Dihimpit Perasaan

Salam semua… Hidup ni sebenarnya pasti ada suka duka.. Adakala terasa diberi suatu nikmat rezeki yang membahagiakan, kekadang ada pula rasa sakitnya diri diuji sampai rasa tersentap hiba.

Begitu juga bila memikirkan tenang kelebihan dan kekurangan… Tidak akan semuanya sempurna saja sedangkan untuk manusia ini disempurnakan pun daripada keadaan janin yang tiada bentuk asalnya. Malah sebenarnya pernah ada ekor seperti berudu sebelum tumbuh kaki…

Bila aku sering menilai benda ni, aku tak gusar sangat dengan taqdir hidup yang dah tertulis ni, namun aku takut salah faham akan takdir aku sekarang adalah kesilapanku. Aku ni jenis yang overthinking terlebih fikir macam-macam.

Dulu aku menilai diri sebagai seorang yang sering berimaginasi dan fantasi, jenis introvert yang tak pandai berkawan namun senang sendiri bagai ada teman halusinasi.

Alkisahnya sekarang ni aku dah tua, dah masuk 40. Yang menjadi isu risau adalah diri ini lemah. Lemah berusaha keras untuk mencari pendapatan.. Kini sekadar menjadi pengasuh kepada anak saudara.

Aku ada sepasang anak dan menjaga tiga anak kakak yang masih kecil. Kak ngah ada enam orang anak dan bekerja dalam sektor kerajaan.

Kalau difikir sedih sebab baru ni aku sebut pada anak, dulu mama surirumah tapi bila dah bercerai kenalah ada pendapatan jadi pekerjaan mama adalah pengasuh.

Nak sebut ke anak tu sebab cikgu kan suka tanya apa pekerjaan ibu bapa… Yang agak berat nak dikhabarkan pekerjaan papa.. Papa dalam penjara.

Mama ni kadang terkenang, masa kecil dulu abah hantar sekolah naik kereta, tapi sekarang ni aku hantar anak sekolah naik motosikal. Maksudnya aku rasa lebih miskin daripada ibu bapaku dulu.

Kekadang tu aku cubalah motivasi diri, ada kisah ibu tunggal yang asalnya miskin akhirnya mampu untuk berjaya dan kaya… Tapi aku ni nak hidup seratus tahun ke… Aku malu bila lihat ramai yang usia seawal 20an dah mampu berjaya kumpul duit.

Jadi takdir aku miskin ni atas faktor kurang usaha atau malas kan. Aku bukanlah rajin sangat nak berniaga sampai larut malam.. buat live berjam… sebab masa aku nak uruskan anak dan rumah pun terhad. Nak uruskan diri pun tak sempat, tak ada nak berhias bagai..

Maka aku pun terkongsilah situasi ni dengan bersembang bersama kakak masa dia datang minum petang nak ambil anak di dapur… Aku kata tak bersiap sebab duduk rumah je, tak ada kawan sebab pemalu, tak ada simpanan duit cukup makan je…

Sekali dia basuh aku sampai lunyai. Aku punya terdiam tu rasa sentap sangat mencucuk hati dinilai dengan buruk sekali oleh orang yang selama ni aku anggap ikhlas sayang aku. Kak ngah gemuk.

Lepas aku merendah diri tu dia diam seketika sambil menghirup teh panas.. matanya seakan tajam pandang aku…

“Kome kesian ke kau ni Der, dah la dulu laki tak guna, janganlah kau pun tak guna… Asyik nak rasa rendoh diri je.. Orang lain dah jauh tinggalkan awok. Awok pula asyik pandang belakang je. Tak ada kemajuan makin mundur.” Dalam beb.

“Cubalah awok kesian anak awok tu, dia malu tau ada mak ayah miskin, nak itu ini tak dapat. Dahlah kehendak dia besar. Masa ajak adik (anak kedua koi) pergi kedai makan hujung minggu lepas, kemain dia oder nasi lemak sambal sotong. Anak kome pun oder nasi lemak sambal bilis je”.

Yang ni sentap gila. Kak ngah mengata anak aku nak makan sedap tapi tak sedar diri orang belanja… Ingatkan ikhlaslah nak belanja makan pagi tu, rupanya berkira.

“Kome ni Der, tak ajar anak makan benda mahal. Tapi anak awok bukan main, siap nak teh ais. Anak kome kalau makan luar dia oder air teh o je… Lepas tu dia makan tak habis membazir pula.

Aku pantang, anak aku aku paksa habiskan. Licin mereka makan tak tumpah. Awak ni manjakan sangat anak makan asyik bersuap bila makan sendiri remah.”

Begitulah kak ngah ni.. Dia kalau bercakap lurus sangat tak reti nak belok. Tak reti nak jaga hati cakap berlapik. Sebab dia ni kakak aku aku pendam je. Tapi hati ni sakit weh. Sampai aku macam nak sumpah anak dia tapi tak sampai hati…

Aku ikhlas asuh anak dia, aku basuh berak, bagi makan, ajar baca… Tapi bila dia nak mengata anak aku lupa yang aku ni jaga anak dia.

Dia tu sebenarnya tak suka anak aku sebab dia ada dendam dengan bekas suami aku. Pernah gaduh besar hal kecil.. Masa waktu ni dua tahun aku tak jumpa dia.. Bila dia marah laki aku dengan aku dia benci.

Tapi bila aku dah bercerai dia yang baru bersalin minta aku jagakan anaknya sebab tak berani hantar taska ada isu penderaan waktu tu.. Dah dua tahun yang bongsu tu. Belum hantar sekolah duduk dengan aku la, rumah kami tak jauh.

Dia ingat anak dua tahun makan tak remah, jenuh aku sapu meja dan lantai lepas anak dia makan.. Belum lagi kalau bagi biskut jumpa bawah sofa, bagi ice cream tumpah sana sini..

Nak je aku sembur balik kata-kata dia tapi aku risau kalau bergaduh pula, aku nak jaga anak siapa sebab aku ni kan introvert, tak selesa dengan orang luar.

Kemudian dia sambung, muka aku dah merah tahan sabar boleh dia nak menambah lagi…

“Anak kau bertuahlah dapat RMT, ada juga bantuan. Tapi Didi (anak dia) cerita, budak RMT ni tak reti bersyukur, makan tak habis buang dalam tong sampah, dapat susu buang dalam tandas.” Aku ni macam tak habis lagi nak cari buruk orang.

“Yalah anak kak ngah beruntung lah, hidup senang, tak menyusahkan orang..” Eh aku pun. Padahal aku nak mengata dia ni kedekut.

Duit banyak boleh buat rumah lima bilik, kereta tiga, motor dan basikal jenama hobi mahal… Tapi hantar anak bagi susu dan pampers jenama paling murah. Orang B40 pun beli yang berkualiti.

Eh dia sambung…. “Anak kome sekarang ni pun dah suka makan jajan, ikut anak awak la selalu sangat nampak pergi kedai beli jajan… Baby pun dah pandai minta phone kat rumah. Kome tak pernah ajar, tak tahulah dia ikut sapa.”

Fuh nak kata anak dia makan jajan dan suka tengok/main phone sebab pengaruh anak aku. Rasa malas dah nak mengasuh anak dia..

“Makan jajan ni buat anak boleh bantut, nanti susah belajar, nak majukan diri nak ubah nasib diri dengan pelajaranlah.. Janganlah awok biar anak tu makan benda tak berkhasiat. Suruh makan buah sayur tak nak.”

Aku tak nafikan bab ni. Bila anak tu dah masuk darjah satu dah pandai beli sendiri ke kedai sendiri.. Bukan tak pesan jangan beli, diam-diam beli. Salah aku juga tak ajar dan paksa dia makan sayur.

Aku dulu pun masa kecil tak suka sayur dah besar makan juga… Jadi aku tak nak risau sangat lah bab tu.. Alhamdulillah periksa baru ni banyak yang lulus.

Anak dia pula, suka makan sayur sampai aku malas nak bagi banyak sangat. Sayur dan buah mahal kan… Anak dia gemuk macam maknya anak aku kurus macam maknya.. Kurus pun dia mengata anak aku tak cukup zat.. Bukan tak bagi makan memang jenis yang tak kuat makan.

Jadi bab makan ni aku cukup sensetif. Jika anak aku nak makan aku layankan.. Dia nak ayam goreng, nak sotong, nak udang… Aku buat.

Jadi kakak aku kata aku ni tak pandai berjimat, tak ada simpanan. Dia pun ceritalah dia buat potongan gaji untuk simpanan pelajaran anak-anak. Aku terkedu je, sedar diri.

Aku ni ada hati lagi nak cakap.. “Tak tahulah nanti nak masuk sekolah asrama mesti banyak guna duit.” Ingatkan dia nak simpati, dihentam lagi.

“Budak asrama ni kalau tak cukup duit dia mencuri.. Dia cemburu tengok kawan dia yang bawa makanan sedap, ada duit belanja. Itu yang boleh berlaku kes buli. Mak ayah pula jenis tak pandai jaga anak.”

Aku rasa nak meraung. Tak boleh nak bayangkan masa depan anak aku. Aku sayang anak aku. Tak ada orang yang lebih sayangkan anak kita setulusnya melainkan ibu kandungnya sendiri.

Aku ni bukannya baik sangat. Hampir nak ramalkan kifarah buat kak ngah ni… Biar berbalik masalah ke keluarga dia.

Tapi aku tetap sayangkan dia ni sebab sebenarnya dia dah banyak bantu aku. Duit asuhan dia bagi lebih campur jika nak ke bandar aku pinjam kereta kecil dia.. Tetaplah kami ni bersaudara… Aku kawan tiada.

Aku doakan yang baik-baik sahaja. Cukuplah Allah bagiku… Nak cerita baik buruk banyak lagi… Cukuplah sekadar ini. Sayang semua.

– Kanta Lekap (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

2 Comments

  1. Ada betulnya apa yang kakak sis nasihat tu, dalam erti kata lain dier nak sis move on, cari kerje lebih baik, untuk anak anak jugak.

    Lepastu dier nak bgtau sis suruh berjimat cermat dan belanja secara berhemah, beli groceries atau bahan mentah di pasaraya yang lebih menjimatkan macam rosyam mart ke, lotus ke, 99 mart ke, atau giant, sis kene pandai compare harga.

    Boleh je nak makan udang atau sotong tapi limitkan seminggu sekali ke , dan menabung untuk anak-anak. Orang putih kata kene belajar untuk “delay gratification” atau bersabar dan bersusah susah sikit sekarang untuk kesenangan masa depan.

    Dia nak sis kuat bukan lembik melayan perasaan atau kenangan yang lalu.

  2. nasihat k.ngah tu ada yg baik dan ada yg mcm perli. tertarik dgn perenggan yg diajak mkn tp anak kanta lekap memesan nasi lemak sotong dan dikatanya selera anak besar – ya bila kita jarang2 makan dikedai mcm tu la akn memesan benda yg kita xpernah makan lg(kanta lekap ada nasihat anak takni?..sbb sy dulu mcm tu, bila dh selalu mkn luar kita dh jd bijak sikit(parent jenis xsuka mkn luar). anak kangah diajar maknya, ank kanta lekap diajar maknya, betul tak?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *