Aku Nisa, umur penghujung 20an, berkerja dalam bidang professional dan juga seorang business women. Pendapatan bulanan aku (Gaji kerja hakiki + untung business), kadang-kadang kalau sale melonjak boleh cecah 6K, “Kadang-Kadang” bukan selalu.
Life aku sangat la busy, tapi aku happy dengan apa yang aku buat dan perancangan terbesar aku tahun ni nak beli rumah (in process) dan deco cantik-cantik.
Benda yang paling aku tak meletakkan target dalam hidup adalah perkahwinan “ kalau ada adalah, biarlah dia datang pada masa yang tepat dan jodoh yang datang itu jodoh yang terbaik”
Tapi sekarang sudah 6 bulan aku dipertemukan dengan seorang hamba Allah ini, pengenalan kami bermula apabila ada certain2 perkara aku kene jumpa dia, dia bekerja supervisor di company sama dengan aku tapi branch yang lain.
Dari perkenalan atas dasar kerja, lama-lama menjadi rapat dan dia sangat berminat dan kagum tengok aku sebab aku boleh buat dua kerja dalam 1 masa, ada juga bila nak pergi ambil stock dia offer untuk ikut sekali.
Dia angkat stock yang berkotak-kotak semua. Aku happy je kawan ngan dia, kadang keluar makan, lepak borak sama-sama.
Overall pasal personal dia tak ada kekurangan cuma in term of pendapat bulanan dia lebih rendah dari aku. Dan dia sebenarnya seorang duda anak 2, umur 35 tahun.
Semua keruntuhan rumah tangga dia, dia ceritakan pada aku. Aku pasang telinga sahaja, tidak menilai yang bekas isterinya salah 100%. Perkahwinan mereka bertahan 5 tahun.
Dari perkenalan kawan yang rapat akhirnya dia meluahkan yang dia ingin memperisterikan aku. Aku tiada respon untuk ini. Bermacam cara dia buat untuk ambil hati aku.
Kata-kata manis nak buat business sama-sama, terlalu banyak janji-janji yang ditabur tak tahu lah hanya pemanis kata-kata ketika jatuh cinta atau ianya jujur.
Setiap kali aku pandang dia aku akan rasa simpati sebab dia tak mampu bina kebahagian dengan ex-wife dia. Setiap bulan 70% gajinya adalah untuk commitment.
Bukan sahaja bayarkan nafkah anak-anaknya RM600 sebulan untuk 2 orang anak tapi dia juga terpaksa menanggung sewa rumah yang Ex-wife dan anak-anaknya tinggal. Bila gaji, dia juga akan belanja barang dapur dan keperluan rumah dan akan hantar ke rumah ex-wife nya.
Bila aku tanya, kenapa perlu beli barang-barang rumah lagi untuk ex-wife, dia cakap ini keperluan anak-anak, dia taknak anaknya makan nasi tak ada lauk, dia tak nak keperluan anak-anaknya tidak lengkap macam susu, pempers, barang mandian, makanan-makanan dan semua nya la.
Tidak dinafikan dia memang seorang bapa yang baik dan bertanggungjawab, bila anaknya deman atau tak sihat, dia akan cepat-cepat sampai rumah ex-wife nya.
Secara jujurnya aku katakan ex-wifenya masih bergantung harap padanya. Disebabkan inilah aku banyak berfikir untuk menerimanya dalam hidup aku.
Aku pernah senyap hamper 2 minggu, cuba jauhkan diri dari dia, dia cari aku sehingga kat umah sewa dan mintak aku turun jumpa dia, kalau tak dia naik ketuk pintu rumah aku dan bagitau nak jumpa aku.
Disebabkan aku tak nak kecoh-kecoh, sebab rumah sewa aku semua girls dan diorang dah bgtau tak boleh ada lelaki datang rumah ini apatah lagi bagi lelaki masuk rumah ni.
Dia tahu no rumah sewa aku based on alamat. Maka aku turun jumpa dia meluahkan aku tak nak hidup aku akan jadi lebih teruk kalua aku kahwin dengan dia.
Dan sekarang dia buat permohanan I sinar sebagai persiapan perkahwinan kita katanya. Dia yang plan semuanya, nanti dah boleh cross state nak jumpa parents aku dan masuk meminang aku.
Aku buntu, aku tahu parents aku pun akan tak berapa setuju dan risau kalua mereka tahu status dan commitment lelaki ni.
Aku bangun solat, mintak dengan Allah, berdoa banyak-banyak supaya Allah bagi jalan yang terbaik dalam hidup aku.
Dia ada cakap pada aku, dia tak pernah rasa sayang dan nak memperisterikan seorang wanita bersungguh seperti ini. Dengan ex-wife pun tak macam ni. Aku buntu. Aku ada kurangkan wasup dengan dia alasan aku busy.
Dalam timbang tara aku, aku takut pada kemungkinan-kemungkinan yang akan datang. Aku pernah tanya dia, kalau selalu pergi rumah ex-wife, memang betul atas dasar anak, kenapa tak rujuk balik.
Jawapannya mudah, tak mungkin rujuk balik sebab saya memang tawar hati padanya dan kami memang tak persefahaman. Dari segi pendapatan aku pun, dia cakap dia bukan jatuh hati kat aku sebab duit, harta atau kecantikan tapi sebab agama dan akhlak.
Sungguh aku buntu dalam nak membuat keputusan. Banyak kali datang persoalan kenapa Allah pertemukan aku dengan dia dan uji aku dengan perasaan seperti ni, tapi aku kembali ingat kata Ustazah Asma,
“Pertemuan kita dengan sesiapa pun dalam hidup ini bukan sia-sia, Allah dah susun, ada pengajran dan ibrah untuk setiap pertemua itu”.
Doakan aku agar Allah lorongkan untuk membuat pilihan yang tepat.
– Nisa (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit