Dilayan Seperti Orang Gaji Oleh Majikan

Assalamualaikum W.B.T dan selamat sejahtera kepada semua pembaca confession IIUM Confession.

Sebenarnya saya menulis posting ini adalah sebab ingin bertanyakan tentang pendapat pembaca tentang garis panduan (job scope) bekerja di ruang pejabat.

Sebenarnya saya pernah beberapa kali bertemu dengan masalah ini di dua tempat kerja yang berlainan.

Saya pernah juga bekerja di 2 lagi tempat kerja yang lain tetapi bezanya majikan saya sebelum ini adalah lelaki.

Saya cuma nak bertanya kenapa kalau bekerja dengan majikan perempuan mesti banyak sangat benda tak kena, kena marah,

Tetapi jikalau diriku bekerja dengan majikan lelaki mesti santai dan tiada konflik yang membuatkan diriku rasa tak selesa bekerja.

Ya saya tahu jantina bertentangan majikan lelaki memang akan membuat baik terhadap pekerja wanitanya tetapi apa yang dirku rasakan memang bekerja dengan majikan wanita memang sangat mengjengkelkan.

Cerita dia begini saya sebenarnya tak suka disuruh suruh mengambil barang shoppee, ambil makanan dekat bawah memndangkan office tempat kerja saya sebelum ni tingkat tinggi kena naik lifi naik turun kalau nak kena ambil barang.

Sebelum ni saya bekerja di firma guaman dan majikan saya adalah seorang Wanita. Hieraki pangkat saya di dalam pejabat juga paling rendah.

Jadi saya lah yang menjadi tempat semua orang di dalam office untuk disuruh suruh melakukan itu ini.

Kadang kadang satu hari saya perlu naik turun sampai 10x sampai pening kepala diriku ini. Dan ini adalah satu sebab saya membuat keputusan untuk bertukar tempat kerja.

Kemudian diriku berpindah ke firma guaman yang lain tetapi malang nasib diriku kerana kali ni pun sama saya bekerja di bawah supervisor Wanita.

Pada mulanya semua baik baik sahaja tetapi disebabkan prestasi kerja ku yang amat lemah

(memandangkan diriku pernah bekerja di pelbagai firma guaman dan majikan ku mengaharapkan diriku mempunyai pengalaman dalam mebuat kerja pejabat) dan diriku seringali membuat silap jadi saya diberi kerja kerja yang luar dari job scope.

Saya disuruh suruh melakukan sesuatu yang jauh menyimpang dari job scope kerja.

Saya disuruh bergegas kesini ke sana dan apabila diriku disuruh melakukan kerja remeh tersebut membuatkan saya terasa adakah ini ‘Quiet Firing’ dari majikanku.

Saya cuma ingin bertanya jika bekerja di firma guaman bolehkah majikan menyuruh kita membuat kerja luar dari garis panduan kerja (job scope)? Diriku berasa hina dan tidak selesa disuruh suruh seperti seorang orang gaji.

Walaupun diriku bersyukur diberi peluang bekerja tetapi ada rasa tidak selesa kerana berasa malu disuruh suruh buat kerja macam orang gaji, Kadang kadang disuruh order makanan oleh majikan ku.

Diriku pernah menyuarakan pendapat bahawa mengapa perlu saya membuat kerja yang jauh dari garis panduan dan majikan ku membalas ‘Kenapa tak boleh ke?’.

Majikan ku menggunakan alasan bahawa tiada kerja di kerja pejabat jadi beliau ingin menyelamatkan ku dengan mengarahkan ku untuk membuat kerja kerja peribadi untuk beliau pula.

Ya, benar memang majikan ku ada mengatakan bahawa jika diriku diambil bekerja saya akan teman beliau grocery shopping.

Kedengaran seperti menyeronokkan. Teman grocery shooping dan teman shopping. Tetapi apabila bekerja, disuruh suruh buat itu ini dilayan macam orang gaji.

Diriku terasa seperti dibuli dan aku berasa rendah diri sekali jika dibandingkan dengan rakan sekerja ku yang lebih sering diberi kerja pejabat..

Diriku juga berasa dipandang serong kerana melakukan kerja kerja seperti orang gaji oleh rakan sepejabatku.

Saya pernah juga bekerja dengan majikan lelaki tetapi tidak selalunya disuruh suruh sebegitu banyak berbanding bekerja dengan majikan wanita.

Saya berasa sedih kerana saya ingin bekerja di ruang pejabat yang memerlukan saya buat kerja pejabat dan tidak perlu bertembung dengan konflik di mana saya berasa hina dan rendah diri.

Saya sedar saya seorang yang lemah dalam membuat pekerjaan.

Jadi saya sering bertanya soalan untuk mendapat kepastian tetapi majikan ku seringkali membalas dengan hina seperti dirku melayan pekerja Indonesia.

Maksud diriku, intonasinya seperti bercakap dengan orang gaji Indonesia. Hina sungguh rasanya diriku.

Atau hanya saya yang berasa begini. Atau sememangnya majikan harus tegas begitu. Apa pun ini adalah firma guaman terakhir saya serik untuk bekerja dengan majikan Wanita lagi.

Sekian.

– Syuhada (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *