Difitnah Ditempat Kerja

Assalamualaikum dan salam sejahtera warga IIUM confession. Agak lama untuk memutus samada perlu atau tidak menghantar kesini, dan akhirnya ku utus jua supaya jadi pengajaran kepada semua.

Tempat aku bertugas adalah tempat islamik tetapi aku bukan berlatar belakang islamik. Tempat aku bertugas merupakan milik penuh kerajaan negeri dan rata-rata orang disini bangga dan tak mahu keluar dari kepompong selesa. Iyalah, dengan skim perjawatan ala-ala kerajaan, walhal anak syarikat swasta dan pelbagai lagi kemudahan lain.

Aku masuk tanpa kabel, tidak kenal seorang pun dan ‘I am totally alien’ in this new workplace. Aku merupakan satu-satunya pemegang PhD ditempat aku bertugas sekarang. Dengan pengalaman kerja lebih 10 tahun dipelbagai tempat, ilmu PhD menjadikan aku semakin menunduk, berbeza dengan karakter aku waktu muda yang garang, ‘bold’ dan ‘vocal’. Aku bercakap bila perlu dan tidak langsung menyebut perihal PhD atau kedoktoran kepada sesiapa pun. “I am not that cliché PhD graduates who often address themselves as..’I am Dr….’… tak! Tak perlu.

Hari-hari yang aku jalani penuh tanda tanya.Aku tidak tahu apa kena dengan orang disini. Dari hari pertama aku menjejak kaki bertugas disini, aku ditengking pustakawan, ditengking kerani dan sebagainya. Dilirik dengan pandangan mata tajam oleh rakan sejawat dan sebagainya. Aku masih ingat, tahun lepas bulan Julai. Aku diserang beramai-ramai didalam mesyuarat jabatan kerana mereka kata 1-aku tak ketuk pintu bilik mereka untuk bertanya kerja, 2-mereka kata aku mengumpat mereka dan memecahkan rahsia jabatan 3-mereka kata aku tak nak berkawan dan sarapan bersama.

Ironinya, aku diserang oleh orang-orang jabatan yang lebih muda, merasa bangga dengan perjawatan mereka (gred 41) dan merasa ujub dengan status pekerjaan mereka. Rata-rata mereka adalah pengalaman kali pertama menjawat jawatan yang hebat (kononnya), kerana kebanyakan mereka sebelum ini bekerja separuh masa di shopping complex, di tempat asuhan, guru ganti dan sebagainya.

Jadi aku mengerti, bila perasaan ‘bold’ itu datang tika muda. Jarak umur kami lebih kurang 5,6 tahun. Yang peliknya, waktu diserang, aku tidak pula mengiyakan dan tidak pula menidakkan. Aku dalam keadaan tergamam dan ingin menyiasat dahulu. Untuk sebab nombor 3, hampir aku terburai ketawa. Tidak sarapan sama, makan sama pun dijadikan isu.

Selepas kejadian tersebut, aku terasa ingin berhenti notis 24 jam. Jujurnya aku terlupa rentak dan asam garam dunia pekerjaan, kerana aku berhibernasi selama 3 tahun untuk ambil PhD secara sepenuh masa dan Graduate on Time. Jujurnya sejak kejadian tersebut, keadaan dalam jabatan bertambah tegang dan aku dikecualikan dari sebarang informasi (last receiver atau langsung tidak tahu). Kini setahun telah berlalu dan satu-persatu cerita fitnah dahulu sampai ke pengetahun ku..Biar aku senaraikan

1 – Aku diberitakan datang kebilik seseorang untuk bercerita hal jabatan dan menangis mengadu. Cerita yang sebenarnya ialah seseorang itu (Hanat) yang datang kebilik aku dan cuba korek cerita. Aku cerita hal jabatan dan tidak quote nama orang, tetapi si Hanat yang cerita orang dijabatan aku itu ini. Hanat juga yang menyampaikan kepada orang dijabatan ku. (hanat ialah salah seorang top management di institusi ini)

2 – Dikhabarkan aku buat maksiat dengan rakan sejawat dan pakaian dalam kami ditemui disidai sebelah menyebelah. Untuk pengetahuan, kami masing-masing mempunyai bilik. Bilik kami dalam satu lorong ada banyak, bukan bilik dikawasan terbuka pejabat, dan rakan sejawat aku memang rajin tidur di pejabat kerana beliau orang jauh dan belum mempunyai rumah sewa. Dia juga selalu membawa bininya. Aku selalu ‘stayback’ untuk siapkan kerja dan tidak pernah tidur di pejabat.

Setelah setahun, yang mendengar cerita ini datang kepada kawan ku (berlainan jabatan) untuk mengesahkan. Allahuakbar, atas fitnah ini. Apakah mereka tidak tahu maruah aku yang sudah bersuami dan ada anak

Cerita fitnah ini tidak begitu detail semasa aku dipanggil oleh HR setahun yang lepas. Pihak HR cuma memberi amaran jangan tidur dipejabat dan takut aku berbuat kurang elok dipejabat. Sahabat aku yang lelaki itu, telah lama berhenti kerana faktor lokasi.

3 – Aku dikhabarkan bahawa ada pihak dari institusi ku menyemak status PhDku dari universiti aku belajar. Aku tamat PhD sudah lama, tetapi aku ada masalah sedikit dengan senat. Ironinya, aku tidak pernah meminta gaji gred PhD, tidak juga meminta hak keistimewaan dan perjawatan. Apa yang mereka ingin cuba buktikan pun, tidak aku mengerti, wallahualam.

Ini sebahagian dari cerita yang sampai ke pengetahuan ku oleh orang yang pernah berburuk sangka dengan aku satu ketika dahulu. Aku tidak pernah ingin ambil tahu dan tidak ingin tahu. Dia pun dikhianati oleh orang yang menfitnahku. Baru-baru ini, aku mempunyai tugas keluar Negara, tetapi dinafikan hak untuk ‘claim’ dengan alasan yang tidak munasabah.

Walhal, sebelum aku bertolak, aku telah consult dengan treasury dengan peruntukan yang tidak pernah aku guna sepanjang tahun 2018. Datang pula orang-orang yang bersimpati dan menceritakan mereka dapat banyak duit kocek untuk tugasan luar, dapat claim dan sebagainya. Aku dah lama tahu, aku adalah anak tiri dalam institusi ini.

Tahun lepas, kami berenam melapor diri disini. Enam orang yang aku sendiri tidak kenal, dan kami adalah antara pekerja yang langsung tidak ada pertalian disini. Ramai bekerja disini dengan pertalian, dan kalau aku katakan milik kerajaan negeri, pembaca faham-faham lah ya. Tiga orang telah keluar dan masih tinggal tiga orang lagi (dua berlainan jabatan). Kawan aku dengan hipotesis:

Semakin tinggi songkok, semakin sial seseorang itu.

(Mengikut perkiraan aku, dengan ilmu agama yang tinggi manusia masih diuji dengan hatinya. Merasa ujub dengan ketinggian ilmunya, taraf ustaz dan ustazahnya sehingga orang lain terlihat hina)

Banyak lagi perkara yang aku tak boleh ceritakan. Sekarang aku masih lagi bertugas, tetapi aku sentiasa titip doa buat mereka. Aku sentiasa berpegang pada kata-kata ‘Allah Maha Adil’. DIA tidak tidur. Satu-satu akan terpalit pada mereka bila sampai masa dibalikkan.

– Kudup biru jambu

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *