Dilema Freshgraduate

Terdetik hati nak share dan confess apa yang aku fikir setakat 3 tahun lepas graduasi dalam bidang Ijazah Kejuruteraan Elektrikal dari UTHM. Betul aku grad sebagai graduan elekrtikal tapi sekarang aku tak kerja dalam bidang yang aku belajar. Ini realiti kehidupan zaman ni.

Cukup kot intro tentang diri sendiri. Sekarang aku nak fresh grad buka mata tengok peluang sekeliling anda. Jangan mengharap sangat kerja dengan government, PETRONAS dan nama besar lain yang korang rasa sangat establish. Selagi tak ada komitmen seperti kereta, rumah dan lain-lain. Better korang try ceburkan diri sebagai usahawan. Ni tak, tak dapat panggilan interview lepas 6 bulan kemurungan sepanjang hidup. Sekarang kan zaman di mana semua di hujung jari. Ok aku bagi contoh apa benda yang fresh grad mahupun student boleh buat sementara dapat kerja yang korang impikan.

1) Online seller (Lazada, shoppee, 11street, ebay dll)
2) Sales person (Coway, Honda, Produa dll)
3) Perunding /Broker rumah/hartanah
4) Grab/ Uber
5) Ejen insurans
6) Dropship
7) Cari dan gali bakat yang ada dalam diri (Cth: baking cake, make up)
8) Ajar al-quran/ home tuition

Kat atas antara kerja yang boleh korang buat sementara tunggu kerja yang korang impikan. In fact, korang boleh asah communication skills sebab ramai fresh grad sekarang sangat lemah dari segi komunikasi. Believe it or not remai engineer (Aku bagi contoh engineer sebab aku engineer) berhenti kerja sebab nak ceburkan diri salam bidang yang aku list kat atas. Serious talk, pendapatan lebih lumayan dan masa sangat flexible .

Aku pun bercadang pada akhirnya aku akan quit sebagai engineer dan buat benda yang aku suka dan aku tengah plan sekarang. Lagi satu after grad degree kalau kau nak sambung master tolong tanya diri sendiri, kau nak end up jadi apa? Kalau kau rasa kehidupan kau sama macam kau habis degree which is tunggu kerja datang bergolek maka lupakan je. Baik kau cari diri kau dan what is your passion. Please beb. Ok pada sesiap yang nak try ceburkan diri as health planner (sales person) dalam coway boleh komen kat bawah. Nanti aku guide.

– Puan engineer

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit