Salam gais.
Aku ada baca posting tentang lecturer yang tak faham student. Tapi main point dia bukan tentang lecturer sangat pun, cerita dia more tentang kisah hidup dia yang menyedihkan.
Cerita aku kali ni bukanlah untuk menambahkan lagi garam dan pedas ke dalam cerita yang pernah diconfess tersebut. Cuma, aku ada sedikit cerita yang aku rasa macam nak kongsi.
Kebanyakan lecturers aku memang baik, penyayang, keibu-ibuan, dan sangat professional sesuai dengan gelaran “Prof” dan “Dr” pada pangkal nama mereka.
Aku memang tak pernah ada bad memory dengan mana-mana lecturers. Tapi bila dah masuk semester 5, aku kena ambil satu subjek yang diajar oleh lecturer A.
Lecturer A ni memang dikenali sebagai lecturer scary. Aku pun tak tahu lah tahap scary nye macam mana. Mula-mula aku tak berapa nak layan sangat cerita senior. Tapi, satu hari….
Masa dalam kelas. Lecturer A mengajar…. Lepas tu masa dia stop bercakap, aku angkat tangan sebab nak bertanya. Dia tak layan pun angkat tangan aku tu. Lepas tu aku angkat lagi bila dia stop bercakap. Aku pun terus bertanyakan soalan.
Tiba-tiba dia cakap “u ni memang tak ada adab ye?! I tengah mengajar, u boleh pulak mencelah. Kalau nak bertanya, tanya lepas kelas! Bukan semasa kelas!”. Aku terkebil-kebil sendirian. Biadap sangat ke aku? Sebelum ni elok je lecturers jawab soalan time lecture. Lagi lecturers suka adalah. Tapi aku husnuzzon. Mungkin stail lecturer A ‘lain’.
Lepas habis kelas, aku jumpa lecturer tu personal kat depan kelas. Lecturers tu cakap “next time u tanya i. I ada hal nak keluar sekarang”. Jawab lecturer A sambil mengerutkan dahi. Aku kemudian hulurkan tangan untuk bersalaman, tapi lecturer A tidak menyambut. Aku bermonolog lagi “biadapkah aku?”.
Sesi kelas seterusnya, tiada siapa lagi berani bertanyakan soalan sepanjang lecture. Semua sudah ‘trauma’ dengan peristiwa aku dimarahi dalam kelas yang lalu.
Hari itu hari isnin, tepat jam 3 petang, lecturer A adakan kuiz pertama di bilik kuliah. Aku semenangnya dah study, dan aku teruja nak jawab first kuiz. Semuanya soalan subjektif. Bagi aku, soalan itu semuanya mudah. Alhamdulillah sebab aku sempat study. Soalan kuiz tu ada 15 soalan semuanya. Setiap soalan ada anak-anak kecil. Masa aku tengah jawab soalan nombor 5, tiba-tiba perut aku meragam. Aku pergilah ke tandas…
Setibanya di tandas, aku membuang. Lama… dalam 20 minit masa aku terbuang di dalam tandas.. aku rasa aku sudah keracunan makanan, sebab perut aku tak henti-henti nak membuang.
Lepas tu aku kembali semula ke kelas. Setibanya di kelas, tekak aku rasa mual. Aku memang tak dapat nak fokus jawab kuiz. Aku masa tu berperang dengan tekak aku yang loya dan perut aku yang meragam. Lepas tu aku pergi toilet lagi…… dan 15 minit lagi terbuang di toilet.
Setelah kembali semula ke kelas, aku rasa badan aku dah lembik tak bermaya. Lecturer A masa tu tiada dalam kelas, dia keluar sekejap. Kawan-kawan aku yang lain pula semua khusyuk jawab kuiz.
Bila kuiz nak tamat, barulah lecturer A masuk semula ke dalam kelas untuk pungut kertas kuiz. Masa tu kepala aku memang dah terbaring atas meja. Aku memang tak boleh nak jawab kuiz tu dah.
Setibanya lecturer A di meja aku untuk memungut kertas kuiz, aku cakap dengan penuh lemah longlai “Dr.. saya tak dapat nak habiskan jawab kuiz sebab saya sakit perut dan muntah-muntah”.
Lecturer A mengerutkan kening. “U jangan nak bagi alasan! Time is up! I dah bagi masa yang panjang, don’t give me a stupid reason!”. Lantang suara lecturer A menjawab alasan aku. Satu kelas melihat aku ketika itu.. emm :'(
—
Result kuiz dah keluar. Lecturer A dah passkan kertas kepada ketua kelas untuk agihkan pada kami. Sangkaan aku tepat, markah aku paling rendah untuk kuiz tersebut.
Tapak kaki Lecturer A sudah mula kedengaran dari jauh. Semua pelajar berlari lari anak kembali ke meja masing-masing kerana ketakutan. Muka bengis lecturer A memang menakutkan kami pada hari itu.
Lecturer A petik nama aku, tiba-tiba. “Fara mana Fara?”.
“Ya saya.”, jawab aku seraya mengangkat tangan. Aku yakin lecturer A tak sempat lagi nak hafal nama kami semua.
“You ni masuk u untuk apa eh?”, matanya dikerlingnya tajam ke arah aku.
Aku terkedu. ‘Soalan apa ni?’.
“I tanya ni, you jawablah!!”., jerkah lecturer A sambil kakinya melangkah perlahan ke arah aku. Aku pandang kiri dan kanan, melihat rakan-rakanku. Kebanyakannya tunduk ke lantai.
“Saaa… sayaaa.. masuk u.. nak…belajar..”, tergagap-gagap aku menjawab.
“Habis tu kenapa kuiz tak perform? U ni bengap ke? Kalau dah bodoh tak payahlah masuk u! Orang lain boleh perform kenapa u tak perform??!! Ke u ni jenis lembap?”
Allah allah. Air mata aku laju sahaja menuruni pipi aku. Terasa seperti sedang dihempap dengan batu besar secara tiba-tiba.
“Saya..saya sakit masa kuiz haritu Dr…”, aku cuba meyakinkan lecturer A.
“Alasan! That’s why i hate this kind of student. Suka beri alasan. Orang yang gagal sentiasa beri alasan. This kind of people should stop study because they are just wasting my time. Useless!”.
Aku balik bilik. Aku panjat katil, dan aku menangis sekuat hati aku. Classmate aku semua memujuk, dan menenangkan aku. Sebenarnya semua terpana dengan insiden tadi.
Sejak kejadian itu, aku dah lali dipanggil dengan panggilan “bodoh” atau “lembap” oleh lecturer A. Sebab bagi dia, aku dah ada dalam senarai blacklist dia. Once aku ada buat salah sikit je, memang kaw-kaw dia attack aku. Sebenarnya satu kelas dah kena cop bodoh bangang bahalol oleh lecturer A. Tapi aku ni paling banyaklah kena dipanggil sebegitu. Akhirnya aku rasa macam jadi doa pulak sebab lama-lama aku rasa aku memang jadi lembap betul. Padahal actually aku tak macam tu pun. At the end aku pun rasa aku bodoh dan loser. Entahlah, mungkin berkat mulut masin lecturer A.
Sekarang, baru aku faham kenapa senior selalu ingatkan kami supaya “hati-hati” dengan lecturer A. Akhirnya, kami faham jugak maksud senior. Memang betul, lecturer A memang scary nak mamp*s.
Thanks to seniors sebab remind kan kami dengan siapa kami patut lebih berhati-hati. By the way, istilah lecturer scary ni tak pernah wujud pun sebelum ni. The first person yang rasmikan title lecturer scary dalam kamus hidup aku ialah lecturer A. And after that, tak pernah ada dah lecturer scary dah selain lecturer A.
Kawan aku punyalah trauma dengan lecturer A, terus dia cancel kan impian dia nak jadi lecturer. Dia kata, dia tak nak jadi macam lecturer A. Dia taknak seksa mental pelajar dengan kata-kata nista dan makian. Maybe lecturer A tu banyak masalah peribadi dan terbawa-bawa ke kelas. So dia pun takut benda sama kena kat dia. Hmm
Junior aku ada sorang jadi student final year project dengan lecturer A. Junior ni setiap hari akan menangis sebab kena maki. Memang junior ni jenis lambat sikit.. tapi aku rasa benda ni biasalah.. first learner memang akan tak tahu apa-apa… yang penting ada effort dan rajin..
Dikatanya junior ni bodoh, lembap, lampi, manja, dan macam-macam lagilah. Pernah jugak dia suruh si junior ni berhenti je belajar , belajar pun buat bazir duit kerajaan je. Sampai si junior ni kadang-kadang rasa nak give up je belajar, tapi atas support dari kawan-kawan, dia keep continue…
Apa yang aku nak tegur ni bukan untuk lecturer je, tapi untuk semua pendidik dari cikgu tadika sampailah pendidik di universiti. Aku mohon sangat, tolong jaga bahasa bila berbicara dengan student. Kalau ye pun jenis mulut puaka, lapislah sikit bahasa bila dengan student. Tak semua student deserve your “kata-kata nista dan makian tu”. Lainlah kalau student tu memang bermasalah dan kurang ajar, tu lain cerita.
Kadang-kadang you saje marah marah dan maki student sebab nak mereka takutkan you. You bangga dapat title “lecturer paling scary”. You suka bila student takut dengan you. Tapi you lupa bila you buat macam tu, you sebenarnya dah buatkan kami letak posisi you selevel dengan tapak kasut kami. Sikit pun kami tak respect dengan you. Malah kami menyampah ada lah.
Kesimpulannya, jadilah pengajar yang berbudi bahasa dan professional. Ajarlah ilmu dengan ikhlas. Masalah peribadi jangan bawa ke tempat kerja. You nak marah, marahlah pada orang yang patut. Jangan nak melalak tak tentu pasal pada orang yang tak bersalah.
You tak suka student ngumpat you, tapi you sendiri yang bukak ruang untuk student mengumpat. Kami taknak pun cambah dosa mengumpat ni, tapi kadang kala terpaksa mengumpat sebab nak pesan kat junior supaya hati-hati.
Sekian dari aku bekas student lecturer A.
– Ex student
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit