Dilema

Salam….. al kisahnya.. Sebelum kawin, saya sudah bertanya kepada suami saya apa komitment bulanan dia supaya saya tahu financial status dia sebelum saya bersetuju untuk berkawin dengan dia.

Dia cakap dekat saya dia takde komitment kecuali komitment motor yang dia bakal akan beli lepas kita kawin. Jadi saya macam okay baiklah kan.

Selepas kawin baru saya tahu dia rupanya tipu saya. Dia ada tunggakan ptptn sebanyak 3k belum dibayar tak termasuk baki pinjaman.

After that, saya bantu dia uruskan kewangan dia sampaikan dia dapat lunaskan hutang tunggakan.

Berapa bulan kemudian, nenek suami saya hadiahkan dia RM20k untuk dia guna duit itu untuk saya dan anak.

Tapi sedihnya saya, dia gunakan duit itu untu kepentingan sendiri (phone baru dan belanja kawan) tak sampai sebulan dah habis duit tu.

Bila saya tanya duit tu pergi mana. Dia cakap habis belanja saya dan anak, tapi bila saya kira tak sampai RM500 pun.

Saya ingatkan dia guna untuk bayar tunggakan ke apa. At least selesa la hidup takde hutang dah tapi rupanya tak dia beli iphone pro yang harga cecah RM5k.

Yang paling sedih saya pernah mintak duit untuk buat business (RM300) dia cakap sama ada pinjam and bayar balik atau tolak duit nafkah.

Waktu ketika itu nafkah tak diberi selama 6 bulan dah.

Fast foward setahun after that, saya buat credit card sebab ketika itu saya nak jaga credit score kerana berniat nak beli rumah atas nama sendiri.

Dia tak puas hati dia buat jugak credit card tapi sebabkan dia tu rider limit dia dapat dalam 2k sahaja dengan cimb.

Saya dah nasihat dia before that kalau nak buat credit card kena belajar dulu pasal interest, annual fees etc tapi dia hiraukan nasihat saya dan sekarang dia hutang kredit kad dalam 2.8k (including interest)

Sekarang saya baru tau dia tunggak lagi ptptn nak dekat 2k dah.

Rumah sewa kami bahagi 2. RM550 seorang. Now dia tak bayar / bayar lambat dalam 2-3 bulan. Saya suruh dia usaha buat side income tapi banyak alasan.

Bila saya nak pergi bercuti dengan anak sahaja. Dia larang katanya dia tak harapkan saya jaga anak sorang. Saya sangat stress. Saya perlukan me time dengan anak.

Sebab kalau saya bawak dia sekali semua benda saya kena keluarkan duit. Kalau saya marah dia cakap sape suruh ajak dia keluar kalau tau dia takde duit.

Sepanjang saya kawin dengan dia 3 kali je dia bagi nafkah.

Saya dah ajak cerai cara baik. Dia tak nak.

Kalau saya nak mintak fasakh macam mana processnya? Saya tak simpan bukti yang dia tak bagi nafkah yang terdahulu. Saya baru nak kumpul sebab saya tak tahan dah.

Berapa kos untuk upah peguam dan process penceraian supaya saya boleh kumpul duit?

Terima kasih.

– Wonder woman (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *