Dikala Mereka Gembira Atas Kepulanganmu

Assalamualaikum semua. Ini sekadar pemerhatian saya mengenai isu-isu yang terjadi bila ahli keluarga balik ke kampung.

Harapan saya dari penulisan ini supaya anak-anak sedar dan ambil tahu perbuatan mereka terhadap Mak Bapak serta ahli keluarga yang lain.

Segala maklumat mengenai diri, saya rahsiakan mengelak dari pertelingkahan dalaman kelak. Saya mengunakan bahasa rojak dalam penulisan ini, andai tidak diterima tidak mengapa.

Permasalahan,

1. Meraih simpati, dengan muka manis.

“Alaaa… nenek dah lama tak jumpa cucu nanti balik rindu pulak” (katanya). Dibiarkan Ibu tua mengurus cucu, makan, minum, kencing, berak.

Sakit mata hati nengoknya, bukan taknak tolong dah biasa tolong sesekali nak tengok maka pak dia bertanggungjawab. Sudahnya dibiarkan Nenek dengan Atok handle.. Ewahhhh…

2. Pampers anak wahai yang terhormat.

Sebelum balik bandar, ingat sikit harta tinggalan dekat kampung. Tandas bau taik pampers anak kau, langsung tak tolong buang. Alang-alang nak balik pergi kutip segala harta kau tolong buang kat tong sampah dulu.

3. Spesis ajak tetamu mari rumah.

Dah reti ajak tetamu reti-reti la duk rumah menolong apa yang patut bukan nampak batang hidung masa tetamu ada je.

4. Adab keluar rumah Mak Pak, seperti mana masuk.

Tahu je anak jauh nak balik, bedesup Mak tukar cadar, wangikan bilik bak kata kasi service macam hotel. Dimop lantai dari hujung depan ke hujung belakang, bimbang cucu nak main lantai kotor.

Saat kau pulang ke bandar, rumah bersepah tapi itu biasa. Bilik yang kau guna kalah kapal karam apa cerita.

Bilik kongsi ramai tau, cuma time adik-beradik dah kahwin balik mereka di dahulu kan.

Fuhhhh… sabar… Bertongkang-tongkang ek… Ewaaahhh.

5. Pinggang makan.

Sini takde bibik tau, pandai makan pandai cuci elok ajar laki bini sekali. Ni tak pinggang anak-anak, laki bini untung nasib di atas meja makan. Siapa kau Aim jadi BiBik kau Mak kau? Adik-beradik kau?

6. Kain baju.

Kalau rasa nak tinggalkan kain baju kat kampung do it properly la weyy..Di basuh, dilipat, disimpan siap-siap. Ini tak, berselerak, tak tahu yang mana kotor yang mana bersih bercampur-campur.

Ada yang kaum kerabat Mak Pak dah  tolong lipatkan tapi taknya disusun rapi dalam almari dibiar tersembur kat ruang tamu. Tersembur ya bukan tersusun, maklum la yang nak diambil main tarik je. Ewahhhhhh…

7. Tolong sedar diri dah beranak pinak

Time anak bangun, sila handle sendiri bukannya sambung tidur or berkepit dengan handphone. Ewaahhhh.. Dah rase nak make up berjam, handle anak cantik-cantik dulu bukan tolak-tolak kat orang lain.

Kalau rase anak berak taknak handle, tak payah pakai lawa sangat. “Kau pakai lawa-lawa tak nak handle anak berak? Lemah!”

Sometime, aku tengok manusia mudah beradap ditempat orang tidak dirumah Mak Bapak sendiri.

Aku sangat hormat pada mereka yang sangat beradap di rumah Mak Bapak sendiri, nampak benar mereka memuliakan Mak Bapaknya serta ahli keluarganya.

Jika kita boleh beradap dirumah mentua kenapa tidak dirumah Mak Bapak sendiri? Jika kita boleh beradap di kedai makan, hotel, homestay kenapa tidak dirumah Mak Bapak sendiri?

Dia atas alasan apa yang membuat kau hilang adab dirumah Mak Bapak sendiri? Adakah Penat berkerja? Wajarkah?

Penat dengan karenah anak? Wajarkah? Tak ada masa, sibuk ke hulur ke hilir? Wajarkah? Siapakah Mak Bapak di matamu? Helper? Kenapa?

Disebalik watakmu itu ada kekecewan di hati yang lain.

Kecewa melihat sang Mak terpaksa bersusah payah menjernikan suasana rumah saat engkau telah pulang ke bandar. Anak yang melihat serta menolong itu telah kecewa apatah lagi Mak mu.

Renung-renungkanlah semoga membawa perubahan ke arah lebih baik.

Andai anda mempermudahkan urusan saya sudah tertentu saya gembira, In Sha Allah kembali kepada anda pula. Dengan senang hati terasa ingin mendokan anda dengan lebih.

Sekian..

– Arjuna (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *