Dilema Bekas Tukang Jahit

Assalamualaikum kepada semua pembaca. Namaku Tulip (bukan nama sebenar).

Aku datang dari sebuah keluarga yang sederhana. Telah berkahwin dan mempunyai 4 cahaya mata yang comel dan sihat-sihat belaka, seorang perempuan dan 3 orang lelaki.

Aku bekerja di sebuah bank di utara tanah air manakala suamiku pula bekerja sebagai seorang jurutera di syarikat pelantar minyak.

Aku tidak ada masalah rumahtangga. Suamiku seorang yang baik, menjaga solat, nafkah sentiasa cukup buat anak-anak dan isteri, bahkan lebih daripada itu.

Cuma apa yang ingin aku luahkan cuma kekosongan yang aku hadapi disebabkan tidak dapat meneruskan hobiku seperti sebelum berkahwin.

Sebelum berkahwin aku suka menjahit. Aku start minat menjahit masa belajar subjek Kemahiran Hidup Bersepadu di Tingkatan 3.

Sejak zaman sekolah lagi aku sudah ambil tempahan baju kurung tradisional daripada orang-orang kampung dengan harga upah sebanyak RM25 walhal pada masa itu aku baru sahaja memasuki Tingkatan 4.

Waktu aku menjahit biasanya pada waktu petang, lepas asar, malam pulak aku fokus kepada study. Dengan menggunakan mesin jahit besi teknik kayuhan kaki tu, dapatlah aku merasa income sendiri pada waktu tu walaupun aku masih bersekolah.

Mesin jahit tu milik arwah nenek aku, daripada terbiar macamtu aku minta tolong ayah aku baikikan. Hampir-hampir je ayah aku nak jual kat pembeli besi buruk tapi nasib baik aku sempat halang, hehe.

Aku belajar menjahit daripada ibu kawanku yang juga seorang tukang jahit di kampung sebelah. Aku tak ada mesin jahit kelim tepi.

Kalau nak jahit kelim tepi aku akan hantar ke rumah kawanku itu minta ibunya tolong buatkan dan aku akan bayarkan upah RM3 untuk sepasang baju kurung tradisional.

Aku rasa sangat happy kalau dapat menjahit. Kalau tiada tempahan aku akan tetas baju-baju yang dah tak muat, kain tu aku cantum-cantum bikin sarung bantal, tak pun kain tabir. Kalau dalam seminggu tu aku tak menjahit rasa macam nak demam.

Aku ambil tempahan menjahit sehinggalah aku tamat STPM. Masa tu aku dah ambik tempahan baju berfesyen dan jubah.

Pada awalnya aku nak masuk kolej kemahiran untuk sambung dalam bidang yang aku minat iaitu bidang jahitan dan fesyen selepas tamat SPM tetapi keluargaku menentang.

Aku teruskan juga belajar sehingga ke Tingkatan Enam Atas. Akhirnya aku sambung belajar dalam bidang perakaunan selepas tamat STPM.

Bila masuk universiti, aku tinggalkan segala aktiviti menjahit. Sekali sekala apabila balik cuti semester aku menjahit bajuku sendiri untuk dipakai ke kelas dan baju raya.

Tamat belajar aku bekerja sementara di sebuah syarikat penerbitan buku sebagai kerani kewangan. Tapi masa tu jiwaku kosong. Aku rindukan mesin jahit arwah nenekku.

Aku pernah utarakan keinginanku kepada keluarga untuk buka kedai jahit pakaian namun sekali lagi keluargaku menentang. Kata mereka income tak banyak. Belajar tinggi-tinggi takkan nak kerja sebagai tukang jahit?

Akhirnya aku akur. Kemudian aku dapat kerja di sebuah bank di negeri kelahiranku di utara tanahair, di mana dan jawatan apa biarlah rahsia.

2 tahun kemudian aku berkahwin dengan kawan sekampusku, tapi berlainan jurusan.

Sehingga kini jiwaku meronta-ronta nak sambung kembali aktiviti menjahit macam dulu, nak ambil tempahan macam dulu-dulu. Rasa boring jugak asyik jahit baju sendiri je.

Suamiku tak izinkan aku berhenti kerja dari bank tersebut semata-mata nak buka kedai jahit dan jadi tailor sepenuh masa. Katanya rugi. Gajiku banyak, ramai lagi orang lain berebut nak kerja di jawatan aku sekarang. Dekat dengan kampung halaman pulak tu katanya.

Oh ya, walaupun dia cakap macamtu, 1 sen pun gajiku tidak pernah diusiknya, gajiku hanya aku guna untuk bayar ansuran keretaku setiap bulan, duit belanja untuk mak dan ayah serta simpanan Tabung Haji anak-anak.

Jiwaku rasa kosong sekarang, tolong korang, tolong bagi kata-kata positif untuk aku.

Sekian, terima kasih.

– TULIP (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

4 Comments

  1. sis, kalau menjahit tu hobi, teruskan.. tapi buat secara sambilan dulu.. menjahit pada hujung minggu je dulu.. jahit baju anak2 dan keluarga terlebih dahulu.. sambil2 tu sis amik order sedikit dari jiran ke.. supaya sis rasa hobi sis dipenuhi.. andai kata sis rasa boleh handle anak2 dan tempahan semakin banyak.. baru sis bincang semula dgn suami & family

  2. ambil jela tempahan…buat dulu sebagai part time…tengok boleh jalan ke x…kalau dah boleh jalan…upah pekerja..buka kedai…masih boleh buat hobi…bila dah ramai kenal…nt boleh la buat sepenuh masa..

  3. hai Tulip,
    never to late to start over.
    boleh ambil sebagai part time sabtu/ahad.
    u can do it.

  4. Betul sis…. Orang hanya akan nampak kalau kita berjaya…. Sis buat je…. Buat sikit2 pun takpa… Untuk kepuasaan diri….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *