Didikan Untuk Anak Perempuan

Assalamualaikum.. Ini adalah response kepada confession “salahkah didikan kami”, (https://iiumc.com/salahkah-didikan-kami/). Saya bercakap dari sudut pandangan seorang anak perempuan.. Saya seorang anak perempuan yang dibesarkan dengan pelbagai kekangan juga dari ibu ayah saya.

Sejak dari kecil hingga usia selepas spm, saya tak pernah langsung keluar dari rumah tanpa ibu atau ayah saya. Saya tak pernah keluar walaupun bersama rakan perempuan, apatah lagi rakan lelaki. Kerana ibu saya tak benarkan.

Saya masih ingat ketika menunggu keputusan spm, saya dimasukkan ke sebuah kursus jangka masa pendek, itulah kali pertama saya keluar bersama rakan perempuan. Pertama kali saya ke kedai runcit bersama rakan2, tanpa ibu atau bapa saya..Perasaan saya, saya merasakan sangat bebas..Betapa selama ini kebebasan saya disekat.

Dari segi pemakaian pula, ibu saya benar2 mengatur cara pemakaian saya, baju2 saya dibelikan, semuanya muslimah dan menutup aurat. Baju longgar2, tudung labuh, Pemakaian seluar tak digalakkan, kalau ada pun baju jubah seluar yang longgar.

Tipulah sebagai remaja saya tak pernah memberontak, saya pernah juga rebel nak pergi tuisyen pakai tshirt singkat dan berseluar, memang gaduh besar dengan ibu tapi saya tetap pergi sebab saya rasa itu hak saya. Tapi sampai di sana saya jadi malu sendiri sebab sebagai seorang yang berpakaian muslimah, tiba2 berpakaian sedemikan membuatkan saya rasa malu. Itulah kali terakhir saya berpakaian sedemikian.

Dari segi pergaulan dengan lelaki, saya sudah tentu tiada kawan lelaki, dan memang benarlah saya juga ada rasa mahu berkenalan dengan lelaki kerana itu fitrah seorang remaja. Saya sendiri ada orang yang saya minati, dan saya juga diminati ramai lelaki..ramai lelaki yang menulis surat mahu mencurah isi hati, panjang lebar suratnya, zaman itu saya belum ada handphone sendiri.

Namun satu yang saya puji ibu saya, dia tidak memarahi saya sewenang2nya jika berkaitan dengan lelaki, pendekatannya beliau lebih menjadi seorang kawan kepada saya. Jika saya bercerita tentang lelaki, ibu saya hanya mendengar, berminat untuk mendengar dan kemudian gelak2 bersama meraikan cerita saya.

Beliau tidak memarahi saya, malah menceritakan pengalaman2 beliau zaman remaja yang diminati ramai lelaki juga. Maka dengan itu saya tahu bahawa mencintai dan dicintai lelaki itu satu fitrah dan bukan satu dosa. Cuma bagaimana kita mengawal dan membawa perasaan itu supaya ia tak bertentangan syariat, itulah yang menjadikan kita seorang perempuan bermaruah.

Disebabkan merasakan ibu saya seorang kawan dan pendengar yang baik, saya menunjukkan semua surat2 yang saya terima kepada beliau, reaksi beliau sangat menyenangkan hati saya, beliau tidak marah malah gelak bersama saya membaca isi surat2 berkenaan.

Ibu seperti biasa menceritakan pengalaman beliau juga, dan bila saya tanya perlu ke saya membalas surat2 ini? Beliau sambil tersenyum, katanya tidak perlu. Maka saya tahu tidak perlu melayani lelaki2 ini kerana semuanya masih muda dan main2. Maka terputuslah hubungan yang tidak sepatutnya antara saya dan lelaki berkenaan2.

Malangnya, zaman teknologi makin canggih, saya terdedah pula dengan internet dan website lucah2. semuanya bermula bila cerita english2 yang ada adegan yang meransang nafsu remaja, memang saya juga turut tergoda. Maka inilah kesilapan terbesar saya, melayan nafsu remaja dengan melihat adegan yang tak sepatutnya. ini berlaku ketika saya sudah masuk ke universiti dan jauh dari ibu saya. Dugaan dan ujian sebagai remaja semakin kuat. Saya kalah. Saya asyik melawati laman web yang tak sepatutnya.

Tapi saat ni saya bersyukur, saya masih dengan pendirian, lelaki tak perlu didekati dan saya mengimpikan suami yang baik seperti yang ibu saya ajarkan. Perempuan baik untuk lelaki yang baik. Dan saya perlu jaga diri saya supaya maruah saya terjaga. Supaya saya tidak bergaul dengan lelaki yang bukan2, dan diambil kesempatan oleh mereka ini. Saya tak berkawan dengan lelaki sebab saya takut saya tak dapat mengawal diri dan nafsu sendiri..

Jadi benarlah seperti yang Islam ajarkan, jangan menghampiri zina. Jika dengan keadaan saya yang melihat laman yang tidak sepatutnya, dan ada pula teman lelaki, anda rasa dapat ke saya menahan nafsu sendiri? Saya sangat takut tak dapat mempertahankan maruah sendiri. Jika maruah saya diambil mana2 lelaki, macam mana saya nak berhadapan dengan bakal suami saya. Saya tak sanggup.

Saya mahu suami yang baik, maka saya harus jadi perempuan yang baik. Cuma nafsu remaja sangat sukar dikawal. Saya akui. Saya yakin anak perempuan confessor sebelum ini juga mengalami kesukaran untuk mengawal nafsu remajanya.

Saranan saya, jadilah pendengar yang baik pada anak remaja terutamanya perempuan. Kebanyakan remaja mahu difahami, didengari, disayangi..Sangat sakit jika asyik diatur2 hidupnya, dimarahi, ditekan, maka akan jadilah remaja yang memberontak.

Kisah remaja saya berakhir dengan pernikahan saya dengan lelaki yang baik alhamdulillah. Walau saya masih juga pendosa kerana melayani web yang tak sepatutnya, saya beryukur Allah masih melindungi saya dari lelaki2 yang tak sepatutnya. Saya beryukur lelaki pertama yang meyentuh saya adalah suami saya yang sah.

Saya sangat berterima kasih pada arwah ibu yang menjaga saya dengan penuh ketegasan, dalam kelembutan. Dan beryukur Allah memberi saya sifat malu yang saya rasa wajib ditanam dalam jiwa setiap wanita, sebab sifat malu itu sendiri yang menjaga saya dari hubungan dengan lelaki yang bukan mahram, dan berpakaian yang menutup seperti ajaran ibu benar2 menjaga saya dari didekati lelaki yang tak baik.

Walaubagaimanapun, kita semua adalah pendosa, ujian untuk ibu bapa juga jika diuji anak sedemikian, dan wajiblah ibu bapa juga memohon ampun darI Allah sebab mungkin ada dosa2 lampau ibu bapa itu sendiri. Wallahualam.. Maafkanlah kesilapan anak dan bukalah buku baru dan ingatkan diri sendiri, Allah itu maha pengampun. Kita pun perlu jadi pemaaf, lebih lagi untuk anak sendiri.

Satu lagi saya rasa, dalam dunia ni, kita perlu banyakkan pergantungan pada Allah, yang benar2 menjaga anak2 bukanlah ibu bapa, tapi Allah. Sebagai ibu bapa, mintalah doa semoga anak2 dalam perlindungan Allah walaupun mereka tiada di depan mata. Saya percaya itulah antara doa ibu untuk saya.

Al-fatihah untuk arwah ibu.

– Maya

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *