Hai, namaku Am (bukan nama sebenar). Aku anak ke 2. Dari kecil dibesarkan dengan kekerasan mental, kekerasan fizikal, dan kekerasan psikologi oleh bapa dan ibuku dengan alasan untuk kejayaan masa depan.
Aku dibesarkan dengan kasih sayang sejak kecil tetapi semuanya berubah ketika umurku 9 tahun dan abangku 12 tahun. Disebabkan abangku mempunyai ujian UPSR, aku turut terpalit sama.
Bapaku Jal. Bukan Nama sebenar. Seorang sekuriti, berkerja shift 6 hari seminggu. Ibuku pula Ma bukan Nama sebenar. Seorang surirumah.
Penat lelah bapaku membuatkan anginnya tidak menentu dan tangannya senang melayang2 ke tubuh yang dikehendaki dengan alasan, baca buku untuk kesenangan masa depan.
Aku dipaksa untuk mencapai kejayaan dalam setiap peperiksaan dengan cara memaksa aku membaca buku Sehingga pkul 2a.m ke 3a.m.
Tekanan yang diberikan membuatkan aku tertidur dimeja study dan disimbahkan air satu baldi di kepala. Bayangkan korang tengah lena tidur dibuai mimpi air hempap kepala, macam elektrik beb. Hahaha.
Dan pukul 7a.m masa untuk aku ke sekolah. Haaa, dan kalau nak tahu meja study aku dimeja makan, berdekatan TV. Bapaku pula suka menonton TV, dan menyuruh aku membaca buku dimeja makan.
Boleh saja aku membaca buku di bilik, tapi biasalah bapa selalu betul untuk mendera emosi anak-anak. Dia terkekeke tengok TV.
Pernah sekali aku menjeling mata ke TV, rancangan kung-fu hustle, aku tertawa kerana lawakkan cerita tu. Kikihh. Cukup bunyi berdecit saja.
Bapaku mula bermata merah dan memukul aku kerana tidak fokus dalam membaca buku. Begitulah larutnya keadaan aku.
Ini baru 1/1000 punya cerita. Cukup lah 1 pasal buku. Haaa, kalau nak tahu bapa aku juga seorang yang kedekut. Pernah suatu masa duit bapaku hilang RM100. Dia mengesayaki aku atau abangku yang ambil duit tu.
Aku dan abangku disiasat bagaikan polis berpangkat sekuriti. Di panggil masuk ke bilik, disuruh mengaku dan dipukul di tapak tangan sehingga ada yang mengaku. Entah berapa banyak kali dipukul sampai kan terasa diri ini kebal.
Sampai kan satu tahap ak menghulur tangan tanpa setitis lagi air mata keluar. Sakit jangan kata, tapi kalau dah banyak kali pukul jadi kebal lah. Hahaha. Dari situ lah aku belajar ilmu kebal.
Setiap kali bapa aku rotan tiada kesakitan ditubuhku lagi, melainkan kesakitan dihati yang terasa pedih.
Sebenarnya duit tu abang aku yang ambil dan diselitkan dalam buku.
Kantoi juga akhir ya, tapi aku tidak pernah berdendam dengan abangku kerana aku tahu salah bapaku yang tidak memberi kan duit belanja pada abangku. Sebab apa aku pon dah lupa. Ni Baru 1/1000 cerita pasal duit. Cukuplah 1 aku cerita.
Emakku pula surirumah ibarat reporter, dan pelakon terbaik wanita. Pernah suatu hari, bapaku tiada keluar bekerja dan Emakku ke pasar membeli barang. Aku pun beranikan diri menonton TV dragon-ball, pukul 9.00 pagi. Ingat tak siapa yang sezaman dengan ku? Haha.
Biasalah, hidup aku tak pernah dapat tengok TV dengan tenang walaupun sekejap. Tup Tup mak aku balik dari pasar.
Aku terkejut kerana asik menonton TV, alang-alang dah kantoi, aku teruskan menonton TV. Mula lah keluar bebelan suci. Macam biasa, Aku naik keatas dan terus ke bilik, sambung membaca buku.
Bila petang menjelma, Bapaku pulang dari kerja, Emakku sudah bawa berita. Kata nya aku tak membaca buku seharian menonton Goku.
Macam lagu plak kan. Apalagi, jadi supersaiya lah bapa aku. Dipukul2 nya semahu nya. Tapi nasib aku baik, ada penyelamat yang datang selamatkan aku. “Abang, dah lah tu, bawa istifar sikit”. Itulah emak aku.
Betul-betul bawa cerita lepastu berlakon jadi penyelamat. Haa ini Baru 1/1000 drama mak aku. Cukup lah 1 aku bercerita. Begitulah hidup aku sehari-harian, ingin bermain bola, tidak diberi dengan alasan padang berdebu.
Bila tukar padang, bermain di padang sekolah, kata aku tak fokus dalam pelajaran dan tido bila penat bermain. Pernah sekali jiran merangkap kawan2 ku memanggil aku untuk bermain bersama.
Dijerkahnya kawanku sampai sekarang dia mengelak nak jumpa bapak aku. Hahaha.
Tapi biasalah, bila dididik dengan keras dan mental, aku menjadi seorang kaki gaduh yang berpelajaran bila masuk ke sekolah menengah. Segala amarah aku terhadap ibu bapa aku, ada yang akan mendapat penumbuk aku disekolah.
Aktiviti yang aku suka bergaduh 1 by 1. Aku pon dah lupa berapa banyak kali aku bergaduh semata mata untuk dihormati dan ramai kawan.
Sebenarnya banyak lagi kekerasan, emotional abuse, psikologi abuse dan bermacam macam lagi yang aku hadapi. Cuma sedikit Sahaja yang boleh aku ceritakan.
Dan sekarang hati aku keras, sekeras keras nya terhadap kedua ibubapaku. Kerana setelah aku bekerja tanpa mengganggu mereka pon, diorang masih membuli mentalku secara halus.
Betullah orang kata, kalau dari kecil dah biasa memukul aku, mengawal aku, dah besar panjang pon akan tetap melakukan benda yang sama melalui psikologi mental.
Senang kata, deraan mental untuk menunndukkan aku. Tapi didikan yang keras mengajar aku air yang dicincang, boleh putus.
Kerana aku dah give up dengan semua ini. Jadi kan ini sebagai panduan untuk ibubapa. Kepada yang ada anak-anak, berhati-hati dalam mendidik. Kerana silap mendidik, boleh digigit.
Selamat mendidik anak-anak supaya tidak menjadi seperti aku. Assalamualaikum.
– Am (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit