Diet Atkins dan Gastrik

Cerita bermula sekitar tahun 2016. Masa tu aku teringin sangat nak kurus. Tapi sebab dari tahun 2011 sampai 2016 aku study, jadi aku tak rasa nak diet. Sebab bila aku cut nasi dan benda benda manis, memang badan aku lemah serta merta. Nak belajar pun tak fokus, nak study pun tak boleh. Jadi aku pejam mata je bila orang cakap aku gemuk.

Sebenarnya berat aku tak delah gemuk yang melampau. Tapi boleh kata berat badan berlebihan. Tinggi aku 156 cm dan berat aku 65kg. Masa aku kerja akan turun jadi 57kg. Saiz baju memang aku pilih XL sebab badan aku saiz L. Kena ambik satu saiz lebih baru tak ketat.

Lepas aku graduate 2016 aku praktikal. Masa tu duit elaun praktikal tak ada. Ptptn pun tak dapat, jadi aku decide memang aku nak diet. Lagipun berat aku masa tu dah naik jadi 70-75kg. Sebab duduk kat rumah asyik makan. Dengan berbekal duit RM600 aku mampu bertahan selama 5bulan praktikal. Aku tak beli baju atau apa2. Aku cuma beli nasi, lauk sikit2, dan banyak aku beli telur.

Aku pernah terbaca tentang diet atkin. Aku cuba buat. Masa minggu pertama aku cuba diet tiap pagi muka aku akan pucat. Rakan praktikal aku selalu belikan aku kuih untuk aku makan sebab kesian tengok aku pucat. Aku tipu cakap aku memang tak sihat sangat. Padahal masa tu aku makan 2 hari sekali.

Hari pertama aku minum air kosong sahaja sampai malam, hari kedua petang baru aku makan telur rebus 2 biji. Berat aku dalam masa sebulan je dah turun 10kg. Tapi muka aku cengkung, mata aku bengkak sebab diet yang sangat ekstrem.

Balik rumah masa cuti mak aku membebel berbakul bakul kat aku sebab tengok aku macam orang gila, dengan muka cengkung. Masa ni berat aku dah capai 55kg. Duduk atas simen pun sakit sebab dah tak ade isi kat punggung.

Tapi walaupun berat dah 55kg aku tetap tak puas hati berat aku. Aku nak smpai 45kg. Baru aku puas hati. Jadi aku diet lagi sampai berat aku 45kg. Lepas aku dapat je berat tu, aku terus makan sampai tak ingat dunia. Aku makan 3 hari berturut turut sampai aku boleh muntah balik makanan pastu aku makan semula dalam kuantiti banyak. Sebab tak puas makan sebelum ni.

Benda ni berlarutan sampai setahun. Aku diet selama 6 bulan dah dapat loss 30kg. Untuk next setahun aku makan sepuas hati dan bersenam. Aku dapat kekalkan badan aku sampai tahun 2018. Masa ni boyfriend aku minta putus sebab dah tak sehaluan. Aku merana bawa diri.

Aku mula fikir macam2 dan stress. Akhirnya aku ambik inisiatif untuk makan banyak2 supaya happy dan lupakan ex aku. Masa ni pun aku berhenti keje 12 jam. Balik rumah mak ayah aku mengamuk. Aku berkurung dalam bilik sebulan. Aku tahu bangun subuh, solat, makan dan tidur.

Awal bulan 2019 aku timbang badan aku, 90kg. Masa ni memang aku dah agak sebab badan aku makin naik pakaian banyak kena tukar. Dari saiz XL ke saiz M kemudian saiz XXXL.

Aku dah tak peduli pasal diet. Masa bulan puasa aku makan ikut suka hati. Tiap2 hari minum air milo 2x -4x sehari selama berbulan. Aku buat memang kaw2. Masa ni aku kena penyakit kencing tak lawas. Sebab terlalu banyak menda manis.

Setiap hari aku berbuka dengan air berkarbonat dan makan menda manis. Aku tak pernah makan sayur dah. Aku dah tak peduli dengan berat aku. Sampai lepas raya aku jadi macam ni. Suatu hari tu aku rasa macam dah bosan nak makan. Seminggu aku minum air masak je, tak makan pape. Tiap malam perut aku berbunyi dan sakit sangat. Tapi aku tak peduli. Aku jadi fed up untuk makan.

Lepas seminggu aku cuba untuk makan nasi. Pagi tu aku sesak nafas. Dada aku rasa macam terbakar. Aku tak boleh baring sebab sakit sangat.

Kemuncak pagi jumaat. Masa tu aku memang xboleh bernafas. Aku pergi klinik terdekat dan pergi minta ubat.

Masuk je ubat putih cecair, biasa orang panggil air kapur. Aku muntah. Tekak aku rasa perit. Dada terbakar. Perut aku belah kiri sakit sangat sangat. Aku gagahkan juga balik rumah. Episod muntah berulang setiap kali makan dan minum walaupun air masak.

3 hari aku berulang ke kecemasan, selama 3 malam. Sebab aku dah rasa nak pengsan dan memang tak boleh baring. Perut aku akan rasa sakit sangat dan dada aku tak boleh bernafas. Banyak malam aku tidur duduk dengan bongkok badan ke depan. Kalau baring normal memang sakit.

Masa ni jugak aku banyak pengalaman pegi kecemasan. Bukan aku tak ada duit nak pegi klinik swasta, tapi memang lepas makan ubat tetap tak jalan. Semua benda akan keluar semula. Aku pergi klinik swasta 5x. Kecemasan 3 kali masa malam. Masa kecemasan kali ke 3 aku dah hampir pengsan. Ayah aku bawak aku turun kereta guna wheelchair. Badan aku dah tak boleh terima makanan.

Lepas doktor masuk ubat 3 jam aku kena tahan wad. Balik tu aku masih sakit. Tapi aku tahankan je dan pergi kerja.

Selang dua hari baru penyakit aku elok sikit. Sekarang dah hampir sebulan aku sakit. Muntah setiap kali makan dan setiap pagi selama 2 minggu. 2 minggu kemudian aku kena cirit birit. Baru 2-3 hari ni aku dah tak muntah dan cirit birit. Cuma setiap pagi perut aku sakit sangat. Dan setiap malam aku terbangun dan terpaksa makan sebab perut jadi mudah lapar.

Kepada para pembaca, ambillah ibrah dari kisah aku dan dietlah dengan betul.

– Syifa (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *