Hi, nama saya Rose (bukan nama sebenar). Umur & tempat asal biarlah rahsia. Tujuan saya untuk menyiarkan kisah saya adalah untuk meminta pendapat dari para pembaca sekalian.
Terlebih dahulu saya ingin mengucap terima kasih kepada admin kerana menyiarkan kisah saya. Maaf jika kisah saya terlalu boring.
Semuanya bermula ketika saya tengah melanjutkan pengajian diploma di sebuah institusi di salah sebuah negara.
Selama ini saya tidak pernah bercinta dengan mana2 lelaki dan itulah kali pertama saya jatuh cinta pada seorang lelaki yang saya namakan Poison.
Poison dan saya telah melanjutkan hubungan percintaan selama 3 tahun dan setelah kami menamatkan pengajian maka bermulalah kami PJJ kerana masing2 telah mula bekerja.
Sepanjang kami PJJ saya mula mendapati bahawa Poison kurang reply chat saya, kadang2 call pun seminggu sekali sahaja. Kalau sebelum ini hampir setiap hari kami akan call & chat.
Mula2 saya berfikiran positif menganggap yang Poison ni sibuk bekerja, jadi saya faham situasi dia sebab kerja si Poison ni melibatkan berurusan dengan ramai clients (Poison kerja sebagai consultant jurutera).
Namun, saya tetap berasa tidak sedap hati sebab pada hujung minggu pun dia bagi alasan bahawa dia sibuk & tidak dapat meluangkan masa dengan saya.
Padahal saya tengok melalui whatsapp story & IG story, ramai colleagues dia selalu pergi bercuti, lepak, spend time dengan family mereka. Pelik pula hujung minggu pun dia sibuk walaupun office tutup.
Pada satu hari hati saya ni terdetik untuk check IG Poison and guess what, saya nampak banyak dm dari perempuan & kebanyakkanya perempuan yang jenis suka bersosial a.k.a penyondol.
Saya ss semua perbualan dm mereka dalam hp saya sebagai bukti. I expected him to come clean with me tapi tak.
One day saya terus confront dkt Poison pasal dm tu. Dia terus diam. Saya ada tanya kenapa buat macam tu & dia cakap dia rasa lonely.
To be honest, saya pun selalu sibuk bekerja tapi i still will have some time to spend with him. Time tu jugak Poison minta break sebab dia tak sanggup untuk teruskan hubungan ini.
Long story short, selepas saya break dengan Poison kami tidak berhubungan selama 6 tahun sehinggalah pada bulan lalu.
Tiba2 Poison mesej saya menggunakan nombor baru dan memberitahu bahawa dia masih cinta saya, tak sanggup untuk berpisah and bla bla bla.
Bayangkan selepas 6 tahun si Poison ini datang kembali tanpa rasa bersalah. Saya memang block nombor dia & from out of nowhere ibu si poison call suruh terima anaknya semula. I was like what???
For your info, pada awal tahun 2024 saya telah selamat bertunang dengan jejaka pilihan keluarga (he’s the best person I’ve ever known).
Saya telah beritahu si Poison dan ibunya yang saya sudah bertunang namun ibunya suruh saya batalkan pertunangan tersebut dan kahwin dengan anaknya.
Memang gila guys, of course i said no dan terus cut off contact dengan mereka.
Sekarang si Poison mengugut saya yang akan sebarkan gambar2 lama kami (kebanyakannya selfie) dalam online jika saya tidak menurutinya.
Saya takut yang si Poison ni akan sebarkan gambar2 saya dan tiada siapa yang tahu tentang hubungan lama saya dengan si Poison kecuali kawan2 saya.
Saya amat takut sekiranya Poison berbuat demikian hubungan saya dengan tunang saya akan terjejas.
Saya telahpun mengadu perkara ini kepada pihak SKMM dan masih menunggu tindakan yang akan diambil oleh pihak SKMM.
Kepada para pembaca, apa yang harus saya lakukan? Setiap hari saya terpaksa berdepan dengan perasaan takut dan disebabkan ini, prestasi kerja saya terjejas.
– Rose (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Buat donno je dik. Kalau dia nk sebar gambar separuh bogel/bogel pun tak payah takut sebab benda tu boleh buat report polis and dia boleh didakwa sebarkan bahan pornografi. Kalau selfie yang bercumbuan (maaf kalau salah) yang tu better explain kat tunang baik2. Benda dah lepas, dah jd sejarah dah pun buat apa nak kalut2. Tunjuk mesej kat tunang semua & elakkan salah faham. Pastu cakap je la kat poison tu, pergi la pilih ex gf dia yg lain. Si poison tu byk je pilihan lain, tak payah la kejar yang tak sudi.
sis buatlah solat hajat or tahajud mintak perlindungan buat sis dan bakal keluarga baru sis nnti.. berserah kpd allah.. semoga allah mudahkan urusan sis
sebaiknya bagitau je tunang pasal si Poison ni ugut. biar dia pun tahu. benda dah lama 6 tahun, macam tak betul je mak ngn Poison tu
klu betul2 takut, buat laporan polis jer,
cuma gambar2 tu hanya selfiekan biasa2kan? klu sekadar gambar selfie yang biasa, tak perlu nk terlalu concern, sbb tu gambar2 lama dan awak kena berterus terang dgn tunang awak tentang perkara ni, mamat poison tu banyk redflag, dah sampai ugut2 ni memang jenis tk boleh buat laki, buat sampah jer….
setuju dgn comment di atas. cerita je kt tunang awak, ada ex gila datang cari balik. sus dan fishy sgt tiber sampai mak dia merayu utk terima poison. saya rasa mak dia sendiri sebenarnya dah tak larat nak bela si poison ni. so kalau dia kahwin dgn sis, senang la mak dia lepas je tangan. i dont think poison still loves you, you’re his last choice after all the other choices taknak dekat dia la tu. so anon, jangan takut. lagipon tu gambar selfie je. as long as u tak pernah buat benda bukan2 then there’s nothing to be scared of. make your fiance aware je pasal tu then okay dah tu. besides, gambar2 tu semua gamba lama, 6 tahun kemudian muka anon pon dah lagi matang bukan muka student dah. so there’s nothing he can do pon, you’re not cheating pon. so rileks je biar je dia meroyan.
Iya setuju dengan komen yang lain, awak kalau nak selamat terus terang je. Kalau awak sembunyikan dari tunang seolah olah awak pun sama bersekongkol dengan Ex awak. Saya rasa gambar selfie biasa tak ada masalah pun. Lagi-lagi selfie 6 tahun lepas, gambar tu mesti orang boleh detect tu gambar lama.. Awak yang sekarang dengan awak yang 6 tahun lepas pasti ada perbezaan. Lagipun awak dengan Ex hanya couple biasa bukan tunang lagipun. InsyaAllah awak, jujur jelah okiee.. saya doakan tunang awak lembut hati dengar luahan awak.. Saya doakan yang terbaik untuk awak. Semoga urusan awak dengan tunang awak nak ke alam pernikahan dipermudahkan.
Maaf ya nk ckp sikit, awk pun suspicious gak, kalau sekadar gmbr selfie kenapa perlu takut? Kalau sya jd awk sya tukar no lain dah..Ke awk ada ambil gmbr bkn2 masa bercinta dngn poison dulu? Apa pun terus terang ngan tunang awk pasal poison.. harap awk dipermudahkan urusa …
Sis…
1. Beritahu pd tunang kamu. Dia patut tahu dan selepas itu rasanya tiada apa apa sbb ini kisah lama…6 tahun lepas.
2. Sebarang ugutan dan kekerasan WAJIB laporkan kepada PDRM. Ia sbg satu langkah keselamatan kita sekiranya terjadi apa apa yg tidak diingini berlaku. Ingat manusia ini kejam dan ibu pun sanggup bunuh anak sendiri…bekas suami bunuh bekas isteri. Dunia Sis dunia. Pergi lapor polis!