Dilema Adik Beradik Ramai

Assalamualaikum semua. Aku Roy, suami, ayah dan anak.

Alhamdulillah, aku dah menerima sepasang cahaya mata yang berusia 5 tahun dan 2 tahun. Bakal menimbang cahaya mata yang ke 3 tidak lama lagi.

Aku anak ke 2 dari sepuluh beradik. Alhamdulillah, kami adik beradik di beri kecukupan dari semua aspek baik dari segi makan, pakai dan pendidikan.

6 adik beradik dah bekerjaya dalam bidang profesional dan selebihnya masih melanjutkan pelajaran. Aku boleh katakan ibu bapa aku adalah ibu bapa terbaik jika di bandingkan dengan orang yang aku kenal.

Aku sedar perkara ini bila aku mendapat tahu aku bakal menerima adik aku yang ke 6 dan aku baru berumur 7 tahun ketika itu.

Kelahiran ini mebuatkan aku jadi tidak suka akan kanak-kanak atau bayi kerana aku termasuk adik-beradik aku yang lain selalu jadi mangsa untuk tolong adik dari segi basuh berak, buatkan susu, kemas rumah dan pelbagai lagi.

Maklumlah ibubapa kami bekerja untuk menyara anak-anak yang ramai. Rumah kami tidak pernah ada pembantu rumah untuk membuat kerja-kerja rumah. Jadi terpaksalah kami adik beradik yang buatkan.

Di sebabkan sudah terbiasa dari kecil menyebabkan aku mudah untuk buat kerja rumah yang aku diami bersama isteri dan anak sekarang. Isteri aku juga pernah cakap yang dia bersyukur kahwini aku.

Walaubagaimana pon aku tidak pandai dan malas masak kerana bagi mak aku masak kerja orang perempuan.

Alhamdulillah, aku juga tidak kekok untuk menjaga anak-anak aku bagi dari segi, layanan, kebersihan diri dan tidur bersama.

Aku juga pernah menjaga anak aku yang sulong ketika itu berumur 11 bulan selama 10 bulan semasa isteri aku berkursus.

Masalahnya, aku tidak tahu kenapa aku tidak sukakan kanak-kanak. Aku rasa ia berpunca dari adik beradik yang ramai.

Aku cuba menidakkan benda ini kerana adik beradik memang supportive dan kami tak berkira langsung.

Iya, aku cuba bagi yang terbaik untuk anak-anak aku. Tapi bila aku jumpa anak buah aku atau sepupu-sepupu yang kecik, aku buat tak tahu dan malas ambil tahu.

Sampaikan ada ahli keluarga aku yang tegur kenapa tak pernah dukung atau pegang anak buah. Aku pon tak tahu macamana nak jawab sebab aku tak suka budak.

Tapi dengan anak sendiri aku tak ada masalah dan mak mertua aku pernah cakap yang aku pandai jaga budak.

Jadi aku minta bantuan dari pembaca semua macamana nak hadirkan kasih sayang terhadap kanak-kanak. Sekurang-kurangnya dapat bagi kasih sayang dekat anak buah.

Mohon beri pandangan ya. Terima kasih..

– Roy (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

3 Comments

  1. Takpe roy, tak layan budak2 tak semestinya tak suka. Kadang2 kita rasa awkward nak manja2 dgn anak org lain. Kadang2 sebab kita pun dah penat layan anak2 kat rumah, dahla dari kecik pun layan budak. Tak mesra tak semestinya benci. Macam saya, saya bukan benci or tak suka or menyampah tapi mmg rasa awkward sbb dari kecil sy jarang2 jaga budak2. Tapi kalau anak2 buah nak itu ini saya layankan je. Kalau ada duit lebih saya beli apa2.

  2. Memasak kerja orang perempuan? Kau tak pernah dengar je pasal Chef Wan, Chef Gordon Ramsay? Hidup zaman batu ke?

  3. Saya pun adik beradik ramai dan saya anak sulung. Saya layan adik2 sendiri boleh saja. Tapi kalau anak orang lain, auto jadi awkward. Tiba2 tak tahu nak main dengan budak. Pegang baby pun auto kekok. Padahal saya la tukang dukung adik2 saya masa diorang baby dulu. Orang kata kalau ada adik ramai, pandai layan budak. Hahaha lawak. Bukan saya kot ._.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *