Salam Ramadhan ke 15. Aku Embun, bekerja sebagai pegawai kerajaan kira-kira beberapa bulan yang lepas. Sebelum menjawat jawatan sekarang aku merupakan pekerja swasta di sebuah syarikat dengan gaji yang agak lumayan. Hasil daripada saving pekerjaan terdahulu setiap bulan aku dapat bantu ayah aku membuat satu rumah di kampung.
Rumah lama kami sekeluarga dirobohkan dan bercadang untuk digantikan dengan rumah yang lebih baik. Pembinaan rumah berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah. Setiap bulan hampir 5k aku bagi demi untuk siapkan rumah impian kami. Walau bagaimanapun segalanya berubah setelah aku mendapat rezeki kedua iaitu sebagai pegawai kerajaan. Syukur alhamdulillah, rezeki aku!
Semua kaum keluarga gembira dengan berita tersebut dan berharap aku terima tawaran kerja tersebut. Namun setelah aku terima tawaran tersebut, kini aku tidak dapat lagi menampung kos pembinaan rumah tersebut. Maklumlah gaji aku yang sekarang tidaklah sebanyak kerja swasta.
Kemudian, beberapa bulan selepas berhenti kerja di syarikat swasta itu, aku tidak lagi mampu memberi duit sebanyak yang terdahulu. Hal ini telah menyebab ayah aku jatuh sakit akibat terlalu banyak berfikir untuk mencari sumber kewangan disamping masalah lain juga. Oh ya ayah aku bekerja kampung, kehidupan kami memang miskin dan serba kekurangan sejak aku kecil lagi.
Rentetan daripada hal ini aku membuat keputusan untuk membuat pinjaman peribadi kerana tidak sanggup melihat ayah aku sakit memikirkan tentang rumah yang terbengkalai. Namun jauh di sudut hati, aku rasa sangat sedih terpaksa menanggung beban ini sendirian, aku sedar jika aku ambil personal loan ini mungkin akan memberi impak pada kewangan aku dan masa akan datang. Antara impaknya :
1. Komitmen aku mungkin separuh daripada gaji (hutang loan kereta, ptptn, + personal loan).
2. Rumah tu mungkin aku jadi milik adik beradik yang lain kerana aku perempuan, kalau ada jodoh terpaksa ikut suami, sedangkan aku menanggung hutang setiap bulan.
3. Perancangan aku untuk beli aset mungkin tergendala disebabkan personal loan yang belum dilunaskan.
4. Dari mula kerja swasta hingga la bekerja pegawai kerajaan, aku rasakan aku banyak ikat kemahuan aku demi keluarga. Aku sanggup ketepikan kemahuan untuk bermewah dan bercuti seperti kawan² aku demi keluarga.
Demi tuhan, bukanlah aku tidak ikhlas dalam membantu keluarga, bukanlah aku berkira tentang soal duit, bukanlah tidak redha dengan ujian ini, tetapi mungkin aku lemah dalam menetapkan pendirian aku sendiri, mungkin aku tidak cukup kuat untuk meyakinan diri aku sendiri bahawa rezeki tuhan itu maha luas, Allah pemberi rezeki dan penentu takdir.
Adik beradik? Dalam soal ni, abang tidak memainkan peranannya sebagai abang. Cukuplah sedakar itu (kalau nak cerita tentang abang aku jadi panjang luahan ni) adik aku pula masih belajar. Adik aku belajar pun aku tanggung :'( .
Ibu aku telah meninggal dunia sewaktu aku final year di university. Aku hanya ada ayah dan aku memang sudah berazam mahu buat yang terbaik untuknya selagi hayatku dikandung badan. Kalau pembaca sekalian ada cadangan atau kata² motivasi tulislah dibawah ini, sesungguhnya aku tengah menguatkan diri aku sendiri. Terima kasih semua :)
– Cik Embun (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit