Digelar Menantu Iblis

Salam warga IIUM Confessions. Aku nak confess mengenai perasaan apa yang aku rasa, apa yang aku pendam sampai timbul rasa benci pada keluarga mertua aku.

Rasa ni mula timbul selepas aku melahirkan anak kedua (lelaki) aku pada tahun 2016.

Pada tahun yang sama, kakak ipar aku pun baru melahirkan anak perempuan pertama yang dorang tunggu selama 12 tahun.

Suami aku ni dua beradik je, yang sulung kakak. Biras aku ni dah bertahun ada konflik dengan keluarga sendiri, tambahan mak ayah dah tak ada.

Dimulakan dengan isu, aku memang tak suka balik rumah mertua aku sebab kotor. Sana sini ada benda kotor, setiap sudut ada benda berlendir, melekit, berlumut.

Pernah aku jumpa epal busuk dekat rak buku, baju kotor anak kakak ipar aku atas meja makan, baju kotor ke bersih kemerata atas sofa lah, atas lantai lah.

Suami aku setiap kali balik tak pernah tak tolong kemas, mop, vacuum, betulkan mana yang dah rosak. Aku jadi rimas tengok keadaan macam tu, dan sampai sekarang aku masih sabar.

Kemudian isu anak. Anak aku bila balik kampung tak dapat main bola, tak boleh main kejar-kejar, tak boleh mandi sungai.

Pendek kata, mana-mana mainan yang ada risiko tu semua tak boleh, nanti takut anak kakak ipar aku jatuh, takut luka.

Anak kedua aku seorang yang strong-willed, suka bersaing, tak nak kalah, tak boleh duduk diam. So, anak kedua aku selalu disalah ertikan, degil lah, jahat lah, tak dengar cakap lah.

Yang menjadi aku lagi sakit hati, biras aku elok je pulak tengok movie dekat sofa, sikit pun tak tengokkan anak dia main apa, ke mana. Bila anak dia menangis, ayat pertama “siapa yang buat?”

Tahun lepas, kami sekeluarga bercuti ke luar negara. Masa ni pun aku tak faham boleh timbul isu suami aku tak minta restu dari keluarga dia.

Seminggu sebelum kami bertolak, kami bagitau bila tarikh kami akan berlepas.

Macam-macam tohmahan lah masa tu, berjalan tak ajak family, jalan pergi senyap-senyap, tak pernah nak bincang sebelum nak berjalan.

Sepanjang percutian kami di luar negara, bertalu-talu WhatsApp masuk, satu pun kami tak reply.

Tapi ada satu mesej yang mengguris hati suami aku bila kami tak layan semua WhatsApp tu: “perangai macam iblis, anak menantu sama je” dari pak mertua aku.

Balik dari bercuti, kami ambil masa beberapa hari, lepas tu kami balik ke kampung untuk menjernihkan keadaan.

Objektif tak kesampaian, satu-satu kami dipersalahkan kerana pergi bercuti tak minta restu orang tua, bercuti tak bincang bersama, cuti tak ajak mereka.

Apa perasaan kakak ipar aku bila kami berjalan tak ajak dia? Aku semakin tak faham.

Yang diulang-ulang suami aku, anak lelaki tanggungjawab dia masih ada pada keluarganya, tambahan lagi anak buahnya tu lah satu-satu perempuan yang patut dijaga.

Dalam hati aku, ini kes cemburu, iri hati, toxic! Yang pasti, suami aku tak pernah lupa untuk beri belanja bulanan pada orang tuanya.

Semakin hari, rasa tak suka tu bertukar jadi benci. Bila balik kampung, rasa tu menyesakkan.

Bertambah parah bila mertua aku cakap dia tak dapat nak salahkan keluarga ipar aku sebab dorang tak punya sesiapa dah, takut kalau dimarah merajuk tak balik dah.

Habis tu, yang dipanggil iblis ni hati batu ke?

– Anonymous (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *