Dilema Anak Perempuan Tunggal

Assalamualaikum semua, aku Siti umur 27 tahun, lepasan master dan masih bujang. Aku tulis ni sebab aku dah tak tahu nak luah dekat mana, dengan siapa. Aku yakin akan ada yang cop aku anak derhaka. Tapi aku lebih harapkan nasihat2 yang membina dari korang semua.

Lepas habis master, aku kerja dngn syarikat GLC di KL. Setahun juga la aku kerja, dalam tempoh setahun aku berhijrah mencari rezeki di KL, aku akan pastikan aku mesti balik kampung (kg aku dkt utara) setiap bulan. Okay sekarang dah masuk benda yang aku nak kongsi dengan semua, iaitu MAK aku. Mak aku nie suri rumah sepenuh masa, dulu dia berniaga sat, tapi waktu tok aku sakit, mak aku dah tak berniaga. Dia tumpukan perhatian sepenuhnya untuk jaga tok aku, ayah aku pun ikut balik tinggal di kampung, walaupun jarak rumah kami ke kg hanya 20 km tapi ayah aku tak nak mak aku susah2 ulang alik rumah-Kampung setiap hari.

Ayah aku seorang pegawai beruniform, pejabat ayah aku dekat ja dengan rumah kami di bandar. Jadi semenjak pindah balik kg, ayah aku lah yg ulang alik bandar-kampung setiap hari. Mak aku jaga arwah tok aku sampai tok aku meninggal. Mak aku anak bongsu, dan aku rasa mmg selalunya anak bongsu yang akan dipertanggungjawabkan jaga mak ayah. Aku pun bongsu, walaupun aku hanya 2 adik beradik ja kalau nak dibandingkan dngn mak aku 10 adik beradik. Masa arwah tok aku tak sihat, ayah dngn mak aku beli tanah betul2 belakang rumah tok aku. Setahun lepas beli tanah, mak ayah aku buat rumah.

Jadi kami memang dah menetap terus dah dekat kampung tu. Rumah kami alhamdulillah boleh dikatakan agak selesa. Halaman rumah kami sangat besar. Ayah aku suka berkebun. Mak aku lagi suka berkebun sebab dulu waktu di pekan, kami tinggal di rumah taman, tanah terhad. Jadi bila dua2 suka, kiranya kawasan luar rumah aku sentiasa cantik dengan rumput menghijau persis padang bola dan bersih. Tapi boleh bayang tak dalam rumah aku macam mana?? Sebab tak ada sapa2 yang suka mengemas dalam rumah. Aku? Aku memang dari zaman sekolah, diploma, degree sehingga master aku tinggal di asrama, bila mula bekerja pula aku kerja jauh di KL. Jadi masa aku dkt rumah sangat2 terhad. Setiap kali cuti aku akan pastikan aku balik rumah.

Tapi setiap kali balik aku akan jadi bibik, bukan bibik biasa2 ja, tapi bibik yang kena settle kerja untuk 3 orang punya. Kadang2 tu masa aku basuh pinggan aku nangis, aku sapu/vacuum/mop aku nangis, aku lipat kain aku nangis. Semua benda aku buat aku akan nangis. Aku nangis bukan sebab sakit, tapi aku nangis sebab aku penat. Seriously aku penat wei. Keadaan dalam rumah macam rumah setinggan, luar punya la cantik. Aku tak tahu macam mana mak dengan ayah aku boleh duduk dalam keadaan rumah macam tu.

Okay sekarang aku akan describe keadaan dalam rumah tu macam mana. Mak aku nie dia sngt2 suka simpan benda, kalau beli biscuit dalam tin, dia akan simpan tin, kalau beli makanan dalam polystyrene, dia akan simpan polystyrene tu, bekas air yang beli dekat pasar malam pun dia simpan, straw pun dia simpan wei, plastic gula, tepung, garam, beras semua dia simpan. Kalau ada benda2 packaging yang rare pun dia akan simpan. Lagi pening kepala, uncang teh dah guna dia simpan, biji kurma yang dia makan setiap pagi (amalan mak aku sebelum makan apa2 setiap pagi dia akan makan kurma dulu) biji tu pun dia simpan. Kalau sehari 3 biji dia makan, boleh bayang tak kalau aku balik sebulan sekali, banyak mana biji tu ada, uncang teh terhimpun, tin biscuit, bekas polystyrene, plastic barang2 dapur.

Ouh ya, mak aku juga suka simpan biji2 yg boleh dijadikan benih dan air basuhan beras dan ikan. Katanya “mak nak tanam biji cili tu, air beras jangan dibuang, mak nak siram pokok2 dekat luar”. Kalau simpan semua benda tu teratur tak apa, nie semuanya berterabur. kadang2 atas meja makan pun ada biji kurma, ada plastic makanan. Pinggan dah guna bertimbun dalam singki, periuk berkulat tu memang benda wajib aku hadap setiap kali balik. Mak aku style kalau dia masak, dia masak nak cepat, jadi dia akan guna periuk baru, pinggan mangkuk baru. Semua benda yg baru, kiranya dia tak payah basuh dah yang dia guna semalam. Jadi periuk semalam dngn pinggan cawan yg dah guna dok tersadai dkt bawah singki. Singki pula tak payah cerita, tak pernah kosong. Sentiasa penuh. Fuhh.. okay itu baru part dapur.

Sekarang masuk part kain baju. Semenjak abang aku kahwin, abang aku tak tinggal sekali dngn parents aku. Dia dengan Isteri dia tinggal di rumah kami yang lama dekat pekan. Jadi bilik abg aku jadi tempat mak aku buat penyidai untuk sidai baju2, tempat berlabuhnya baju2 kering yg setiap hari semakin menggunung dlm bilik tu. Bilik aku? Hurmm.. mana tak muat nak letak dalam bilik abang aku, akan terselamat dalam bilik aku. Penyidai pun mak aku pernah buat dalam bilik aku. Keadaan bilik aku akan berubah 180 darjah sebelum aku tinggalkan bilik dan selepas aku balik semula ke rumah. Bukan bilik je lah, kiranya satu rumah lah senang cerita.

Dalam rumah ni, ada 3 orang ja, tapi kalau tengok keadaan pakaian/ kain baju nie semua, macam 10 orang tinggal dalam rumah ni. Mak aku dia suka membeli, tambah2 kain pasang. Ada yang bertahun-tahun tak jadi baju lagi. Kakak-kakak mak aku pula suka sangat hantar baju2 yang deorang tak guna dah, sebab apa? Sebab mak aku yang minta. Dia cakap dia nak pakai. Last2 boleh kira dengan jari ja yang dia pakai betul2. Yang lain? Yang lain tu semua ada dalam gunung2 baju2 yang tak berlipat tadi. Keadaan bilik ayah mak aku masih tahap boleh terima lagi kot, walaupun katil dengan tempat solat je clear, kawasan lain penuh baju juga.

Semua orang normally balik kampung nak rehat2 menikmati udara kampung, masak dan makan sama2 di dapur, sembang borak2 depan TV. Tapi tu semua mustahil untuk aku. Hari pertama balik, aku dan parents aku akan makan mlm dkt ruang tamu. Sebab dapur memang mcm baru lepas perang. Meja makan pun penuh dengan benda yang aku tak tahu nak ckp apa, yang macam korang baca tadi lah. Malam pula aku tak boleh tidur dalam bilik. Sebab katil penuh baju tak berlipat, tali penyidai bersilang2 antara pintu dan tingkap bilik aku.

Jadi memang hari pertama aku sampai rumah, aku memang pasrah. Makan dan tidur di ruang tamu. Hari kedua adalah hari aku berubah menjadi bibik. Biasanya aku akan kemas bilik aku dulu. Sebab, aku akan lari berehat dlm bilik aku utk hilangkan penat, tempat aku nk nangis. Aku paksa diri/ motivate diri untuk clearkan semua benda. Kiranya aktiviti aku 3 hari 2 malam dekat rumah ni memang padat. Padat jadi bibik. Tak ada makan malam keluarga yang proper, tak ada sesi borak2 kosong depan tv, tak ada nak golek2 atas katil, Sedar2 aku dah kena balik Uni or tempat keja. Selalunya aku tak sempat pun nak clearkan satu rumah.

Tapi dapur tu in Syaa Allah clear. Sebab aku nak mak ayah aku makan dalam keadaan bersih. Benda nie berlanjutan sampai sekarang. Aku pernah cuba slow talk dngn mak aku. Tapi mak aku akan balas balik “mak dulu masa hampa kecik, sikit pun tak mengeluh kutip mainan hampa, basuh berak kencing, kemas rumah, masak, basuh and lipat baju hampa”. Kadang2 aku boleh sampai hilang sabar, bila penat sangat aku dah tak boleh nak bercakap, mak aku cakap dengan aku pun aku guna bahasa isyarat ja, angguk dan geleng ja. Kadang2 aku sampai terbuat muka dekat mak. A

ku tak tahu.. aku tak mampu.. aku tak kuat. Aku selalu share kata2 apa2 ilmu agama or motivatsi tentang kebersihan, aku share dalam group whatsApp family. Tapi mak aku akan reply, “ya Allah, Kau ampuni dosa2 anak2, menentu dan cucu aku ya Allah, kau jauhilah mereka dari mengguris perasaan ibu bapa mereka Ya Allah….. (banyak lagi lah doa2 dia)” hahhh.. sabar.. aku cuma seorang anak perempuan tunggal.

Benda-benda ni semua bnyk mempengaruhi kepada siapa aku sekarang ni. Aku dah 2 bulan mengganggur, aku balik sini for good. Aku nak cari kerja yg dekat2 dengan rumah, supaya aku boleh tolong uruskan rumah. Waktu aku balik, memang balik terus dan tak akan balik KL semula. Aku tolak semua tawaran kerja dekat KL. Aku memang berazam untuk balik uruskan rumah. Rumah kami dah semakin tak terurus, boleh kata setiap sudut rumah mak aku jadikan mini store dia. Pening wei, balik2 rumah bukan berselerak ja, tapi makin kecil.

Sekarang ni, nak dekat dua bulan aku menganggur ni, aku baru settle kemas (memang betul2 kemas) dapur dan ruang tamu rumah. Bilik abang aku, aku tak sempat lagi nak sentuh. 2 bulan wei aku ambil masa. Total sampah aku buang, hampir 30 bungkus bag plastic hitam yang besar tu. Ya.. TIGA PULUH. Waktu aku buang, aku kena pastikan mak aku tak ada pun dekat rumah. Kalau dia ada, dia akan check satu2 bag plastic sampah tu. Sumpah aku tak tipu. Dia akan check satu2, macam cikgu discipline check bag sekolah. Aku ingat lagi, waktu tu malam raya.

Aku sebenarnya malas nak cerita tentang raya. Sebab ada benda yang kalau boleh aku tak nak ingat. Sedih… malam raya tu terkantoi aku nak keluar buang sampah. Mak aku nampak, terus kata nak ikut aku buang sampah, kami duduk dekat tong sampah besar tu hampir 30 minit, sebab mak aku buka dan check setiap plastic sampah yang nak dibuang tu. Separuh dari bag2 sampah tu mak aku suruh bawa balik semula katanya semua benda tu boleh guna lagi.

Sia2 aku kemas macam nak gila, last2 aku terpaksa masukkan semula plastic2 sampah tu dalam kereta. setiap kali raya aku manusia yang dah tak macam manusia dah. Tambah2 lagi waktu pagi raya. Orang lain pagi raya segar, ceria, cantik2. Aku? Aku macam bibik jiran sebelah. Sebab apa aku kata sama? Sebab aku selalunya akan sampai surau untuk solat sunat raya mesti akan terserempak dengan geng2 bibik2 ni (maksudnya waktu orang dah nak mula solat baru kami sampai). Kadang2 saf pun sekali dengan geng2 ni di belakang. Bukan aku nak beza2 kan.

Kita semua makhluk ciptaan Allah, semua sama ja. Tak ada perbezaan taraf atau kedudukan. Tapi apa yang aku nak highlighkan, aku memang sama busy macam bibik2 tu. Pernah satu kali tu, bibik kampung sebelah tegur aku siap tanya aku kerja dekat rumah mana?. Kau rasa?? Kalau tengok balik keadaan aku waktu tu dengan mata bengkak, muka sembam, baju raya tak gosok, telekung pun kedut, kalau jumpa pun orang memang akan kata aku bibik. Haha.. cuma makcik2/ nenek2 kampung yang kenal aku je akan cakap “ehh.. buat kuih raya ke semalam sampai tak tidur”. Haha….. Boleh bayangkan kan?

Malam raya memang aku selalunya sempat tidur sejam/2jam ja. Bukan sebab nak tukar langsir, nak masak makanan raya, buat kuih raya dan benda-benda yang orang akan buat untuk persiapan raya. Tapi aku kena mulakan daripada zero. Aku kena mula mengemas rumah dulu. Buang apa patut. Dulu masa zaman belajar memang akan cuti dekat2 nak raya. Selalunya, sehari sebelum raya baru aku sampai rumah. Lagi teruk masa aku final year degree, aku sampai rumah malam raya. Sebab busy siapkan FYP dan paling sedih tahun tu aku aku jarang balik, bulan puasa langsung aku tak balik. Aku bukan sengaja tak nak balik, tapi memang tak boleh nak balik.

Banyak benda aku kena buat/siapkan sebagai student tahun akhir. Hahaha.. Boleh imagine tak rumah aku macam mana waktu aku sampai malam raya tu? Waktu tu giliran abang aku beraya di rumah mertua dia. Jadi memang aku lah yang bertanggungjawab sepenuhnya untuk kemas rumah kami. Mak aku? Mak aku suka menjahit, jadi dia akan jahit baju raya kami setiap tahun tanpa fail. Walaupun setiap kali nak raya aku akan belikan mak ayah aku baju, tapi still dia nak jahit baju sendiri katanya lebih selesa. Jadi baju yang aku beli selalunya akan dijadikan baju raya hari kedua.

Kiranya memang mak aku tak ambil peduli sangat tentang hal2 kemas dan hias rumah. Ayah aku? Ayah aku bahagian memasak, dia memang power bab memasak. Tapi dia sngt2 jarang masak kecuali hari2 perayaan or apa2 keraian ja dan aku adalah pembantu rasmi dia setiap kali dia nak memasak, kiranya aku bahagian sediakan bahan2. Pagi raya tu, aku rasa ayah aku macam dah boleh baca riak muka aku, dia macam faham ja yang aku memang tak sempat nak kemas rumah macam tahun2 sebelum ni. Jadi ayah aku cakap siap2 waktu pagi raya, “kita beraya rumah sedara jauh sikit lah hari ni”. Maksudnya, rumah kami akan kosong, jadi orang tak akan datang beraya. So aku tak payah pening2 nak fikir rumah tak habis kemas or nak kena tolong ayah aku masak.

Benda ni juga merupakan salah satu reason sampai sekarang aku tak kawin, aku tahu mesti ramai ckp “dah belum sampai jodoh mmg la kau tak kahwin lagi”. Yang tu memang tak nafikan, tapi aku menjadi seorang yg sngt2 memilih, aku nak lelaki muallaf/ anak yatim sebab tak payah gilir2 raya dan kalau boleh nak yang kerja pun dekat2 dengan rumah aku, so kami boleh duduk sekali dengan mak ayah aku. Setiap kali raya, kiranya memang akan beraya dekat kg aku. Jadi aku boleh pastikan rumah ni dalam keadaan yang mesra tetamu.

Aku tak sanggup kalau ada orang tengok keadaan rumah kami bila datang beraya. Aku tak sanggup orang bercakap-cakap tentang mak aku, tentang keluarga aku, tentang aku, dan aku nak mak ayah aku hidup dengan selesa dalam rumah mereka sendiri. 3 kali aku putus cinta sebab tak capai apa yang aku nak, teruk kan aku? Bab ni aku malas nak cerita and terangkan dekat korang, apa yang aku boleh cakap semuanya aku putus dengan cara baik. Ada yang dah bahagia dengan pasangan halal mereka, alhamdulillah..

Ouhya, sebelum ada yang tertanya-tanya tentang kakak ipar aku “tak tolong kau buat keja2 rumah ke?” Dia tolong dengan tahap yang sangat minimum, sebab waktu keberadaan dia di kampung dan keadaan badan dia terhad dan terbatas. Dia dan abang aku dah berkahwin 3 tahun. Raya tahun pertama dia pregnant, tahun kedua giliran raya sebelah dia, dan tahun ketiga dia pregnant lagi. Style pregnant dia, dia akan jadi sangat lemah. Jadi memang kena banyak berehat. Waktu2 lain, mereka cuma datang tanpa bermalam. Why? Wallahua’alam..

“Ayah kau tak bising ke rumah macam tu? Ayah kau tak tolong ke?” Entah lah, aku tak tahu sama ada ayah aku pernah tegur mak aku tak. Kalau bab tolong tu aku rasa ayah aku pun macam tak mampu nak tolong. Dia balik kerja penat + perjalanan balik kerja agak jauh. Hari minggu, dia busy berkebun di luar rumah. Aku tak tahu lah ayah aku ada nak cuba tolong or tak untuk kemas rumah. Tapi yang aku tahu, ayah aku akan cakap “wahhh cantiknya dapur, cantiknya rumah” setiap kali aku siap kemas dan setiap kali aku nak balik asrama or balik KL semula, waktu aku nak salam, ayah aku akan cakap seolah-olah berbisik “Terima kasih banyak2 ye adik tolong kemas rumah”. Sebak wei..

Abang aku? Abang aku ni meniaga sendiri. Jadi jadual dia memang padat. Hujung2 minggu pun payah nak nampak batang hidung. Busy sedia. Haahh. Aku malas nak bising. Anak lelaki kannnn…

Hubungan aku dengan mak, kalau tolak bab kebersihan rumah. Aku memang sngt rapat dengan mak. Rapat dia memang rapat betul. Kalau bergaduh pun mesti sebab rumah, sebab lain susah la nak gaduh. Tiap kali bergaduh mak aku akan sebut benda2 yang berkaitan dosa pahala, anak2 akhir zaman dan macam2 lagi lah. Pernah berhari2 tak bertegur sapa dengan aku sebab buang barang2 yg dia simpan (benda2 yang aku cerita tadi).

Aku memang down gila. Dengan status sebagai penganggur, tak kahwin, boyfriend pun tak dak. Aku tak tahu nak luah dekat siapa. Kawan2 aku? Aku segan nak bercerita. Korang tolong doakan ya, doakan aku cepat2 dapat kerja yang Allah berkati dan cepat dapat jodoh yang soleh yang faham commitment aku sebagai anak perempuan dan paling penting aku terus kuat untuk berkhidmat untuk parents aku. Tolong doakan ya. Moga Allah makbukan doa yang baik2 ini untuk kalian juga. Ameen2 ya Allah.

– Siti

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *