Dilema antara Ex, Parents & Orang baru

Aku Didi, Disember tahun lepas aku baru putus tunang yang dah ikat hampir 2 tahun… Aku decide untuk putus sebab aku tak boleh nak hormat tunang aku. Pertengahan 2024 dia kantoi curang cari ex dia, ajak keluar tapi nasib baik tak jadi sebab ex dia reject…

So sejak kantoi, aku jadi tak hormat dia. Aku maki hamun dia walaupun dia buat salah kecil, aku sentiasa ungkit yang dia curang tapi bagi dia apa yang dia buat tu kecil sebab bukan sampai tahap check-in.

FYI, kitorang LDR dari Januari tahun 2024 sampai la putus tu… Aku kat negara lain study dan dia kat Malaysia… So dia curang masa aku kat overseas…

Lepas dia curang tu, aku jadi depressed… Aku selalu fikir nak bunuh diri… Aku selalu fikir aku punca dia curang, salah aku tinggalkan dia kat Malaysia…

Tapi aku tak pernah cerita kat family aku pasal keadaan aku sebab tak nak dorang susah hati… Hakikatnya aku selalu nangis malam-malam, aku susah fokus dalam kelas, aku selalu rasa diri aku dibenci, ditipu… Aku stress + sunyi duduk kat perantauan sorang-sorang…

Punca putus tunang selain dari sebab aku tak boleh hormat dia lepas dia curang ialah aku tawar hati dan kecewa gila sebab dia selalu janji tapi mungkir, pastu minta maaf dan janji balik, pastu mungkir balik…

Dia selalu cakap dia bukan robot, boleh buat apa aku nak dan dia bukan manusia sempurna… Tula alasan dia untuk ulang kesilapan kecil yang sama.

Bagi aku, dia selalu remehkan perasaan aku. Dia selalu pertikai kenapa aku tak boleh nak percaya dia dah, padahal dia dah usaha sebaik mungkin untuk tebus kesalahan curang tu.

Bila aku ungkit dia curang, dia akan cakap jangan ingat dia sorang je ada salah, aku pun ada salah juga, jangan asyik tuding jari kat dia… Salah aku which is selalu maki dia… Dia kata aku selalu tak nampak effort dia…

Masa putus tunang, parents aku tak cakap apa-apa so aku ingat dorang setuju, sampaila minggu ni tiba-tiba parent aku suruh berbaik dan teruskan majlis. Aku jadi blur sebab aku dah tak ada hati kat ex tunang aku.

Parents aku cakap dia laki yang bertanggungjawab dan tak berkira, parent dia pun baik, so parents aku takut aku dah tak jumpa laki cam dia dah. Aku tak nafikan dia memang tak berkira dan sanggup habiskan duit untuk bagi apa aku nak…

Dan ex aku ni pun, hari ni dia cakap dia masih nak aku, esok dia cakap dia dah tak ada hati, lusa pula dia kata dia nak semula, camtula sampai ke sudah. Lagi satu, parent aku tak nak malu sebab dah hebahkan kat keluarga lain pasal tarikh nikah.

Masa gaduh dia selalu cakap hati aku hitam, hati busuk, pendendam sebab susah maafkan dia… Aku terkilan sangat… Pastu esoknya dia minta maaf alasan dia tengah emosi sebab tu cakap camtu…

Aku cerita kat parents aku pasal apa dia cakap dan parents aku backup dia… Dia pernah kantoi sign up Tinder jugak, cuma dia tak ngaku dengan alasan kazen dia yang guna nombor phone dia untuk main Tinder… Aku memang tak percaya tapi dia kata jangan tuduh sembarangan.

Dan masa sama aku jumpa nombor phone yang pelik sebab dia tak save nama sebenar, bila aku tanya terus cepat-cepat dia delete nombor tu… Dia selalu marah aku cek phone dia… Dia cakap aku nak cari penyakit, nak cari gaduh…

Dan paling sedih ialah parents aku tahu semua ni tapi still backup dia dengan alasan biasalah laki semua benda nak try, lagi-lagi kalau kawan-kawan semua hasut… Aku sedih gila parents aku boleh cakap camtu…

Dan sejujurnya lepas aku putus tu, aku ada kenal dengan sorang laki kita namakan si F. Sejak aku kenal si F, aku rasa diri aku makin dekat dengan Allah, solat awal waktu.

F jenis sopan, tak mencarut, selalu ingatkan aku solat awal waktu, dia selalu marah kalau aku mencarut, dan bagi aku dia lebih matang…

Sedangkan masa dengan ex tunang aku, aku rasa aku jauh dengan Allah, solat tak jaga kadang on-off, batas tak jaga, pegang tangan is normal. Kat luar aku bertudung tapi dengan ex tunang aku free hair sebab dia nak camtu, aku tahu aku bodoh… Family kitorang tak tahu benda ni…

Sekarang ni aku buntu, patut aku teruskan nikah dengan ex tunang aku atau tak… Mak aku berkeras suruh aku berbaik dan ayah aku kata malu nak bagitahu sedara lain punca putus sebab bagi parents aku benda ni kecil…

Masa sama, aku dah bagi harapan kat si F dan aku tak nak kecewakan dia… Tapi pikiran aku dihantui dengan kata-kata parents aku yang aku tak akan jumpa laki yang baik macam ex tunang aku… Aku tak akan dapat FIL yang baik macam parents dia…

Ex tunang aku pun selalu cakap yang tak ada laki boleh terima aku macam mana dia terima aku… Betul ke dia baik?

Aku dah istikharah dan masa tu hati aku tekad putus tanpa terpengaruh dengan emosi… Tapi sekarang aku goyang balik… Ngam pula waktu aku tak boleh solat dan parents aku bagi masa seminggu untuk buat final decision…

Please, aku betul-betul perlukan nasihat dan cadangan.

– Didi (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

5 Comments

  1. kalau dh nampak red flags, jgn teruskan sebb bila dah kawin, bukan mudah nk patah balik, kamu yg akan hidup dgn dia, bukan org tua kamu, jadi masih ada ruang untuk kamu tarik diri dan jelaskan dgn keluarga kamu, mamat ni jenis bermuka2 and five minutes thinker….

  2. Your life and your worth is not decided on others opinion. Awak dh besar dan berakal, kita hidup ni tujuan kita untuk apa, nikah kita ni untuk apa. Allah dh bagi nampak jelas dan tak perlu bersuluh lagi. Insya allah, kita nikah kerana Allah, Allah akan bagi jalan, dan Allah akan permudahkan jalannya. Percayalah. Kalau dh jodoh, semuanya akan dipermudahkan. Insya allah. Semoga dipermudahkan segala urusan buat awak.

  3. Suruh free hair tu paling bodoh. Yang jenis beragama pon kadang xberapa nak baik, inikan pulak yang terang2 takde agama punya orang. Bagitau parents awak pasal free hair ni, kalau parents awak cerdik dorang yang patut tolak siap2. Yang si F tu pon belum tentu lagi baik tapi yang dah bertunang ni boleh reject siap2 kot melainkan awak pun prefer lifestyle macam tu, yang macam awak cakap tu jauh dari Allah.

  4. Ibadah dan maksiat bercampur aduk, nak kahwin tapi suruh buat dosa (freehair). Fikirlah baik dan buruknya. Kamu yg nak kena menjawab nanti

  5. Salam,

    First things first, sangat peliknya macam mana ex you yang you kata problematic boleh control your parent. Kalau dia boleh control mak ayah dia kita faham lah, sebab anak anak problematic dari kecil dia dah observes cara mak ayah dia. Tahu kelemahan mak ayah, tahu nak menipu mak ayah, sembunyikan keburukan dari mak ayah, buat cerita bohong, buat cerita sedih dan play victim. Anak anak yang problematic once dia success in manipulating, dia akan jadi confident untuk buat kat orang luar dari keluarga dia, so any bad habits memang start from home dan parent is their 1st victim.

    Sekali lagi saya tak faham macam mana ex awak boleh control ibu ayah awak, padahal baru 2 tahun tunang. How can someone have a power over your parent. Apa dia guna untuk control parent you, janji manis ke, bagi hadiah ke, bawa travel ke. Ibu ayah awak nih pelik lah. Tertanya saya ibu awak dulu kahwin pun sebab desakan keluarga juga ke because she look okey with it. Naturally a parents should be more sensitive, open and protected toward her daughter tau. You buat keputusan untuk break the engagement, of coz this is such an impact decision.

    Nak tanya juga didunia mana ibu ayah awak tinggal sampai fikir tak akan ada lagi lelaki sebaik ex awak, dunia khayalan dunia impian ke. Jadi diorang nak you marry sebab status ke, cerita you tak habis, kalau takat sebab ibu ayah awak fikir ex you & mak ayah dia baik, nie macam orang review makanan jer, they don’t own that restaurant tho. Jadi your parent terdesak nak berbiras. Soal malu dekat sedara mara, masa you tunang sedara mara ada sponsor ke.

    Soal ex you boleh control you tuh masuk akal, sebab you lahir dari ibu ayah yang mudah di control orang luar, jadi sifat mudah dikawal orang nih ada dalam diri you, lebih lebih lagi you cintakan dia. You sanggup freehair dari berhijab jumpa dia, jadi now you pun dah tak nak dia control you. Jadi your character dah develop, dah different from your parent. So you & keluarga you dah jadi tikus makmal pada ex you lah. Dah diuji dah di test, dia curang you still accept, dia buat perangai family you still accept. Family dia pulak memang akan sebelahi dia.

    Kesimpulannya, kalau dah family awak accept all his bad habits, family dia accept all his play victim. Kalau you & ex you kahwin, saya nak tanya bila ex you buat masalah dalam rumahtangga, SIAPA YANG AKAN BACK UP YOU, SIAPA YANG AKAN BANTU YOU. Family you, of course diorang back up ex you, family mertua of course dia akan back up anak lelaki dia. Girl you need to realize you’re ALONE. I mad at your parent because they allow you to be this helpless. Bila you buat keputusan putus tunang, tetibe parent you baran, tak terima. Bila you spill the tea yang ex you bermasalah, curang bagai. Parent you tak baran pulak. Parent you nih parent siapa sebenarnya, diorang parent you ke parent ex you.

    Soal your next boy si F, saya tak nak komen, sebab you kena settle 1 hal, hal you dengan ex you dulu, kena fully cut off your ex baru you boleh jump ke 1 hal yang lain iaitu si F. Lets say you bincang dan ex you & you marry him, apa jadi dengan F, you dah bagi dia harapan. Let say you dah tetap kan hati tak nak ex you, F pula blah, you pulak kecewa. Nampak tak awak dalam kawalan semua orang, so take back your power. Faham tak maksud saya kat sini. GIRL, DON’T CREATES A PROBLEM YOU CAN’T SOLVES. You tahu you ada krisis dengan parent you, ex you, parent ex you, now you tambah pulak dengan si F. You seorang kena fikir pasal 4 isu nih. That’s why i said you’re ALONE. 1 vs 4. You buat isu makin besar, makin ramai.

    Nasihat saya walaupun saya tak pandai menasihat. Be smart, be selfish, make sure apa pun keputusan yang you buat, keputusan tuh akan bagi benefit pada you. Bagi manfaat pada masa depan you, bagi ketenangan pada mental & fizikal you. Bagi kuasa pada you untuk full control your life. Stop fikir pasal orang lain. Mulai harinih jangan lagi besarkan masalah you, keep it small, less people, less drama biar mudah nak fokus & settle. Hormat parent you sebab you anak yang baik, make a great decision for yourself sebab you orang yang berakal.

    Tutup salam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *