Assalamualaikum, hi semua. Saya nak minta pendapat je. Rasa dilema betul.

Saya baru berkahwin 4 tahun, anak baru seorang. Awal 30-an.

Isu dia dekat sini, dulu saya ada beli rumah tapi gabung nama dengan mak sendiri.

Saya tak nak rumah tu, mak yang nak. Sebab baru kerja, loan lepas sikit je. So mak topup balance dan letak nama dia sekali dalam tu.

Bila kahwin, kami suami isteri duduk situ. Mak hari-hari ungkit suruh bagi balik duit dia. Entahlah, rasa tercabar dengan suami kot. Mana nak dapat duit banyak-banyak nak bagi mak.

So saya decide untuk jaga hati suami, saya keluar dari rumah tu.

Ajak suami sewa di luar tapi suami tak nak. Dia nak duduk rumah mertua. Rumah tu tak ada orang duduk, so suami decide nak duduk situ je, nak jaga rumah mertua.

So mertua pun tolong itu ini untuk kami selesa duduk dekat rumah tu.

Then, mak saya jatuh sakit. Saya selalu bawa mak ke rumah ni untuk jaga dia. Weekend saya cuti, senang nak handle mak.

Teruk-teruk pun tu mak saya, walaupun kadang-kadang stress juga melayan kerenah orang sakit ni.

Dan tiba-tiba, salah seorang SIL bersuara dekat suami, “Mak orang bawak ke rumah mak sendiri, biarkan je.”

Masa tu suami ada cakap akak dia bising-bising. So saya positif jelah. Biasalah akak-akak ni bising.

Tapi bila saya terbaca group diorang, saya pulak rasa geram. Kenapa nak libatkan mak saya dengan masalah family diorang?

Oklah, saya diam je.

Well, sebenarnya SIL saya ni sejak awal kami kahwin suka sangat cari masalah dengan family kami.

Boleh kata setahun, mesti dua kali ada masalah yang diorang buat.

Tak tahulah sama ada saya yang sensitif atau diorang memang perangai macam tu. Tak boleh tengok orang senang.

Ni, beberapa minggu lepas, dia bangkitkan isu rumah yang my in-laws renovate kan. Sedangkan diorang pun duduk rumah MIL FIL.

Saya ajak suami keluar cari rumah lain. Rasa macam jadi orang bodoh pulak—orang dah cakap macam-macam, tapi kita stay je. Suami cakap, “Sabar, abaikan.”

Sampai bila? Diorang tengok saya diam, so diorang rasa oklah kot nak bodoh-bodohkan saya ni.

Nak melawan, boleh je. Tapi fikirkan air muka suami dan MIL FIL.

Mungkin ada nasihat untuk saya ni?

Nak beli rumah lain, saya dah terikat dengan loan rumah lama. Monthly 1.7k..

Nak jual dan beli lain, mak saya tak nak. Penat dah pujuk dan serabut betul.

Nak pindah semula duduk situ, rasa nanti benda sama akan berulang—mak akan ungkit duit dia la, apa benda la. Dugaannya jadi saya ni.

Thanks semua.

– Rahsia (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

4 Comments

  1. selagi MIL kamu ok, lantaklah kt SIL tu, yg penting MIL kamu okey, untuk lebih yakin, bagitau jer terus terang kt MIL yg kamu jaga Mak sendiri dirumah tu sbb dia sakit

  2. maaf nak cakap, dah tu tujuan mak kamu tolong beli rumah tu apa kalau nak berkira dgn anak sendiri? tak ke sayang biarkan rumah tu kosong tak dijaga.

  3. Raya tak best

    Kisah raya tak best aku. Nama aku cempaka, asal dari selatan tanah air. Kenapa aku cakap raya tak best? Okei citer dia macam ni, aku berumur 30 an dah berkahwin, perkahwinan kami dah masuk tahun ke 6. Tapi setiap kali raya mesti akan ada pergaduhan nak balik rumah mana. Jarak kampung belah aku dan husband hanya 40 min sahaja tapi gaya dia mcam jauh je kan?

    Biasa nya kami akan alternate tahun ni rumah sana tahun depan rumah sini untuk raya pertama tapi cerita dia, bila turn rumah aku, mesti MIL and ipar aku akan perli kami, seakan berdosa kalau aku beraya kat rumah mak aku. Pastu, MIL akan selalu drag masa supaya kami stay rumah MIL sahja. And kalau aku cakap nak balik rumah mak aku, MIL akan buat muka, or akan ajak ke mana mana.

    Untuk masak pulak, mmg aku sorang je duduk kat dapur. Husb selalu kena jaga anak aku, takut kacau aku masak. So aku akan duduk sorang sorang je kat dapur all night malam raya which is sangat terbalik dgn rumah mak aku, kami akan gotong royong masak together. Owh ya husb aku ada kakak, tapi to be honest, kakak husb aku tak pernah masuk dapur even tak keluar bilik, dengan alasan dia penat drive hadap jem untuk balik kampung. Habis aku ni balik kampung takde jem ke ? And she is not marry yet. And biras aku also, tak akan keluar bilik dengan alasan ada anak kecil. Tapi anak dia lagi tua dari anak aku ye. And mil sentiasa backup both of them.

    Kalau aku cuba query kan, at the end of the day, aku yang akan dipersalahkan kenapa nak sibuk hal orang. Plus rumah MIL aku, asal raya je mesti akan gaduh besar ye. Sebab nyaa husband aku tegur kakak dia supaya masak kat dapur tolong aku. At the end MIL akan marah kami, husb and wife ibarat kami tak faham kakak dia tu penat, sakit kepala hadap jem. And kami selalu dipersalahkan dalam apa apa hal. Even sekecil alam punya gaduh.

    Tahun ni, tahun turn rumah husb aku, aku dah gelisah. Help sebab aku rasa aku dah tak mampu nak hadap semua drama tu. Husb aku sesiap cakap, aku kena masak je jangan kisahkan semua orang tapi masalah sekarang, kalau aku sorang je yang buat ? Aku yg masak aku yg kemas rumah aku yg kena keluar beli brg dapur aku pon penat. Tolong doakan aku, supaya aku redha dgn semua ni. And plus tlg bagi idea untuk aku inform husb aku, aku dah penat 😭😭😭😭

  4. Sesekali..berbunyi la sikit bila sil ko ckp banyak.Ckp aje..hbs mak aku nak campak mana?Dah aku ni masih hidup sbg anak dia..aku la yg kena berbakti.

    Yg ko pendam2 ni dah kenapa.Takut nak bersuara ke..dorg letak pisau kat leher ke?

    Jgn asyik nak berkorban jaga hati dan mulut puaka org smpai diri sendiri terkorban.

    Aku..kalau org mulut taik mcm tu..tak tunggu lama…mmg aku sesah habis2…xde dah nak fikir jga hati ke apa..apa yg x betul..aku yg akan perbetulkan cara fikir dorg

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *