Dikatakan Gila Kerana Berpihak Pada Suami

Hi, confession ini agak panjang.. maaf.. Ini adalah perkahwinan kali ke 2 saya bersama seorang duda yang memiliki 4 orang anak. Saya juga memiliki 4 anak sendiri..

Alhamdulillah.. sehingga hari ini perkahwinan saya dan suami masih bertahan walau bermacam rintangan yang kami hadapi dalam usia perkahwinan yang masih muda… kami baru berkahwin 2 tahun..

Pengalaman pertama menjadi ibu tiri buat saya sangat excited. Menanam impian menjadi ibu tiri terbaik jauh dari siri cinderella… tapi akhirnya… saya mengalah.. saya tidak kisah walau digelar ibu tiri yang cinderella yang kejam..

Dulu diawal perkahwinan, ‘kejam’… inilah perkataan pertama saya buat suami apabila dia seakan tidak menghiraukan anak2nya…

Dia minta saya menjauhi diri dari keluarga bekas isteri dan anak2nya.. tapi mana mungkin hati seorang ibu sanggup buat begitu.. saya minta izin dia untuk mencuba..

Bermulalah episod seorang ibu tiri yang penyayang.. saya dipujuk oleh adik beradik suami untuk mengambil semula dan menjaga anak lelaki suami yang sedang berada dalam jagaan ibu kandungnya.. walaupun suami pernah bercerita sebelum ini… anaknya dijaga oleh nenek (ibu suami).

Selepas nenek meninggal suami yang menjaga anak tersebut. Oleh kerana anaknya mempunyai masalah akhlak.. suami telah menghantar anaknya ke sekolah tahfiz…

Sehinggalah ibu kandung dan adik beradik anaknya memujuk untuk dia tinggal bersama mereka… oleh kerana anak lelakinya sering mengamuk minta untuk tinggal bersama ibu kandungnya.. akhirnya suami menurut..

Dalam tempoh sebulan selepas kami berkahwin.. kami dihubungi hospital mental di johor (hospital permai) dan diberitahu anak tersebut kini berada di sana kerana masalah mental..

Di situ lah bermula episod memujuk saya diteruskan supaya saya mengambil semula anak tersebut dari ibu kandungnya … dengan alasan kesian budak tu.. walaupun suami berkeras tidak mahu.. saya tetap mencari jalan memujuk beliau..

Dalam ketika ini.. dipendekkan cerita anak sulung perempuan suami pulak tinggal bersama kami..

Selepas dia menceritakan kisahnya ingin sambung belajar tapi menghadapi masalah di pihak keluarga sana (ketika ini anak sulung tinggal dengan ibu kandungnya) saya memujuk suami untuk menjaga dan membiayai keperluan belajar anaknya.. walaupun berat suami setuju…

Anak perempuan sulung mula menjadi sebahagian keluarga kami.. bermula lah sesi luahan perasaan dan semua kisah ketika dia tinggal bersama ibunya (cukuplah kisah itu untuk pengetahuan saya).

Dalam masa yang sama saya mula mempercayai segala cerita suami tentang bekas isterinya kerana cerita si bapa dan si anak hampir sama.

Ketika ini.. berlaku lagi satu peristiwa dimana saya membantu anak sulung untuk mengambil coway yang diguna ibu kandungnya atas namanya yang tidak dibayar selama 3 bulan dan anak perempuan suami diberi amaran oleh pihak coway.

Ketika kami pergi mengambil coway tersebut berlaku perselisihan faham antara anak pertama dan kedua suami (ketika ini anak ke dua yang menjaga adik lelaki mereka yang telah disahkan mengalami gangguan mental).

Bermula la episod saya membawa pulang anak lelaki suami yang mempunyai masalah mental untuk tinggal bersama kami (laporan polis telah dibuat masa kami bawa anak ini pulang atas persetujuan ibu kandungnya sendiri tanpa banyak soal).

Sebuah kehidupan baru yang penuh stress.. anak yang mempunyai masalah mental tak terkawal.. mengamuk mencarut hampir setiap hari.. bergantung pada ubat.. bercakap sorang diri hampir setiap masa.. buat saya hampir2 jadi gila menjaganya.

Suami jatuh sakit sebab terlalu stress.. anak yang dihantar sihat pada ibu kandungnya.. jadi begini saat saya mengambilnya semula… saya mula menangis setiap kali anak ini buat hal.. saya mula menyesal kerana tak dengar kata suami..

(Menurut laporan doktor masalah mental anak ini disebabkan oleh ‘mood disorder’ with ‘CT brain done show no abnormality’). So anak ini bukan bermasalah mental dari azali tapi kerana kekeliruan mood.

Mungkin menurut suami sebab semasa dia ingin diambil semula oleh ibu kandung dan adik beradiknya dia telah dijanjikan macam2 keseronokkan..

Dan perkara yang dijanji mungkin tidak berlaku.. menyebabkan dia memberontak dan terlalu mengikut perasaannya.. dan akhir makan diri sendiri..

Sidang pembaca bayangkanlah apa yang saya harus lalui setiap hari.. suami tak berhenti menyalahkan saya sebab degil tak nak dengar kata.. saya hanya mampu menangis dan mengaku bersalah..

Namun saya berjanji pada diri sendiri dan mohon pada Allah beri saya kekuatan untuk teruskan apa yang telah saya mulakan.. hampir setahun menjaga anak tersebut.. akhirnya walaupun tidak pulih sepenuhnya.. keadaan anak tersebut bertambah baik..

Tidak bergantung pada ubat, mula menurut kata, tidak mengamuk.. tapi masalah mentalnya tetap masih ada.. seperti bercakap sendiri… habit pelik yang susah nak suruh berhenti.. contoh mandi 10 kali sehari..

Habis 1 episod.. anak lelaki ini masih dalam jagaan kami suami isteri… anak perempuan pertama suami yang saya jaga untuk biayai sekolahnya.. mula buat perangai.. dari anak yang menurut kata.. beliau mula menunjukkan her ‘true color’..

Paling saya tidak boleh terima dia langsunh tak hormatkan suami @ bapa sendiri… dia tidak mengendahkan bapanya walau hidup serumah.. setiap kali saya masukkan duit kolej takde rasa ucap terima kasih selagi tak diberitahu.

Pada mulanya suami minta saya biarkan.. tapi sebagai seorang ibu yang mendidik anak sendiri dengan akhlak, saya cuba guna cara yang sama pada anak tiri.. saya cuba tegur perbuatan anak perempuan tersebut…

Saya guna cara halus dimana saya minta dia minta sendiri wang belanja kolejnya dari bapanya sendiri. Tujuan saya supaya anak dan ayah berkomunikasi dan ayah. Rupanya lain yang berlaku… anak ini langsung tidak menghubungi bapanya untuk minta wang belnja kolej…

Sebaliknya dia mula buat perancangan untuk menjatuhkan kami suami isteri.. saya dituduh menjadi menjadi penyebab dia tidak dapat wang belanja kolej.. banyak lagi perkara yang beliau lakukan, tapi cukup la untuk kenangan saya tanpa diceritakan).

Satu hari, mungkin ini bantuan yang Allah beri untuk perancangan dia mengenakan ibu bapanya iaitu kami…. kantoi apabila dia dan rakan sekolejnya kena halau dari rumah sewa. Bapa rakan rumah sewanya telefon saya dan ceritakan semuanya..

Saya terpaksa membayar RM1400 kerana dia melanggar perjanjian rumah sewa dan dia berhutang dengan bapa kawannya. Masa ni suami sangat marah dan langsung taknak bayar jumlah wang tersebut. Tapi sebab melibatkan pihak lain..

Saya bayar jumlah tersebut dengan duit sendiri. Tapi anak ini tidak puas hati.. dia kembali bapa makciknya (adik suami) dan cuba sebar cerita buruk kami..

Saya dikatakan tidak mengendahkan dia semasa kami tinggal bersama dan suami dikatakan tidak bertanggungjawab kerana tidak memberi dia duit belanja kolej (padahal baru 1 bulan itupun sebab dia tak nak contact ayah dia sendiri).

Berlaku la sedikit pergaduhan adik beradik suami kerana mulut anak ini..

Dipendekkan cerita kes selesai apabila saya dan suami pergi ke rumah adik suami dan duduk conferred berdepan mata dengan anak tersebut.

Selepas selesai semua.. kalau ikutkan marah saya, sebab dia sanggup fitnah mak bapak sendiri demi melihat adik beradik suami membenci kami…

Saya nak hantar dia kembali kepada mak kandung dia (itu permintaan dia masa conference antara kami). Sekali lagi adik suami masuk campur hal keluarga kami minta suami teruskan pembelajaran anak tersebut.

Takpe la suami mengalah demi masa depan anak ini… tapi suami hanya minta untuk anak ini habis kan pembelajaran peringkat sijil dan minta dia bekerja selepas itu.. perkara telah dibincang dan diberitahu dari awal suapaya anak ini bersedia..

Selepas agak lama hidup tenang.. air mula berkocak kembali… dalam masa ini Alhamdulillah.. rezeki saya dan suami bertambah.. perniagaan kami bertambah baik dan anak2 saya mula tidak kekok dan menyayangi bapa tiri mereka.. suami mula bawa saya dan berjalan.

Dan paling ketara bila suami belikan kereta ‘kayangan’ untuk kegunaan keluarga kami.. (sebab keluarga kami agak ramai).

Rupanya ada mata dan hati mula gelisah.. anak perempuan kedua suami mula membangkitkan hal nafkah bapa mereka pada anak2. Puas saya menerangkan bagaimana cara bapa mereka beri nafkah. Kenapa suami tak nak beri duit pada ibu kandung mereka.

Semua duit suami hanya akan beri pada keluarga dia untuk disampaikan pada anak2 tanpa pengetahuan bekas isteri dan anak2nya.. setiap kali jumpa suami akan ‘salam keruk’ pada anak2nya.. itu cara suami beri duit… tidak sama sekali dia akan beri pada bekas isterinya.

(Bekas isterinya juga tidak memiliki hak penjagaan anak dan tidak pernah mohon dimahkamah. Sedangkan sangat senang la untuk dia menang kes ini jika dibawa ke mahkamah. Tapi kenapa ye tidak dibawa k mahkamah.. dia lebih tahu).

Untuk alasan suami berkeras tidak mahu beri wang nafkah anak pada bekas isteri..

Saya ringkaskan hanya satu sebab.. suami sangat kenal bekas isterinya yang tidak amanah dan sangat pasti duit anak2 jika diberi terus pada bekas isteri tidak akan dimanfaatkan untuk kehidupan anak2nya…

Anak perempuan kedua mula berbalas wasap dengan saya. Kononnya untuk menuntut hak dia sebagai anak kandung. Keluarlah kata2 dari seorang anak yang sangat menyakiti seorang bapa.

Anak ini sekali lagi menyebabkan suami dan adik-beradiknya bergaduh kerana dia telah menyampaikan keratan wasap yang tidak lengkap menyebabkan adik beradik suami marah pada saya..

Dan akhirnya suami minta saya berdiam dan menjauhkan diri… dengan rasa sedih dan marah saya putuskan semua talian media sosial dengan mereka.. dan pastinya saya tidak mahu menghampiri mereka dan jangan sekali mereka menghampiri saya..

cukuplah kutukan kepada suami dan saya yang dilemparkan.. biarlah kami telan… pastinya suatu hari nanti mereka juga akan telan kata2 yang pernah diluahkan..

Ya.. sepintas lalu suami memang nampak kejam.. seakan mengabaikan anak sendiri.. anak2 dia tidak tahu.. bapa mereka berstatus bankcrupt disebabkan ibu kandung mereka…

Demi anak2 bapa ini sanggup hidup dalam gelaran bankrupt. Suami dan bekas isteri sama2 bankrupted disebabkan bekas isteri culas bayar duit rumah mereka masa hidup bersama.

Untuk mengelakkan bekas isteri membuat pinjaman dan menggunakan nama anak2 sebagai guarantor, suami sanggup untuk tidak membuat sebarang bayaran. Biarlah 2-2 bancrupt.

Logik tak dengan kedudukan kewangan suami sekarang dia tak nak bebas kan diri dia dari bankcrupt.. sanggup tidak boleh ke luar negara.. walhal melancong ada hobinya.. ini semua demi masa depan anak2…

Persoalan yang cuba saya bawa kepada pembaca, apakah tanggungjawab seorang ibu yang memilih untuk menjaga anak2 selepas penceraian?

Apakah hanya menjaga dan bergantung pada nafkah dari bekas suami? Sehingga menjadi isu besar dan akhirnya anak2 merana.. mengajar anak2 menyalahkan bapa kerana tidak cukup makan. Apa yang dilakukan oleh si ibu yang katanya menjaga anak2?

Saya juga bekas ibu tunggal hasil penceraian. Bekas suami hanya bagi nafkah RM400 untuk 4 orang anak.. saya tahu takde duit yang boleh saya perah darinya lagi.. so saya terima seadanya…

Saya meneruskan kehidupan yang sememangnya perit ketika itu kerana saya dikelilingi hutang bekas suami.

Tetapi Alhamdulillah.. saya tidak pernah menyesal dengan pilihan saya untuk bercerai.. saya susun semula kewangan demi anak2… hidup berpada2… beli yang sepatutnya.. terangkan situasi ketika itu pada anak2..

Alhamdulillah semua berjalan lancar.. duit sentiasa ada cukup walau sedikit.. rezeki anak2 sentiasa ada.

Pokok pangkalnya.. ajarlah anak2 kebahagiaan itu bukan hanya atas nama wang@duit.. jadikan anak2 kuat dengan kesusahan lampau.. jangan ajar anak2 sifat benci dan iri dalam hati… in sha Allah.. Allah lebih tahu yang terbaik buat kita..

Hari ini walaupun suami nekad tidak mahu menghubungi anak2nya.. saya menurut.. biarlah ada yang kata saya gila.. sayang suami tidak berpada.. hanya saya yang tidur setilam dengan suami dan tahu sifat luar dalamnya.. biarlah oang kata kami kejam..

Kami ada keluarga untuk dijaga.. kami ada hati yang nak dijaga… susah yang tidak kami tunjuk kerana kami percaya.. bahagia itu bila kita hidup dengan tenang dan hati yang bersih… Apa Makna menghampiri, andai hidup sering terganggu..

Untuk anak2 tiri saya.. kami bukan tidak pernah bagi pilihan pada kamu semua.. tetapi kamu yang memilih jalan hidup kamu.. mana janji kamu yang kamu tahu risiko jalan hidup yang kamu pilih?

Kenapa hari ini atas kebahagiaan bapa kamu.. kamu persalahkan dia apabila diri kamu tidak bahagia?

Wang bukan segalanya walau segalanya memerlukan wang… wang bukan jaminan bahagia.. sayangilah bapa kamu kerana dia bapa kamu.. dan bukan kerana wang yang dia ada..

Saat dia tersungkur.. dia merangkak seorang diri.. saat dia di atas hari ni.. bukan untuk dikongsi tapi untuk dihargai.. kerana dia bapa kamu…

Biarkan isteri gila ini terus menyayangi suaminya.. janji kami untuk sama2 ke syurga.. untuk anak2 tiri belajar la menghormati.. kerana kamu semua semakin meningkat dewasa..

Belajar memahami.. bukan membenci.. kerana satu hati nnti.. kamu juga akan bergelar ibu dan ayah… Datanglah kepada kami seikhlas hati.. bukan dengan sarat niat yang tidak diketahui…

Buat anak tiri ke-dua saya.. kehidupan kamu hari ini.. adalah dari pengorbanan ibu tiri yang kamu benci ini…

Ibu tiri ini yang mengambil adik kamu yang mental di saat ibu kamu juga tidak memahami kamu.. memberi kehidupan kamu semula atas keperitan yang ibu kamu sendiri tidak mahu melaluinya.. tanpa ada sedikit rasa kasih.. sehingga hari ini..

Adik kamu yang mental tidak pernah ibu kamu kisahkan.. tapi ibu tiri ini yang masih setia bersama kerenahnya.. hiduplah kamu dengan bahagia dengan pilihan hidup kamu… didik hati untuk berterima kasih dan jangan dididik rasa benci dan cemburu dalam diri..

Moga Allah terus memberi saya kekuatan.. terima kasih suami.. biarlah semua orang membenci.. saya tetap disisi kerana hanya saya yang memahami.. kita sama2 terus harungi apa yang telah kita harungi.. in sha Allah.. Allah ada untuk kita..

– Mami (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *