Dikutuk Kerana Rumah Low Cost

Alhamdulillah, sebelum aku berkahwin, aku dah beli rumah sendiri. Aku dan family happy masa tu. Kira satu pencapaian la walaupun ada bantuan dari ayah sikit-sikit. Sebab masa tu aku baru umur 21 tahun.

Aku dah simpan dalam ASB since aku habis sekolah. Masa diploma, aku buat dropship, cuti semester aku kerja part time. Habis je diploma aku terus dapat kerja sebagai admin di company perubatan.

Gaji masa tu agak lumayan untuk single lady living in the city yang komitment cuma sewa bilik paling murah. Duit aku simpan la sikit tak enjoy semua. Cukup 3 tahun aku kerja aku ada cash 50k.

Kebetulan kawasan perumahan kat kampung aku ada rumah terbengkalai. Dengarnya nak buat taman perumahan besar tapi alih2 terbiar. Yang siap masatu cuma 6 biji rumah 2 lorong. Maksud 1 lorong ada 3 rumah je.

Lepas tu ada satu developer take over. Dia nak lelong 6 biji rumah yang dah siap tu. Sangat murah. 80k untuk rumah double storey sqft kecik muat 1 kereta 3 bilik, 2 bilik air je ok la kan? Aku terus cakap kat bapak aku yang aku nak beli la.

Mindset aku masatu asalkan ada tempat berteduh atas nama sendiri je cause we won’t know what awaits in future. Tak fikir la masatu nak kahwin nak anak ramai nak rumah besar etc.

Jadi bila bapak aku tolong kesana kemari sebab aku duduk bandar kan tak balik cuti. Aku nak try skim rumah pertamaku tu tapi bila bapak aku tahu aku ada 50k, bapak aku suruh guna 40k untuk rumah yang aku nak beli tu.

Lagi 10k dia suruh aku simpan dalam tabung haji dan bapak aku hadiahkan 40k lagi untuk aku sebab dia excited anak sulung dia dah nak beli rumah. Legal fee & lain-lain dia bayarkan sebab dia yang ulang alik.

Fast forward aku sekarang dah kahwin. Dan dah anak 1. Aku tak duduk pun rumah tu. Sewakan pun tidak. Rumah dah ada je barang cuma belum complete. Awning, table top semua dah siap.

Kan aku cakap aku beli sebab nak ada tempat berteduh in future je. Bukan nak buat investment. Aku tak nak sewakan sebab aku sayang rumah tu. Aku tak nak rosak kat tangan orang. Mak aku la ulang alik 2 minit tengok keadaan rumah tiap minggu.

Aku suruh famili aku duduk sana sebab mereka menyewa sekarang. Rumah yang bapak aku beli semua dia sewakan. Jadi aku suruh je duduk rumah tu sebab sekarang aku duduk rumah suami. Tapi mereka tak nak.

Balik kepada tujuan cerita. Awal kahwin suami & keluarga di tak tahu aku ada rumah. Aku diamkan sampai terkantoi mak tanya aku, tak nak duduk rumah yang aku beli ke. Aku masih bekerja. Aku tolak cara baik.

Dan kemudian aku berpantang kat rumah aku tu. Sebab rumah mak aku sempit. Aku pantang rumah aku dan mak aku ikut jaga aku kat sana. Masa family in law datang melawat, borak borak terbukalah story rumah ni, harganya, siapa punya dsb.

Dan mulalah mereka macam questionkan kenapa beamnya kat sini la, kenapa tak besarkan ke belakang la. Sempitlah, tak berjiranlah, bilik takde tandas lah.

Bingit betul berdesing telinga aku. Nak je la aku tempelak at least rumah aku rumah landed nanti anak boleh main kat depan. Laki aku beli flat subsale je nak bagi aku duduk lepas kawin. Tapi takde la aku cakap kan. Aku senyum kelat je.

Sekarang aku tunggu masa je nak bersalin anak no 2. Mak mertua aku dah mula persoalkan kenapa nak pantang kat rumah kosong tu. Kan panas la jauh dengan kedai la itulah inilah.

Lah dah aku masih ada mak aku nak duduk la dengan mak aku. Sampaikan raya baru ni ipar duai aku balik semua macam expect aku nak berpantang kat in law aku tau tapi in law aku dengan muka muncung cakap tak. Dia nak pantang kat rumah sempit2 tu jugak.

Dan ipar duai yang masih belum pernah datang tengok rumah tu mulalah minta mak cerita macam mana rumahnya. Wah makin hebat laaa dia bercerita pasal rumah aku.

Lahhhhhhhhhhhhhh…

– Sehijau Kiwi (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

5 Comments

  1. Laa.. pedulikan je ckp2 diorang tu.. anggap je diorang tu ‘jeles’, sbb tu komen yg bkn2, klaw org yg minda nya positif, xkan terkeluar ckp2 yg mcm tu, jgn cepat ‘meroyan’ sbb awak tu bru bersalin kan.. ikutkn hati mmg nk “smash” blk je, setidak2nya awak mampu dah punya rumah sendiri, ada org dah keja lma pon masih mnyewa lgi.. hnya awak je yg tahu betapa susahnya awk berusaha ke arah itu.. klau husband awk jenis yg fhm, cba terangkn ckit.. tp klau dia jugak jenis mnyampai kpd family dia, baik diamkn shj, takut nt jd isu dan bermasam muka dgn mk mertua n ipar duai plak.. tpi klau sampai satu tahap, x abis2 jugak menyindir dan merendah2kn, org2 mcm ni kna bgi je ‘sedas’ tp dgn cara yg berlapik ckit, supaya at least mrk tu berhenti mngata di dpn kita, klaw diorang nk mngumpat d blkg tu, korang tanggung la dosa sendiri, sdgkan puan plak akn dpt pahala brrganda.. wallahu a’lam

  2. Kau bijak dikk. Abaikan apa org kata. Kau baru kawin tak tahu lagi apa jadi kedepan. Kau cooll jaa dulu. Lagi satu aku nak cakap.. jgn sesekali kau bagi org pinjam duduk umah tu terutama ipar duai. Dia dah duduk kau nak halau dah payah. Mulut pun masing2 macam puaka. Kau sumpah jaa mereka dlm senyap supaya busuk mulut tuu. Ha ha ha geram pulak akuhh.

  3. Dia macam “Rumah Aku, Mentua yang panasssss”..haha..abaikan je mulut² puaka itu..mulut puaka memang tak boleh ditutup macam kau terpaling betul..kalau banyak sangat complain, suruh la dia keluarkan duit utk buat major renovation..semoga urusan sis anak beranak dipermudahkan

  4. hahaha, lawak jugak fam husband sis, lagi sis takde sambungan ke? sibuk ye diorang dengan rumah orang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *