Assalamualaikum. Pertama sekali maaflah kalau ayat dalam confession ni berterabur. Nama aku Seri. Dah tentulah bukan nama sebenar.
Nama dan tajuk confession ini terinspirasi bila aku tonton filem Dil Bechara lakonan mendiang Sushant Singh Rajput.
Seri maksudnya okay. (Aku cuba untuk okay walaupun tak okay). Tapi kisah yang aku nak kongsikan di sini bukannya macam dalam filem tu dan bukan juga tentang Sushant.
Aku terasa macam nak menulis confession ni sebab aku langsung tak boleh tidur. Kepala otak aku sedang ulang tayang segala perkara yang buat aku trauma dan fobia.
Ya, aku depression survivor yang masih bergelut dan berjuang untuk teruskan hidup walaupun hampir setiap masa rasa nak mati.
Siapa yang terasa nak mati kalau setiap hari ada je perkara yang buat aku teringat peristiwa hitam kelam yang menyesakkan nafas.
Segalanya bermula di zaman kanak – kanak. Ibu bapaku memang biasa tak berpakaian. Kadang -kadang mak cik, pak cik cebokkan dan mandikan aku.
Jadi aku tak tahu tentang sentuhan selamat atau sentuhan bahaya. Bila ada orang lain yang tak berpakaian depan aku, mandi bersama. Aku anggap itu biasa sebab mereka ahli keluarga.
Jelas dalam ingatan. Pada masa itu, ada jiran membeli kolam. Kanak-Kanak mana yang tak teruja untuk main air dan mandi kolam. Ibuku melarang aku ikut serta. Tapi aku berdegil.
Ibuku naik berang dan mengheret aku keluar dalam keadaan aku langsung tak berpakaian menolak aku masuk ke kolam di hadapan semua orang.
Masa itu mungkin aku tak terasa. Masa pun berlalu, dan aku pun lupakan peristiwa itu.
Pasti kalian dapat meneka apa yang terjadi seterusnya. Ya, pemangsa pertama ialah anak jiranku yang pada masa itu telah bersekolah. Tak pasti sekolah rendah atau menengah.
Sekembalinya dari sekolah. Syaitan itu menukar pakaian dihadapanku sambil memegang alat sulitnya.
Seperti yang aku katakan. Aku tak rasa apa-apa bila melihat orang lain tak berpakaian sebab Ibu bapa aku dirumah pun biasa begitu.
Aku menerima sentuhan dan ciuman. Mujur tak lebih dari itu. Ya. Aku masih tak tahu itu bukan sentuhan selamat. Tak lama selepas kejadian itu, syaitan itu berpindah bersama keluargnya
Pemangsa kedua yang menjadi punca triggered malam tadi. Aku diberitakan kesihatan Iblis itu sedang merosot teruk. Ibuku bertanya, tidakkah aku ingin melawat si Jahanam.
Terus aku terbayangkan sakit yang aku alami dan laju mulutku menyumpah. Biar menderita dan mampus si Iblis tu. Aku tak ingin melawat apa lagi memaafkan. Kejadian pertama hanya sentuhan.
Kejadian dengan si Iblis ini lebih dahsyat kerosakkannya. Kerosakkan emosi dan fizikal seluruh hidup aku dan pada masa itu dengan ilmu dan pesanan guru-guru disekolah,
Aku mulai belajar dan faham apa itu sentuhan selamat dan tidak selamat. Apa itu aurat dan batas aurat.
Bermula dari saat aku belajar dan faham tentang itu semua, perkara -perkara yang aku lalui dari kecil mula kembali datang menghantui.
Aku ingin ceritakan semua yang terjadi kepada Ibu bapaku. Namun kata si Iblis, siapa yang akan percaya kata-kataku tanpa saksi dan bukti dan diugut jangan beritahu sesiapa kalau tak mahu dicederakan.
Aku pulang ke rumah dan membisu. Tapi aku cuba mengadu, aku beritahu sakit yang aku alami dan najis yang berdarah. Tapi aduan ku dipandang tak endah. Setiap kali kalau disebut ingin ke rumah Iblis itu aku menolak untuk ikut.
Bila-bila sahaja ada keramaian keluarga. Iblis itu tak melepaskan peluang untuk mencium dan memegangku. Aku melawan.
Tapi dihadapan pak cik, mak cik dan saudara yang lain aku dilabel biadab. Katanya kenapa nak marah. Pelik, pegang, cium itu tanda sayang.
Tanpa aku sedar, bila aku tak boleh menolak diperlakukan sedemikian, aku jadi seorang pemberontak dan kuat melawan.
Prestasi pelajaran aku jatuh merudum. Keputusan peperiksaan aku tidak memuaskan.
Ibu bapaku menghamburkan rasa marah dan kecewa kerana aku tak berjaya mendapatkan keputusan yang diharapkan. Aku dihantar ke asrama.
Oh iya.. aku kakak, sedari kecil tangunggjawab menjaga adik di atas bahuku.
Ibuku juga diuji dengan sakit misteri. Bapaku pula sibuk melabur main saham yang asyik rugi. Masalah kewangan yang dicari sendiri. Duit simpanan langsung tiada.
Kerja rumah dan jaga ibu dan adik-adik dibawah tanggungjawabku. Yuran sekolah dan asrama, aku bayar pakai duit raya yang diterima.
Lebihan yang aku sangka disimpan dalam akaun bank rupanya dah diguna sepenuhnya. Saat orang lain bercerita tentang simpanan tabung haji, akaun bank aku terpinga-pinga. Dirumah dilayan seperti kuli dan diasrama aku dibuli mental.
Sedikit tentang kehidupan di asrama, yang cantik, comel, berada dipilih jadi adik angkat senior berpengaruh.
Dijaga dan ditatang sebaiknya oleh warden. Yang latar belakang dan rupa biasa-biasa, redha sajalah nanti bila buat silap terus jadi bahan cemuhan.
Maaf confession ni semakin panjang meleret, berterabur dan bosan. Banyak lagi yang aku ingin luahkan apa yang terbuku di hati tapi cukuplah sampai kehidupan di alam persekolahan.
Aku mohon sangat-sangat supaya Ibu bapa atau bakal Ibu bapa yang membaca ni. Tolonglah jaga batas aurat walaupun dengan anak.
Sentiasa berhati-hati walaupun dengan darah daging sendiri. Ajar anak-anak baik lelaki mahupun perempuan tentang aurat dan pendidikan seksual.
Jika anak kalian menunjukkan perubahan sikap, tolonglah selidik puncanya, dengarlah luahan hati dan perasaan anak. Siasat sedalamnya. Jangan pantas menghukum.
Perkara-perkara seperti ini memberikan kesan sepanjang hayat. Sejujurnya, aku benci Ibu bapa aku. Aku salahkan mereka dengan semua yang terjadi. Dil bechara kah aku?
– Seri (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit