Dilema Asyik Rasa Nak Lompat Kerja

Hi semua, perkenalkan diri aku seorang gadis 20an, gen Z bekerja dan masih bujang.

Aku rasa nak luahkan perasan aku yang sangat tertekan dengan pekerjaan aku.

Untuk pengetahuan, aku habis graduate sampai sekarang masih belum dapat kerjaya impian aku iaitu nak kerja dalam bidang study aku dan yang paling utama aku nak kerja kerajaan HAHAHA.

Aku sejak habis belajar memang stay di area tempat lahir aku je, pada awalnya aku nak hijrah ke KL tapi sebab PKP dan sebagainya aku stuck di bandar kecik aku dan sampai sekarang aku still di sini.

Malas pula nak jauh dari family, perasan motivasi yang berkobar kobar macam waktu awal grad dulu dah hilang. But actually aku ada je selalu apply jawatan di big company & portal kerajaan cuma masih belum ada rezeki aku.

Nak dipendekkan cerita aku dah bekerja di sektor swasta dan kerajaan (kontrak) dan aku dapat concludekan yang aku prefer kerja kerajaan sebab work life balance lebih terjamin dan sesuai dengan keperluan aku.

Yang aku tertekan sekarang adalah aku tak tahu adakah aku yang kurang bersyukur atau memang aku kurang bernasib baik.

Pada permulaan aku bekerja di sebuah company melayu sdn bhd la as fresh graduate. Di company ni aku selesa bekerja yelah jawatan aku pon kerani biasa sahaja jadi workload dia kurang.

Aku dari awal bekerja memang dah berangan nak berhenti dan cari peluang yang lebih baik untuk kembangkan kerjaya aku.

Dipendekkan cerita aku pon berhenti di company ni setelah aku rasa bosan dengan task yang berulang ulang, gaji taraf spm dan manager aku yang agak toxic. Jadi aku putuskan untuk berhenti.

Aku berhenti tanpa backup plan. Waktu tu aku agak naif lagi tentang realiti pekerjaan. Betapa susahnya nak dapat kerja. So aku tak putus asa hari hari hampir beratus application aku hantar, iv dan sebagainya. Tapi hampa, kebanyakannya gagal @ jawatan tu tak sesuai dengan aku.

One day, aku ada ternampak kekosongan di jabatan kerajaan, kerja taraf kontrak selama 1 tahun. Jadi dari tanam anggur, kontrak pon kontrak la asalkan aku dapat pengalaman. Jadi aku bekerja di sini, suasana okay, kerja sangat rilek dan semuanya baik baik sahaja.

Cumanya aku dah mula risau sebab tak ada skills baru yang aku dapat dan kerja aku juga kebanyakannya berulang ulang.

Aku mula risau apa yang skills aku nak tambah dalam resume aku. Tiada yang istimewa, kalau aku stay lagi lama pon takda apa kelebihan. Malah kontrak ini tiada elauan atau kenaikan gaji.

Aku tengok kawan kawan aku yang bekerja di company besar & sederhana nampak seperti semakin maju dan berkembang. Sedangkan aku hanya buat kerja taraf spm/diploma. Jadi dari sini aku mula memohon kerja di company company sekitar tempat tinggal aku.

Setelah sekian lama memohon, aku akhirnya mendapat tawaran kerja di company yang sederhana besar di sekitar kawasan tempat tinggal aku. Jawatan aku biarlah aku rahsiakan. Gaji dan jawatan adalah lebih baik dari kerja kedua aku.

Disinilah bermula tekanan yang dasyat. Aku tahu aku yang impikan kerjaya yang sesuai dengan pendidikan aku dan aku mahu kerjaya yang professional.

Masalahnya aku terbeban dan terkekan bekerjs di company swasta yang semuanya perlu fast past dan tiada work life balance. Aku developed anxiety dan kurang selera makan sejak bekerja di sini.

Ya aku impikan kerjaya sebegini tapi aku nak lah sekurangnya tahap tekanan tu aku masih mampu kawal.

Aku tertekan setiap hari, rasa seperti 9-5 itu tak cukul untuk aku bernafas. Sentiasa dikejar dateline. Aku tertekan, burnout, rasa tak happy lagi dalam life aku. Hari hari aku fikir masalah kerja sahaja.

Lepas beberapa bulan menghadapai tekanan yang amat dasyat. Aku decide untuk berhenti selepas 4 bulan bekerja. Aku sangkakan, panas sampai kepetang, tapi hujan di tengah hari.

Aku dapat tawaran kerja di syarikat yang baru. Pada mulanya aku rasa yang aku dah membuat pilihan yang tepat untuk memilih berhenti dan bekerja di sini. Rupanya syarikat keempat aku ini pon sama juga. Ibarat keluar mulut harimau, masuk mulut buaya.

Job scope aku tiba tiba berubah dan bertambah selepas aku bekerja selama seminggu, Aku nak lari dari tekanan kerja yang sangat berat, rupanya rupanya nasib aku masih kurang baik.

Aku hari hari tertekan dan tekanan. Hampir setiap hari aku perlu siapkan kerja di rumah. Walaupun di tempat kerja aku sudah all out, bebanan kerja itu tak pernah berkurang.

Aku tak tahu apa yang Allah nak takdirkan untuk aku. Jalan ini terlalu berat untuk aku. Aku cemburu tengok kawan kawan yang sepertinya gembira dengan pekerjaan mereka. Ada yang sudah bekerja 2-3 tahun. Sedangkan aku? masih berkebil kebil.

Nak berhenti mengejut lagi? aku dah banyak komitmen dan aku jadi trauma nak berhenti. Macam mana kalau tempat baharu nanti sama sahaja.

Aku bertukar dari seorang yang ceria kepada seorang yang sentiasa tertekan. Family aku pon tegur yang aku sekarang kurang bercakap dan bergaul dengan family.

Entahla, aku sekadar meluah perasaan. Aku sukakan kerja yang ada sedikit cabaran supanya aku dapat asah skills aku. Tetapi bukan ini yang aku doakan.

Aku harap Allah akan letakkan aku di tempat yang lebih baik dan makbulkan semua impian aku. Aku nak kerjaya dan tempat kerja yang buat aku seronok datang bekerja.

Sekian..

– Sister Dilemma (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. Mana ada kerja dlm dunia ni dik non gaji sedap workload kurang. Even kau jadi bos/tokey bisnes pun bukan duduk goyang kaki duit masuk mcm air. Hidup la dlm dunia yg nyata. The problem is you. Kau sendiri yg kena takle the stress. Pergi la cari/baca how to handle. You still young. Tak kan nak tukar2 kerja sampai tua??

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *