Diganggu Di Rumah Sewa

Salam. Hehe, ni bukan part 2 confession yang pasal benda2 hantu tadi tu ye. Ini sekadar nak cerita pengalaman saya sendiri. Segala yang baik datangnya dari Allah dan yang tak elok tu dari diri saya sendiri, wallahu’alam.

Saya bukanlah antara manusia yang terpilih untuk merasai keterbukaan hijap sepenuhnya dimana nampaknya makhluk2 halus dan syaitan. Tetapi saya sendiri pernah merasai fenomena aneh sepertimana yang ramai antara kita pernah tempuhi. Nampak kelibat hitam yang terbang laju merentasi bilik, nampak kelibat berpakaian putih bergayut di pokok sambil melambai2 kearah saya, diganggu bau bauan seperti bangkai dan juga bunyi2 seretan perabot di waktu malam. Semuanya saya dan rakan alami ketika saya menyewa di sebuah rumah teres di Shah Alam ini, sedangkan seumur hidup ini belum pernah saya mengalami perkara2 ghaib secara personal.

Saya tidak tahu sejarah rumah sewa ini, tetapi yang saya tahu, penyewa sebelum batch kami (student baru) adalah pasangan suami isteri yang belum ada anak. Tidak ada banyak yang diceritakan, rumah ini pun kelihatan elok dan bukanlah rumah tinggal. Pada mulanya memang tiada apa2 yang aneh berlaku. Sehinggalah satu hari kami memutuskan nak buat makan2 kecil sambil baca yasin, jadi kami jemput beberapa orang kawan untuk bermalam sekali. Kami ni bukanlah geng yang warak, tetapi solat semuanya masih ok walaupun ada beberapa kali tertinggal subuh. Bermula dari malam itu adalah perkara2 yang ganjil menimpa kami.

Mulanya kami dengar seretan perabot pada waktu malam. Pada asalnya hanya kawan yang ceritakan pada saya, tetapi lepas beberapa malam, saya dengar sendiri. Dia akan bermula pada waktu maghrib selesainya azan, dimana semua orang akan duduk di bilik untuk bersolat dan terdengar bunyi seretan kerusi makan yang jauh seolah2 merentasi ruang tamu, sedangkan tiada orang di sana. Kemudian kawan saya Hani demam setelah pulang lewat dari kampus kerana katanya dia ternampak kelibat putih yang melambai dari atas pokok apabila dia diatas motor dalam perjalanan pulang. Kawan saya dari bilik yang lain, Fiqa, pernah kata dia nampak saya membongkok di bilik air tanpa lampu seolah2 sedang berwuduk sedangkan tiada bunyi air. Jadi dia pun baliklah ke bilik dan baring dahulu. Setelah beberapa lama barulah dia dengar bunyi air dan keluar untuk periksa sekali lagi, kali ini rakan sebilik saya Mira yang sedang berwuduk. Selesai, dia menegur Mira yang telah berwuduk itu dan berkata “Awal Alia bangun solat?”. Mira hanya menggeleng “Mana ada, Alia belum bangun tidur lagi. Tengok tu.” sambil menguak pintu bilik dan menunjukkan saya yang masih lagi tidur nyenyak.

Beberapa kali saya sendiri dan rakan2 terbau seperti bangkai sebaik sahaja selesai azan maghrib. Baunya hanya berlalu dan kami tidak sedikitpun berkata apa2. Mulanya kami memang takut, tapi Fiqa menasihati kami supaya jangan mudah terpengaruh dengan tipu daya syaitan. Seolah2 syaitan itu mahu menggugat khusyuk solat maghrib berjemaah kami dengan membuat pelbagai gangguan. Setelah insiden kelibat wuduk itu, alhamdulillah kami semua biasa bangun untuk solat subuh dan tidak terlepas lagi.

Yang paling teruk terjejas ialah Hani yang mulanya nampak kelibat putih itu. Selepas itu dia menjadi takut untuk keluar malam sehingga sanggup untuk ponteng kelas. Kemudian Hani diganggu dalam mimpi, di’tegur’ oleh benda tu semasa mandi. Hani menceritakan yang semasa dia mandi basuh rambut (bila air melalui telinganya, jadi bunyi surrounding menjadi sedikit blur) dia terdengar ketawa kecil dalam bilik air. Bunyi memang jelas (katanya) seolah2 ada seseorang didalam bilik air itu menggelakkannya. Saya sendiri tak pernah melalui perkara itu, tapi Hani memang sangat terjejas dengan perkara ini sehinggalah kami memutuskan untuk berjumpa dengan Ustazah.

Ustazah memberikan kami ayat2 ruqyah untuk diamalkan dan CD untuk dipasangkan bila di rumah di waktu malam. Khas untuk Hani, Ustazah ‘scan’ kan dia dan mendapati Hani memang lemah semangat dan sangat mudah untuk disakat jin dan syaitan. Ustazah menasihati Hani lagi supaya dia mengatasi rasa takutnya itu dan jangan membiarkan takut itu menguasai dirinya. Syukur setelah Hani mengikut nasihat Ustazah, walaupun dia masih lagi dikacau, tetapi dia tidak lagi terjejas seperti sebelumnya. Hani pernah cerita yang dia nampak benda itu melintas sambil merangkak di depannya dalam jarak kurang dari lima meter, tetapi oleh kerana dia yakin dengan amalannya, dia tidak mengendahkannya.

Lama kelamaan, dengan amalan kami dan perubahan dalam ibadah kami, rumah sewa ini bebas dari gangguan. Kami juga meminta Ustaz dan Ustazah untuk ‘memagar’ rumah ini selang beberapa lama supaya tiada lagi perkara2 yang menyusahkan berlaku. Untuk pendinding kami diluar, kami amalkan ayat2 suci sebagai benteng pertahanan. Percaya atau tidak, saya ini sedang menulis dari dalam rumah sewa inilah yang saya ceritakan. Sekarang pukul 1.36 pagi dan saya dan Fiqa masih belum tidur lagi. Mudah2 anda doakan kami selamat sepanjang kami menyewa disini hingga graduasi, Insyallah.

– Alia

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit