Assalamualaikum, nama aku Fauzan. Penuntut semester akhir di sebuah IPT di selatan tanah air.
Aku merupakan seorang penggemar fotografi dari kecil. Aku akan ambil gambar guna telefon walaupun quality yang teruk.
Minat ni aku bawa sampai ke universiti, walaupun kos aku bukan fotografi (science engineering)
Bila dah masuk universiti, aku ada rezeki lebih hasil kerja part time. Aku beli dslr second-hand dari kawan aku. Entry level saja, harga dalam 2k.
Sejak itu, aku mula bergiat ikut kawan pergi shoot, pergi KL shoot dekat Bukit Bintang, pergi naik bukit shoot nature. Lens baru pun aku dah beli tapi jenis murah je. Sekadar minat je kan.
Then muncul satu kawan ni, aku kenal sejak kecil. Dia lebih tua 2 tahun. Satu hari dia mesej aku cakap nak minta tolong ambil gambar untuk projek dia.
Aku tiada masalah, tetapi bila ditanya tentang bayaran dia cakap cukuplah sekadar belanja makan sahaja. Kau dapat exposure nanti.
Terus aku tolak. Aku pun dah letak harga kawan RM100 pun masih dia kata mahal. Alasannya sebab bukan bidang aku.
Ya, memang bukan bidang aku. Tapi aku pernah diberi peluang untuk shoot untuk program fakulti dan hasil join rakan rakan photog, aku ada secebis pengalaman.
Bukannya aku kedekut, tetapi bagi aku industri seni akan terus dipijak jika aku menerima tawaran tu.
Bila aku suruh dia pergi refer kawan fotografer yang lain, mahal katanya. Suruh ambil gambar sendiri pakai phone, quality tak lawa katanya.
So, itulah luahan aku. Tolong lah jangan menggunakan kawan untuk kepentingan sendiri. Aku nak tahu pendapat orang lain tentang hal ini.
Adakah aku patutnya terima untuk timba pengalaman dulu? Atau tindakan aku betul?
Terima kasih.
– Fauzan (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit