Salam, aku ada ingin share cerita tentang aku yang baru masuk kerja di tempat baru. Aku bahasakan diri aku T.
Ini tempat kedua selepas graduate aku kerja. First tempat kerja around 1 tahun then aku tukar sebab tak larat nak berulang jauh sangat. So aku dapat kerja baru and jarak juga lebih dekat dari yang before this. Tak dekat juga tapi better than before.
Aku kerja dalam bidang engineer. Nak di jadi kan cerita, around dalam 2 bulan lebih aku kerja sini ada benda pelik aku notice tentang staff perempuan sini. Dia janda muda. Maybe umur dia 30+, aku tak sure sangat.
Aku bahasakan dia makcik P la (p for psycho) hahaha. Apa benda pelik tu? Songsang hahaha.
Cerita dia begini, aku tak rapat dengan dia sebab dia department lain. Dia bahagian lain. Tapi kami bercakap ja bila ada urusan.
Pada suatu hari itu, dia minta aku tumpangkan dia balik rumah sebab selepas kami berbual waktu lunch before tu rupanya rumah kami dekat ja and sehaluan. Dia selalu datang guna train.
Since dia minta mahu join aku okay ja cuma aku ni selalu balik lewat kadang juga aku OT siapkan kerja. And then bila balik bersama tu banyak la kami bercerita satu sama lain macam kawan la.
Dalam kereta tu dia tanya aku ni single ke or ada boyfriend. Aku reply la single since aku last couple waktu uni dulu then belum jumpa lagi jodohku haha. Dia cakap dia selalu perhatikan aku di office sorang2 buat kerja tak bercakap dengan orang. Dia tanya aku ada problem ke?
Aku just jawab biasa je la, buat kerja kan kadang focus tak bercakap dengan orang sangat. Then so sudden dia cakap, “oh sama la saya ni tak bercakap juga dengan orang and saya juga single jadi boleh la kita couple dua”.
Aku macam????? Jappp apa aku dengar ni pelaqqq. Pelaqqq apa hang ni hahahaha. Geli siot dalam tu kami berdua ja dalam kereta otw balik. Hari pula hujan hmm mau lari tapi kereta sendiri pula.
Lepas dia tengok reaction aku macam ignore then cepat dia cover “i gurau je lah, jangan la nervous sambil sentuh tangan aku di steering” Makkkk help me.
Aku ni perempuan, tinggi 170 and berat 60+kg. Perwatakan aku ni tak pernah lagi aku dengar orang cakap aku kasar macam lelaki ke tomboy ke. Yang mengurat aku juga biasa nya lelaki ini apa pasal salah server ni. Bukan tu saja hint dia bagi.
Ada juga kadang di office bila aku berkemeja putih dia datang di meja aku, handsome la you today. Wtf.. I was like, sis aku pakai tudung ni sis. Biasa aku berkemeja putih bila meeting with boss. Ada la dalam dua kali seminggu. Tapi aku pakai kemeja biasa je weh.
P ni creepy gila. Mungkin sebab dia lama single tu perlu kasih sayang lelaki. Atau pun dia cuba nak perbodohkan aku sebab aku muda dari dia kan so mesti dia fikir aku nerd kan tapi aku ni jenis mudah notice sekeliling aku walaupun nampak macam buat hal sendiri.
Aku terfikir juga apa yang di nak sebenarnya, kalau mahu duit tapi gaji dia lagi besar sebab dia sudah lama disitu and dia ada pangkat. Kalau mahu pelik2 mesti la dia boleh ja dengan mana2 lelaki sebab dia cantik.
Another benda2 merapu dia selalu buat, minta tolong aku ambil kan barang alasan sebab dia pendek, aku tinggi so aku kena tolong dia shit kau guna la kerusi.
And dia selalu ya pegang2 aku macam di peha, gosok2 belakang time aku tengah buat kerja datang sergah, tolong urut bahu. Maybe bagi dia biasa je macam kawan2 datang urut2 but not for me sebab aku tak pernah ada kawan creepy macamtu.
Aku macam2 cara sudah mahu avoid dia tapi tu lah aku ni jenis cepat kesian. Bila dia minta tolong apa2 aku jadi fikir tak apa lah asalkan dia tak over limit. Kadang banyak juga dia minta tolong aku hantar ambil dia, minta tolong beli barang macam2 hal lah dia tu.
Pernah juga dia pelawa aku tidur rumah dia tapi aku taknak. So dia ckp jom la minum air je ke or rehat kejap sebelum balik rumah aku. So aku pergi la sekali. Dia pelawa minum air tapi dalam masa yang sama dia macam tengah flirt.
Korang faham tak aku tak tahu nak describe macam mana.. Dia lepas tudung, terkejut aku tengok rambut dia merah. Aku ingat dia jenis orang yang baik2 i mean tak ganas sangat macam tu la. Dia lepas tudung and tukar baju. Dia just pakai baju je yang sampai peha tu.
Begitu lah dia bawa keluar air sambil berbual dengan aku sampai aku nak balik macam2 hal la dia suruh teman dia dengar dia bercerita. Waktu tu bodoh juga aku pergi rumah dia sebab esok tu cuti weekend. Kalau hari biasa boleh cau awal alasan kerja.
Aku tak tahu alasan apa mahu bagi nak balik dari rumah dia. Macam2 aku pusing dia sampai sudah dia tak mau. Finally aku tanya dia direct. Kenapa layan aku macam ni.
Dia tanya la macam apa? Aku cakap la macam pasangan couple.. then dia salahkan aku katanya aku syok sendiri, wtf. Kau terang2 raba aku tak kira tempat, bagi hint couple la, pegang tangan la, kalau dalam kereta tu selalu je sandar2 di bahu.
Dia salah kan aku gais katanya tu sifat biasa dia je and kalau tergoda tu bukan salah dia. Ini bukan tergoda, ini termereng sudah aku ni.
Malam tu juga aku clear dengan dia, yang aku tak nak ada apa2 hubungan lebih dari seorang kawan di tempat kerja sahaja. Aku juga tak mahu sudah hantar ambil dia kerja sebab aku nak cut over limit berkawan tu.
Dia menangis merayu jangan buat macam tu katanya dia takde kawan and dia nak jadi kan aku bestie dia. Aku jenis mudah kesian so aku hmm tak apa lah, cuma aku pesan jangan raba dan sentuh aku.
Itu pun dia menjawab, dia kata sentuh biasa je bukan raba. Raba ni bahagian sensitive di kemaluan and dada. Like??? raba la tak kira la peha ke perut ke kaki ke kalau orang tak selesa and tak izin kau jangan nak sentuh2.
Dia berjanji tak nak buat tapi menipu je. Lepas seminggu tu dia start balik perangai lama dia. Datang meja aku urut belakang, selalu duduk di lantai lepastu pegang peha. Korang faham tak situasi aku? Macam mana nak cakap, dia bukan tergoda tapi tak selesa.
Mak cik gila tu cakap, “kalau awak takde apa2 perasaan then awak relax je la”. Macam mana aku nak relax kau datang sentuh2 aku sana sini. Aku ni tak suka bukan nya tak relex makcik. Makcik gila tu semakin aku tolak, avoid dia semakin kuat ya dia cuba ganggu mental fizikal aku.
I didn’t expect this. Dia nampak baik tapi tak, dia sangat berani dan pelik. Dia takde la nampak baik sangat, dia seksi je pakaian tapi pribadi dia bukan jenis suka mengumpat or toxic, tu la macam songsang pula.
Last sekali now aku sedang interview kerja di tempat lain. Tak apa lah, tak mampu aku nak marah hari2. Aku surrender sudah ambil la satu office tu bagi dia. Aku ni sudah stress dengan kerja, tambah lagi stress dengan orang gila.
Doakan aku dapat tempat kerja baru. Kepada makcik tu kalau you baca confession saya ni, stop la usik saya. Makcik nak duit ke nak apa? kalau nak duit, saya bukan orangnya. Gaji saya ni cukup2 makan ja.
Kesian kan la saya ni dahla stress kerja, jangan la tambah lagi stress. Makcik pergi la cari lelaki yang boleh penuhi permintaan makcik tu.
Semoga aku terlindung dari orang2 pelik di bumi ni. Jom gais kita ke planet lain, orang bumi pelik2. Assalamualaikum..
– T (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit