Dilema Antara Dua

I want you to help me choosing sama ada aku patut stay atau aku patut keluar dari sini.

Selama 19 tahun aku hidup di dunia Allah ni, aku hanya ada mak dan adik di sisi. Ayah pergi tinggalkan mak untuk kahwin dengan perempuan lain masa aku umur 5 tahun. Semenjak dari dia pergi sehinggalah sekarang dia tak pernah balik tapi bekalkan sebiji rumah kami duduki dan sebiji lagi disewakan. Pada waktu tu kadar sewa dalam RM 200 sahaja jadi semestinya lah tak mencukupi nak tampung hidup nak besarkan kami adik beradik. Jadi mak cuba mohon bantuan dari GO & NGO tapi tak lepas sebab mak masih berstatus kahwin bukannya bercerai.

Jadi mak pergi ke Pejabat Agama untuk dapatkan apa2 surat untuk membantu meluluskan bantuan yang dimohon sebagai status ibu tinggal. Apakan daya, mereka tak dapat nak tolong sebab pakai alasan, suami puan tinggalkan rumah dan rumah sewa. Hasil sewaan tu adalah nafkah dari suami puan.

Hari berganti hari, tahun berganti tahun, aku dah 19 tahun. Kami dapat hidup. Mak berusaha sedaya upaya dia untuk besarkan kami dan itu adalah satu pengorbanan mak yang aku paling hargai. Susah dia dulu ditinggalkan dengan anak2 kecik, tiada kerja, dihina msyarakat dan keluarga, dia tak buang kami, dia bagi kami makan, bagi kami minum, bagi kami sihat, bagi kami cukup zat dan sebagainya.

Semasa aku habis PT3, mak mula sakit. Mula berulang alik ke hospital. Bisnes kecil mak mula tutup. Seklah memang aku dah tak hiraukan. Aku mulakan bisnes aku sendiri. Aku buat kuih, buat kek. Kecil tapi bermakna untuk membantu kami sekeluarga. Tambah2 selain daripada hasil rumah sewa sebiji tu. Tapi alhamdulillah, tak pernah sekali pun kami merasakan rezeki itu tak mencukupi. Hidup hari ke sehari itu tenang sahaja.

Aku dah mula jadi ketua keluarga. Mak dah mula tak nampak, dah tak boleh nak berdiri berjalan lama, tak boleh nak buat kerja. Lepas sahaja mengundi tahun ini mak kena jangkitan kuman teruk. Kami duduk hospital 4 bulan tak balik2 dan mak meninggal dunia bulan 8/2018.

Sekarang, ayah yang tak pulang 13 tahun tu menuntut hasil rumah sewa dimana itu sahaja lah sumber pendapatan bulanan kami adik beradik sekarang ni. Bisnes aku belum cukup maju boleh tampung segala perbelanjaan. Aku pun nak sambung belajar. Adik aku pun masih belum habis sekolah. Sekiranya kami tak bagi kesemua hasil sewaan tu, kami disuruh keluar dari rumah tu dan jangan bawak apa2 barang dalam rumah tu keluar sekali, which is almost all of it dibeli dengan usaha aku dan mak.

Jadi ini lah dia apa yang aku nak korang bantu. Beri aku pendapat korang. Habis sahaja tahun ini. Adakah aku patut stay di rumah ni atau pun lebih baik aku keluar sahaja daripada rumah ni.

Satu perkara yang boleh buat aku timbulkan soalan ini adalah sebab aku tahu how awful his attitude is, that i know eventhough we give all of the rent-profit every month, he will ask more to us in any aspect worse, by now or by then. Give me your help berdasarkan fikiran, ayah aku ni dah sampai tahap jahat dia tak boleh nak hormat as a father.

– Cik A

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *