Digital Footprint

Aku ada nak share sedikit je, tak panjang pun. Akak aku sepatutnya berkahwin pertengahan 2023.

Dalam 2022 tunang lepastu set tarikh. Tapi waktu ni persediaan tak sampai 10% baru dalam 5%.

Waktu jumpa bakal abang ipar aku tu okay lah orang dia. Tak boleh nak hukum macam mana.

Pejam celik. Waktu ni akak aku kumpul kan kami satu keluarga dia cakap ambil keputusan untuk putuskan pertunangan.

Kami semua terkejut kenapa pula sebab tiba-tiba, selama ni tak pernah pun dia kongsi ada masalah dengan tunang dia ke apa.

Akak aku ni dia social media yang cuma instagram itu sahaja. Facebook, twitter, tiktok semua dia tak ada.

Jadi sekali ni akak aku guna lah akaun Facebook adik aku. Dia pun saja nak search tunang dia punya. Nampak lah post dia yang public je lah.

Banyak gila dia melucah ye dengan kawan² dia. Dia ada screenshot dan print benda tu bagi kami tengok.

Ada dia post “tak sabar nak kahwin” sekali akak aku baca komen dia. Ada kawan dia cakap sedap lah kau lepastu tunang akak aku balas. Tak tahan dah lama simpan.

Akak aku dia cakap terkejut post dia public tu banyak gila lucah. Lepastu dia register pula twitter.

Check akaun twitter tunang dia lagi lah melucah maki hamun. Ada satu tweet tu yang aku baca memang ngeri lah. Tweet tu pasal martial r*pe.

Lepastu dia tweet “pergi mampos rog*l ke tidak”. “Isteri aku nanti kalau aku suruh isap tak nak aku tampar, kalau aku suruh kangkang tak nak aku paksa sampai dia buka”

Benda tu baru lagi ye bukan benda yang dah bertahun dah viral dah delete pun.

Kami satu keluarga selak kertas yang akak aku print tu dia punya benci dekat perempuan. Siap kata yang perempuan dan isteri ni hamba lelaki.

Bila baca tu meremang dia punya jahat tu. Banyak lagi ye sebab sampai 15 helai.

Yang paling kelakar lepas seminggu akak aku cakap putus tunang.

Mak lelaki tu call tuduh akak aku menjalang sampai putus tunang.

Kami datang ye rumah dia. Akak aku bawa kertas tadi tu.

Dia cakap mula² tak nak panjang biar tak ramai tahu. Jadi dia hulur kertas tu biar baca baru tergamam keluarga dia.

Rupanya anak dia buat cerita yang akak aku ada jumpa jantan lain siap dah beromen tu yang nak putus tunang.

Kepada yang nak berkahwin tu check lah social media bakal pasangan kalian.

– Sopi (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *