Hai, Assalamualaikum…
Terima kasih kepada yang sudi baca. Ini pertama kali saya ingin meluahkan…
Saya seorang isteri dan ibu kepada seorang anak lelaki berumur 9 tahun. Saya berkahwin dengan seorang duda yang tidak mempunyai anak.
Sebelum itu, saya merupakan seorang ibu tunggal. Saya berkahwin dengan suami sekarang semasa anak saya berumur 6 tahun.
Masalah saya sekarang adalah suami selalu menunjukkan perasaan tidak suka kepada anak saya.
Sebagai contoh, pernah suatu hari semasa anak berumur 6 tahun, dia mengelap tangan yang basah selepas dicuci pada tuala mandi suami kerana menyangkakan itu tuala saya.
Lepas suami nampak, dia terus ambil tuala tersebut dan masukkan ke dalam bakul untuk dibasuh—seolah-olah jijik.
Banyak lagi benda kecil yang suami suka tunjukkan reaksi tidak suka.
Saya sebagai ibu selalu terasa hati. Saya tidak kisah jika dia marahkan atau menegur anak saya kerana nakal atau hal yang sepatutnya.
Namun, selama kami berkahwin, dia tidak pernah menunjukkan bahawa dia menganggap anak saya sebagai anak tiri, apatah lagi sebagai anak sendiri. Tidak sama seperti cara dia melayan anak buahnya…
Semalam, kami menghantar anak ke kelas mengaji. Biasanya, kami akan hantar awal supaya habis awal, tetapi semalam, kami menunggu lama di dalam kereta hampir setengah jam.
Suami sudah menunjukkan muka tidak puas hati. Dia cakap, “Tak guna hantar awal kalau sidai orang macam ni.”
Semasa anak masuk ke dalam kereta, saya terus marah kepada anak, sebab saya tak suka suami menunjukkan reaksi sebegitu. Bila sampai rumah, suami hempas pintu kereta. Sambil masuk rumah, dia berkata, “Menyusahkan!”
Hati saya sedih dan tersentap…
Untuk pengetahuan, segala perbelanjaan anak—sekolah, transport, bayaran transit, kelas-kelas tambahan—semuanya saya tanggung 100% kerana saya tidak mahu ada ungkitan di kemudian hari.
Saya cuma ingin bertanya, jika saya ingin bercerai, adakah mahkamah boleh menerima alasan saya untuk bercerai kerana suami tidak sukakan anak saya dan tidak dapat melayan anak saya seperti anak sendiri?
Saya kesiankan anak saya. Empat tahun saya besarkan dia seorang diri sebelum berkahwin dengan suami sekarang.
Mohon pendapat.
Terima kasih sudi siarkan.
– Sizuka (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Kesian dekat anak tu. Dia tak boleh pilih mak ayah dia. Dia sendiri pun tak pilih nak wujud kat dunia ni.
Tt sebagai mak kandung patut back up anak tu. Sound terus la suami kau tu apa yg dia tak puas hati sgt. Anak tu darah daging kau tau. Suami tu yg org luar.
Budak 9 tahun sekarang dah bijak. Ingt dia tuli ke tak nampak, tak dengar apa yg mak ayah buat dkt dia. Pernah heart to heart ckp dgn anak tu tak? Dia paham je.. dia pun pandai sakit hati jgk. Pegi baca la confession anak2 yg tersakiti dlm ni.. bersepah.
Elok pilih besarkan dan fokus pada anak sis…lelaki xguna mcn tu
Selama baca luahan di iiumc ni, saya tak pernah tergerak utk komen. Tapi utk page sis ni, hati saya tergerak nak komen. Utk Sis saya mohon untuk lebih mengambil berat tentang anak dari suami ya. Dgn siapa lagi dia nak bergantung kalau bukan sis, kesian dia. Nampak sgt suami sis skrg ni taknak terima anak tu, apa la nasib dia kalau sis pun juga marah2 dia. Dia masih 9 tahun, jangan punah kan kasih sayang ibu dan anak. Suami ni bila2 je boleh kita cari sis, anak kalau dah takda, gelap dunia kita sis.. melainkan memang sis tak pernah nak sayang anak tu lah.. Pikir2kan lah…
Cerailah kak. Pegi pejabag agama dn buka fail. Suami boleh cari lain. Anak tu akn ada kesan yg buruk pd jiwa dia. Esok besar dgn akk sekali dia benci nnt.. Sbb biarkn jiwa dia menderita. N banyak berdoa semoga Allah hadirkn seorang manusia yg layak jd ‘ayah’ pd anak kak tu..
emosi anak lagi penting.. kesian anak… nnti dah dpt anak benih laki baru mesti lg teruk anak tiri suami palau dan layanan mesti sgt2 berbeza..
Sizuka,
Masa berkwn/bercinta, tak pernah bawa anak & kenalkan? Drpd pembacaan, memang nmpk dia tak suka. Kesian anak tu sebab dia tak boleh memilih. Kesian juga anak tu sebab hak dia dinafikan. Sudahlah, husband boleh cari, anak tak ada ganti. Taat pada suami hanya pada perkara2 syarie. Awak ada tanggungjwb yg besar pada anak tu. Tak berdosa pun hidup tanpa suami…
Sebelum kawin, si duda tu ada bagi hint tak yang dia x suka anak puan? Atau dia pura-pura baik demi kawin dengan puan?
Sama ada puan janda atau balu, puan seharusnya mementingkan anak dahulu sebelum menikah. Lagi2 kalau puan balu kematian suami. Ke mana lagi anak itu nak berlindung selain dari kasih sayang seorang ibu?
Solat istikharah dan minta petunjuk Allah. Jika elok berpisah, berpisah lah sbb anak tu di bawah tanggungjawab puan. Bukan si duda tu. Risau nanti si duda tu dera anak puan pula bila puan tak de di rumah.
anak puan sebaya anak saya..
saya kalau anak saya buat salah, saya paling garang dengan dia..
tapi kalau dia tak ada salah tapi dibenci tiba2 tanpa ada sebab munasabah,
saya akan bela anak saya.
saya ibu tungga jugak anak 2 org dah menjanda 9 tahun. sepatutnya sis marah suami tu, bukan nya anak sis. trust me kalau berterusan mcm ni, anak u sendiri akan benci u, sebab dia anggap u lebihkan suami. sebab tu jgn kahwin dgn lelaki yg tak terima anak anak kita. jgn sesekali. better for u cerai or confront husband tu apa masalah dia buat anak u mcm tu. if dia taknak accept, cerai jela. kesian anak tu, sayang anak dulu baru sayang jantan.
Ada kemungkinan x kemungkinan yg suami bernikah dgn Puan kerana beranggapan Puan akan menurut semua kehendaknya walau bertentangan dgn syarak disebabkn status Puan sebagai ibu tunggal beranak satu?.Pemikiran tahun 50an.Rasanya Puan boleh buat keputusan sendiri bandingkn kehidupan&kebahagiaan anak sebelum Dan selepas pernikahan baru.
Kalau dah dinampakkan dpn mata si suami tak suka si anak…jaga2 lah sebab nanti boleh kemurungan anak sis membesar dlm rumah tu & terbawa hingga dewasa selagi tiada roh kasih syg.
Cerai aje lah sis ..jaga anak sendiri drp harapkan lelaki x guna tu.Lgpun segala perbelanjaan sis yg tanggung anak kan
Jgn la dpt anak dgn laki tu..kalau tidak susah nak cerai.Mkn la pil utk elak hamil sementara tunggu cerai.
Semoga dimudahkan urusan.Pilihlah kesihatan mental sendiri dulu berbanding sibuk nak bersuami