Setiap kali tarikh tu muncul, atau hampir muncul, saya akan rasa gelisah berdebar tak tentu hala.
Tarikh tu saya dah bunuh seseorang kerana sikap pentingkan diri saya.
Tahun 2010, saya buat practical di sebuah kilang di kawasan industri.
Saya kerja 12 jam di kilang ni. Ada 2 shift. Pada hari kejadian tu, saya shift malam.
Pada gaji bulan lepas, hr telah terkurang bayar ot saya sebanyak 4 jam.
Supervisor bagi cadangan tolak 4 jam kira balik awal.. Kalau nak HR bayar, bulan depan baru bayar.
Saya memilih untuk balik awal. Saya menyesal kenapa pilih tarikh tu atau option tu. Kalau tak, saya tak perlu rasa bersalah sampai sekarang.
Masa tu saya shift malam. Saya pilih untuk balik pukul 3 pagi. Sepatutnya pukul 7, tapi saya tolak shortage tu.
Semasa berada di dalam kilang, kita tak akan dengar apa2. Bila dah keluar dari kilang menuju ke tempat letak motor, baru tahu rupanya hujan lebat gila.
Memang style saya redah ja biar selebat mana pun hujan. Sebab saya nak cepat2 balik.
Berbekalkan baju hujan, slow2 saya betolak balik.
Pukul 3 pagi, jalan lengang sunyi sepi melainkan ada beberapa kontena besar2. Selain tu takde kenderaan.
Sebelum sampai ke round the board dekat petronas, kenderaan berat macam bermaharaja lela la.
Dalam keadaan hujan lebat macam tu, mustahil mereka nak nampak kita. Saya sendiri rasa sangat seram menunggang motor berselisih2 dengan treler.
Apatah lagi jalan raya berlubang berlopak sana sini. Saya bawak motor dengan sangat hati2 dan cemas.
Bawak slow sangat pun risau jugak. Sebab lori kat belakang pasti tak nampak saya. Jalan dia takde la lebar sangat. Sebab ada lori yang berhenti kat tepi jugak. So saya kena ketengah jugak.
Saya berdoa cepat sampai sebab saya takut dengan keadaan jalan, cuaca dan kenderaan berat masa tu.
Masa tu saya macam nampak ada satu motor dari arah petronas tu. Sebab depan tu nak dekat round the board, saya akan ambik ke kanan.
Manakala motor tu macam nak terus. Saya dah pintas dia. Tapi dia bawak sangat perlahan.
Masa tu keadaan berlaku sangat pantas. Saya perasan macam dia langgar lubang dan hilang kawalan. Macam melelong2.
Kat sini la yang saya menyesal gila2. Masa tu jalan dah sunyi.. Lori2 tu pun dah ke laluan lain.
Tapi kenapa saya tak berhenti tengok motor tu jadi apa. Saya jugak dah bawak slow sebab jalan sangat berlubang2. Tak de satu kenderaan pun masa tu.
Saya boleh ja pusing balik, tapi saya abaikan semua gerak hati saya. Saya cuma fikir saya nak cepat sampai. Saya pentingkan diri.
Padahal saya dah rasa mungkin motor tu terjatuh.. Tapi saya fikir mungkin tak de apa2. Sedangkan hujan sangat lebat masa tu. Air pun bertakung sana sini.
Saya cuma berdoa semoga penunggang tu selamat. Lepas tu menyedapkan hati sendiri mungkin orang tu tak apa2 ke.
Dan berfkir, 3 pagi mana mungkin ada manusia kat kawasan ni selain aku. Boleh jadi tu jelmaan jin atau bayangan perasaan.
Tanpa rasa bersalah saya balik rumah. Tidur.
Lepas tu pukul 6 petang saya dah pergi kerja. Time tu jalan sangat sibuk sebab semua orang balik kerja masuk kerja. Nak pergi tengok kawasan tu memang tak la.
Memang selalunya saya akan masuk production awal sebab nak setup mesin sebelum shift malam bermula.
Yang geng2 shift pagi dah kemas2 la nak balik pukul 7. Masa tu la sorang kakak ni tanya, semalam hang ada ka jumpa accident.
Saya memang agak rapat dengan kakak tu. Dia tahu malam semalam saya balik awal.
Saya tanya kenapa kak.. Saya dah tak sedap hati. Dia kata pagi tadi pukul 6 jem gila situ. Sebab kakak tu naik bas kilang. So dia akan sampai awal.
Dia kata ada pakcik tu kena langgar. Habis hancur badan dia dengan motor sekali.. Trailer lenyek tak tau berapa banyak. Sebab malam kan hujan. Dengar kata banyak trailer naik atas badan dia.
Driver bas kata ada orang macam perasan benda pelik. Masa tu kan gelap. Lepas suluh nampak isi, daging semua terburai.
Banyak kenderaan berat naik atas badan dia sampai dia penyet.
So orang tutup kawasan tu nak kutip isi dan daging2 dia. Polis banyak masa tu.
Ya Allah saya dengar tu terus nak pitam.. Demi Allah saya tak kuat. Saya tahu pakcik tu la orang yang saya jumpa semalam.
Ya Allah, kalau la saya berhenti tolong dia.. Mungkin dia dapat di selamatkan. Mungkin berakhir dengan luka kecik. Mungkin boleh call ambulans.
Kalau pun dia meninggal, kurang2 jasad dia pasti sempurna. Saya punca kematian dia. Saya menyesal sangat2.
Entah dia ada keluarga ke, sapa nak sara keluarga dia. Saya cuma tahu dia kerja guard ja.
Masa tu media sosial kurang viral2 macam sekarang. Tapi demi Allah, benda tu satu trauma besar dalam hidup saya.
Saya start overthinking. Saya fikir entah kot2 masa lori langgar dia hidup ke. Dia berharap ada orang selamatkan dia. Atau masa jatuh dia harap saya patah balik selamatkan dia.
Ya Allah, sampai sekarang saya masih berfikir apa dia tengah rasa masa tu.. Pasti dia tengah tangung kesakitan ya maha dahsyat.
Saya meletakkan diri saya yang jadi macam tu. Apa perasaan keluarga saya. Atau apa perasan saya apabila saya nampak ada motor yang perasan saya jatuh, tapi mengabaikan saya.
Ya Allah kau ampukan la dosa2 dia.. Kau ampunkan dosa aku. Aku tak sengaja ya Allah.
Masa tu saya dah hujung2 nak habis practical. Saya dah tak de mood dan takut nak guna laluan tu lagi. Saya kerap mc.
Habis practical saya langsung tak pernah lalu situ. Kilang ada offer permanent job kat saya as a assistant engineer. Tapi saya tolak.
Saya langsung tak kerja bahagian industri. 2010 adalah last.
Saya kerja langsung takde kaitan dengan bidang pengajian saya. Saya takut nak lalu industri.
Benda tu tingalkan impak besar dalam hidup saya sampai sekarang.
Saya tak mampu move on walaupun ramai yang pujuk kata tu dah takdir dan sebagainya.
Tapi saya still rasa saya yang dah bunuh pakcik tu. Saya rasa ngeri bila membayangkan jasad dia seperti sekeping papan. (dari cerita2 orang)
Ya Allah, tak mampu bayangkan macam mana perasaan keluarga dia.. Isteri dia anak2 dia yang tengah tunggu dia balik. Tapi jasad yang tidak sempurna yang balik.
Ya Allah ampunkan aku ya Allah.
– Pendosa (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Buang rasa bersalah. Sedekahkn alfatihah buat ak cik tu wlupun tak kenal tp Allah tahu . Awak balik semula pada qadak dn qadar Allah. Kita ni ibarat puppet yg dikawal oleh Allah. Semuanya diatur oleh Nya. Haram guna istilah kalau kerana seperti kita nk mendahului Dia. Kehidupan di dunia ni ibarat drama dan pengarahnya Allah. Semua saat kta melangkh adalah gerak dariNya. Memang ajalnya pakcik tu caranya begitu.