Assalamualaikum. Nama aku R. Ibu kepada dua anak comel. Kakak umur 2 tahun setengah. Adik setahun setengah. Ya, aku beranak rapat. Selang setahun. Macam tangga kata kawan-kawan.
Aku dah berkahwin selama 3 tahun. Selepas melalui dua kali fasa mengandung, bersalin, berpantang, besarkan anak-anak kecil (menyusu, tak tidur malam, jaga kakak dia sambil jaga baby) aku sekarang berada dalam keadaan yang boleh dikatakan relaks. Lega. Sebab apa? Sebab anak- anak dah besar.
Malam tak perlu berjaga menyusu anak sebab anak akan tidur sampai pagi. Bangun pagi siapkan anak, suami, hantar gi taska dan pergi kerja. Jam 5.30 punch card. Ambil anak dan balik rumah. Semuanya smooth. Badan pun dah kurus dan ringan. Boleh pakai cantik-cantik macam dulu-dulu dan takde mood swing tak tentu pasal.
Semalam aku cucuk depo. Akan expired feb 2019. Husband pun kata lepas ni yang ketiga pulak ye yang. Aku diam je. Satu malam aku tak boleh tidur. Aku tak tahu nak translate macamana perasaan aku sekarang. Aku berbelah bagi. Berperang dengan perasaan sendiri dan juga rasa kasih kepada suami. Aku rasa tak sanggup nak ulang balik semua rutin dua kali sebelum ini. Dua kali pregnant, aku berada dalam mood swing yang teruk.
Rasa nak marah setiap masa. Rasa rimas. Rasa nak menangis tak tentu pasal. Morning sickness lagi. Sampai kandungan mencecah 6 bulan baru tak pening. Baru tak muntah. Baru tak lembik. Jalan cam penguin. Berat terkedek-kedek. Malam tak boleh tido. Sakit sana sini. Sakit pinggang. Sakit kaki. Cramp tengah malam. Husband aku sedap je tidur kroh kroh berdengkur. Aku terkebil-kebil tengok siling baru nak lelap dah nak kencing pulak. Time nak bersalin nanti pulak contraction pain. Lepas keluar baby pulak nak jahit. Ya Rabb aku tak sanggup.
Serik rasanya. Setiap kali jahit aku pejam mata sambil menangis sebab luar dalam koyak banyak. Berbelas-belas jahitan kata misi kulit aku pohu. Mudah pecah nipis macam tauhu. Sakit pedih sangat. Tapi kuasa Allah setiap kali pandang muka baby rasa kasih makin mendalam. Rasa seronok sangat walaupun banyak aku mengeluh dalam hati throughout berapa bulan tu.
Masalah aku ni mungkin remeh pada sesetengah orang. In fact mungkin akan ada yang kata aku tak bersyukur orang lain takde anak. Kau yang tuhan bagi ni mengeluh macam-macam. Aku post confession ni sebab nak luah perasaan aku je. Dilemma. Sebab tu banyak pahala seorang ibu. Disebalik kesusahan dan kepayahan yang dialami selama berbulan-bulan tu Allah janjikan pahala yang besar kepada yang sabar. Sekarang ni aku masih menimbang tara aku boleh ke handle anak ketiga nanti?
Husband aku boleh lah kata ringan tulang jugak. Even kadang datang angin malas dia aku pun rasa geram aje. Bila aku kata kita mampu ke nak yang ketiga ni. Duit taska akan bertambah. Duit pampers dan lain-lain akan bertambah juga lagi. Aku takut kalau aku tak mampu didik dan tunaikan semua hak anak-anak aku. (Didik jadi manusia beragama cukup serba serbi, berakhlak, berguna dan berjaya) sebab aku dibesarkan dalam adik beradik yang ramai dan tak menjadi.
Belajar pun teruk. Attitude pun teruk. Dan sekarang menganggur hari-hari minta duit mak ayah aku. Adik beradik aku ramai. Kami orang susah. Ibu ayah sibuk buat macam-macam kerja dan end up tak peduli apa jadi dengan anak kat rumah. Exam ok ke tak. Abis sekolah boleh survive ke tak. Semua tu buat aku risau. Buat aku takut aku tak mampu nak besarkan anak-anak aku seperti selayaknya dia jadi insan berguna. Husband aku positif. Kita boleh yang. We are in this together.
Husband minta 5 orang. Pada aku dua yang ada ni dah cukup dah. Dia kata 5 juga. Aku minta diskaun 4 orang boleh ke? Husband aku geleng. Hmm. Nanti kita tua semoga ada yang menguruskan jenazah kita semoga anak-anak yang ramai tu boleh mendoakan kita di sana. Aku diam je. Taktahu nak jawab apa.
Ok tu jelah kot. I have so many doubts in my heart and so many things going on in my head now. Sesiapa yang ada boleh share pengalaman atau nasihat bermanfaat aku dahulukan dengan ucapan terima kasih. Harap dapat membantu situasi aku sekarang.
– R
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit