
Sekarang abang ipar saya juga rajin berjemaah dengan anak-anak dia , without my kakak.. kakak saya ni memang keras dari kecik kalau ajak solat jemaah memang dia buat tak tau… ada je keje dia nak buat, umur pun dah 40..
Semoga terbuka la pintu hati dia… hopefully satu hari nanti kami boleh solat jemaah sama2 satu keluarga besar…
Jadi, untuk anak-anak, saya taknak push mereka, cuma saya sediakan landasan untuk mereka… pandai lah mereka nanti.. saya syukur dan sentiasa doakan utk arwah atuk dan nenek saya… walaupun mereka hanya petani biasa, tapi mereka ada kesedaran agama…
Mereka yang usahakan, bekerja membanting tulang, saya selalu perhatikan urat-urat tangan mereka, jari-jari yang berkematu, bekerja, kulit yang gelap bekerja tengah panas…
Untuk hantar arwah ayah belajar tinggi hingga jadi ustaz… banyak jasa mereka, semoga tak terputus amalan mereka yang terdahulu..
Mungkin apa saya buat dan fikir ni salah, apa pula pandangan orang lain, harap boleh sharekan pengalaman masing-masing juga…
– Cempaka (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit