Selalu kita dengar tentang jaga jodoh orang kan tapi sebaliknya bagi aku. Aku bukan menjaga jodoh orang tapi jodoh orang yang menjaga aku.
Cerita ni dah lama berlaku masa zaman sekolah lagi. Aku nak ceritakan pengalaman aku yang ketika itu berusia 17 tahun yang bercinta dengan orang yang berumur 25 tahun. Aku taknak la puji diri tapi boleh dikatakan aku ni ada rupa la juga sebab dari kecil lagi aku selalu mendengar pujian tentang paras rupa aku.
Dulu masa aku kecil selalu orang orang tua akan puji aku dan cakap aku akan jadi gadis yang cantik bila dewasa nanti. Ada betul nya mungkin sebab ibu ku memang seorang yang cantik, dan ayah ku pun boleh tahan handsome so tak mustahil la kalau anak dia cantik.
Namun sayang, perkahwinan ibu dan ayah aku tak bertahan lama, mereka bercerai pada umur aku 12 tahun dan selama mereka berkahwin aku jarang bertemu dengan ayah aku. Hubungan aku dengan ayah aku pun tak rapat kadang aku ni lupa yang aku ni masih lagi ada ayah.
Mungkin disebabkan hal itu la yang menjadi aku ada daddy issues yang mana membuatkan aku lebih tertarik kepada lelaki yang lebih tua.
Zaman sekolah dulu, sekolah kami telah mengadakan satu pertandingan unit beruniform peringkat kebangsaan dan aku terpilih untuk mewakili negeri aku. Masa tu pertandingan diadakan di satu kem askar. Pertandingan berjalan seperti biasa dan aku terpilih untuk menjadi ketua wakil pasukan negeri aku ketika itu.
Setiap kontijen negeri akan ada beberapa orang anggota dan pegawai askar bagi menjaga kontijen negeri masing masing termasuk la kontijen negeri aku sendiri.
Ohh lupa nak bagitahu, waktu pertandingan berlaku negeri kami terpilih sebagai tuan rumah ketika itu dan kem yang terpilih untuk jadi tempat bertanding sangat tidak jauh dengan sekolah aku.
Semua anggota dan pegawai yang jaga kontijen kami time tu aku dh kenal, maklum la sebab selalu jumpa untuk buat latihan tapi pada hari bertanding tu ada satu muka yang sangat asing bagi aku. Siapa dia ni? Tak pernah tengok pun masa training sebelum ni.
Rupanya dia adalah pegawai baru yang ganti pegawai kami yang sebelum ni. Boleh tahan, orang nya tinggi, kulit hitam manis, tubuh tegap. Memang taste ku la sebab aku memang suka orang yang lagi tua dari aku. Tapi aku masa tu cuba bersikap professional.
Pertandingan diadakan selama 4 hari 3 malam dan kami terpaksa bermalam di kem tersebut. Pada malam first aku disana, perut aku sangat sakit dan aku tak dapat nak join training malam tu rupanya aku period time tu, cramps pulak datang.
Aku minta izin nak balik disebabkan kem tu pun dinegeri aku sndiri tapi tak dapat memandangkan aku ketua bagi kontijen kami so disebabkan itu jurulatih aku time tu suruh aku berehat saja di dorm.
Ketika aku berehat didorm tiba tiba ada seorang anggota tentera perempuan jumpa aku, dia ni jurulatih aku juga aku gelarkan stap Fauziah (bukan nama sebenar) stap Fauziah datang bagitahu aku yang ada pegawai nak jumpa aku.
Masa tu hati aku dah berdebar kencang dah. Mesti kena marah ni. “awak pergi la jumpa dia, dia tunggu kat bawah dorm ni..” stap Fauziah bagitahu aku.
Dengan penuh doa aku trun ke bawah. Sekali aku turun rupanya pegawai baru tu yang nak jumpa. “tuan nak jumpa saya ke?” tanya aku sambil gosok perut buat muka sakit mana la tahu dia lembut hati tak marah aku sebab tengok aku sakit.
“Iyaa saya nak jumpa awak, saya nak naik atas tapi tak boleh sebab dorm perempuan tu saya suruh fauziah yang panggilkan awak..” terang dia.
“Ohh yaa, maafla tuan saya tak dapat nak join training malam ni kalau tuan nak marah saya tuan marah la esok, malam ni saya betul betul tak larat tuan..” loyar buruk ku.
Dia hanya tergelak dan tanpa banyak cakap dia bagi aku satu bungkusan plastik. Sempat dia berpesan kepada aku suruh aku banyak berehat dan tido awal lalu dia pergi.
Aku tengok dalam plastik yang dia bagi tu, dalam tu ada susu kotak, chocolate, asam, heated pad, roti dan ubat. Aku tersenyum sambil berfikir kenapa dia buat baik dengan aku? Kenapa dia tak marah dengan aku?
Ada la juga aku perasan yang dia selalu curi curi tengok aku tapi aku terus bersangka baik mungkin dia nk aku cepat baik yela kan tengah bertanding. Aku malas nk fikir sangat time tu lgpun aku tengah sakit.
Pagi tu alhamdulillah cramps aku dah start baik, nasib la aku ni jenis cramps tak lama. So hari kedua pertandingan berjalan seperti normal.
Sepanjang hari pertandingan aku mencari kelibat pegawai baru tu tapi tak jumpa, niat ku nak ucapankan terima kasih kepada dia, ada la juga aku tanya pegawai dan anggota lain, mereka cakap time tu dia ada urusan lain dan tak dapat join hari tu. Aku tak tahu kenapa masa tu aku agak kecewa sikit sebab tak jumpa dia.
So dipendekkan cerita, sepanjang pertandingan tu dia memang tak datang. Aku agak sedih time tu sebab kalau boleh aku nak jumpa dia buat kali yang terakhir sebelum habis pertandingan. Dah la tahun ni tahun last aku join pertandingan macam ni sebab ni tahun last aku bersekolah.
Aku agak kecewa time tu. Time tu aku berdoa berharap Allah temukan aku dengan dia buat kali terakhir semoga aku mampu ucapan terima kasih untuk dia.
Pada malam last pertandingan, diaakan malam kebudayaan dimana malam untuk semua bersuka ria, siapa sangka dalam keadaan aku tidak boleh solat, Allah makbulkan doa aku berjumpa dengan pegawai baru tu.
Masa aku sedang fokus tengok persembahan kontijen negeri lain, tiba tiba bahuku dicuit halus dari belakang. Bukan main happy lagi aku bila nampak muka orang yang aku cari selama ni.
“Tuan, lama tak nampak? Saya cari tuan tau”
Bilangku ceria.
“Kenapa cari saya? Rindu ke?” Balas tuan.
“Tuan ni bergurau pulak, taklah saya nak ucapan terima kasih dekat tuan sebab tuan kan hari tu bagi saya ubat..”
“Sama – sama !! Cramps awak macam mana? Dah okay..?” tanya dia.
“Dah tuan, semua sebab tuan kalau tak mesti saya dh tak dapat join games dan tentu kontijen kita akan kalah ” terangku.
“Saya buat semua tu bukan sebab risaukan pertandingan tapi memang risau pasal awak..”
Aku tergamam dengan alasan dan tak tahu nak respon apa so aku cuba elak dengan ubah topik perbualan kami. So sepanjang malam tu kami banyak berbual dengan diri masing masing lebih kepada perkenalan diri.
Bila berbual dengan dia, aku rasa aku dah jatuh hati pada dia, tapi aku tak nak berharap. Tak nak lebih lebih. Manalah dia nakkan aku yang baru berusia 17 tahun ni. Tapi aku happy malam tu. Aku happy dapat luangkan masa dengan dia, bercerita dengan dia, sehinggakan sepanjang malam tu aku hanya tersenyum je.
Tiba la hari last pertandingan diakan hari penyampaian hadiah dan kontijen negeri kami mendapat tempat kedua. Semua meraikan kejayaan kami.
Namun aku tak senang, tak boleh nak happy sangat, mana taknya kalau diri ni rasa diperhatikan, siapa lagi kalau bukan pegawai muda tu yang dari pagi lagi asyik curi curi tengok aku. Mesti la aku kena behave tak boleh nak happy sangat. Control ayu la katakan.
Sepanjang bercerita ni aku masih lagi belum bagitahu nama pegawai tu kan. Aku gelaran kan dia Tuan Zamir (bukan nama sebenar). Tak lengkap la sesuatu acara tanpa gambar kan?
Semasa semua sedang mencari posisi untuk bergambar Tuan Zamir berdiri sebelah aku. Masa tu posisi kami sangat rapat yer. Then selesai je gambar berkumpulan Tuan Zamir minta izin aku untuk bergambar berdua dengan aku, disebabkan aku fikir ini adalah hari terakhir aku jumpa dia then aku pun setuju la.
Selesai je bergambar dia bagi aku satu kotak hadiah kecil. Dia cakap buka bila aku dah keluar dari kem ni. Aku hanya tersenyum dan ucapan terima kasih aku berikan. Setelah itu aku pulang ke sekolah dan tertunggu masa yang sesuai untuk buka kotak hadiah tu.
Nak tahu apa yang dia bagi? Sambung part 2 yer gaiss..
– Mila (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Alaaaaa cepat sikit pls part 2 tu, saya senyum sorang2 dah ni hahahaha