Dilema Hidup PJJ

Assalamualaikum. Aku Timah, seorang pensyarah di sebuah universiti jauh di kepulauan borneo. Aku dah hampir 9 tahun kawen dan hampir 9 tahun juga bekerja sebagai seorang pensyarah, anak dah 3 orang. Suami bekerja di johor sebagai pegawai kerajaan dan menjaga 2 orang anak kami, sementara aku menjaga anak yang paling kecil di kepulauan borneo ini.

Cerita PJJ kami ni dah bermula di awal usia perkahwinan lagi, yakni pada tahun 2011, masa tu aku di terengganu, suami di borneo. Selepas 3 tahun aku berjauhan dan dikurniakan 2 orang anak, maka aku tekad untuk mohon pindah ke universiti di borneo untuk sebumbung dengan suami.

Keadaan aku pada masa tu sangat kritikal untuk aku sebab anak kedua dan pertama hanya beza setahun, so masa tu aku tak dapat nak handle kedua duanya dan hampir meroyan. Oleh yang demikian aku nekad mohon pindah. Alhamdullillah permohonan pindah aku berjaya! Dan aku berpindah ke borneo dan tinggal bersama suami dan anak2 disana.

Tetapi, langit tidak selalunya cerah, selepas 2 tahun tinggal bersama di borneo, suami mendapat perkhabaran sedih, beliau terpaksa ditukarkan ke pejabat di JB dalam masa sebulan. Aku sungguh terkedu, terkilan, sedih, marah, rasa geram, takut sebab memikirkan bakal ber PJJ lagi sekali.

Namun Allah telah menetapkan itulah perjalanan hidup kami. Aku terpaksa akur jugak walaupun masa tu aku “sakit” disebabkan gangguan di borneo dan juga sakit fizikal yang dah sekian lama ada. Oleh yang demikian, kami telah berbincang dan memutuskan suami balik membawa anak yang sulung perempuan dan aku menjaga anak yang kedua juga perempuan di borneo, dan aku mula membuat permohonan untuk pindah.

Tapi Tuhan saja lah tahu betapa susah untuk mohon berpindah balik ke semenanjung, sebab dulu masa aku datang memang sangat diperlukan dan tak perlu pengganti. Tapi sekarang keadaan makin kritikal sebab bilangan pensyarah semakin berkurang dan aku ditahan untuk berpindah selagi tiada pengganti.

Keadaan PJJ ini menyebabkan aku terlalu stress, selalu sakit seperti demam, tekanan darah tinggi disebabkan stress, anemia, gerd, anxiety, panic, perubahan berat badan kadang turun kadang naik, emosi yang sangat tidak stabil dan akhirnya anak serta suami menjadi mangsa amukan.

Disebabkan aku yang mengambil keputusan untuk ulang alik, maka biasanya segala kos aku yang tanggung disebabkan gaji aku pun agak tinggi sedikit berbanding suami. Dan disebabkan itu aku selalu bergaduh dengan suami disebabkan masalah kewangan dan juga penat. Kadang seolah aku tidak redha ditinggalkan padahal bukan salah suami untuk dipindahkan ke jb.

Setelah berpjj beberapa bulan, aku disahkan mengandung lagi! Korang boleh bayang tak perasaan dan keadaan aku masa tu, nak kata gembira pun tak, nak kata sedih sangat pun tak memandangkan anak kedua dah pun cecah umur 5 tahun. Maka aku redha dan mula sayangkan kandungan ni, dan fikir mana tahu rezeki dapat pindah dan kot2 dapat lelaki kali ni.

Dan ya! Memang kandungan aku kali ni adalah lelaki, dan awal 2018 aku bersalin seorang anak lelaki. Aku bersyukur tetapi dalam masa yang sama aku sangat takut sebab masih belum dapat pindah. Tetapi aku masih boleh bertahan, selepas habis tempoh cuti aku pulang semula ke borneo bersama baby dan suami mengambil tugas menjaga anak perempuan.

Sedihnya aku waktu tu Tuhan sahaja yang tahu, hampir nekad aku nak berenti kerja! Tapi memikirkan komitmen hutang dan juga tanggungjawab pada salah seotnag adik beradik ku yang disahkan kanser. Maka aku gagahkan jua kaki ini pulang ke Borneo. Dan ditakdirkan pada Mac 2018 aku dapat dinaikkan pangkat.. dan gaji yang ditawarkan agak tinggi, dah dekat 5 angka masa tu, so makinlah aku rasa sayang nak berenti dan masih menunggu peluang pindah.

But masa Mei 2018, sekali lagi ujian datang melanda, baby aku jatuh sakit dan masa tu aku sangat penat ulang alik ke hospital sorang diri menguruskan baby yang sakit. So, aku ambil keputusan untuk cuti separuh gaji selama 5 bulan, dan alhamdullillah lulus! Maka aku bawa baby pulang tinggal di JB.

Tetapi ujian tetap datang lagi, suami dan anak2 tinggal dengan mertua di salah satu daerah di Johor. Jadi suami terpaksa berulang alik yang sangat jauh dari rumah mertua ke tempat kerja kerana dua2 anak bersekolah di sana. Oleh yang demikian kos tersangatlah tinggi, dan yang paling rasa kecewa, setiap kali aku balik, memang kami terpaksa duduk dengan keluarga mertua.

Keluarga mertua sangatlah baik, cuma aku rasa terbatas dari segi pengurusan anak dan suami, privacy. Sebab kami jarang jumpa, bila jumpa di rumah keluarga besar, tidaklah dapat untuk aku berikan perhatian sepenuhnya pada keluarga kecil aku ni.

Maka kami ambil peluang untuk ambil semula rumah kami di JB untuk duduk. Sebelum tu rumah ni disewakan. Sebab kami fikir, kami perlu juga ada 1 rumah sendiri untuk buat apa shj yang kami suka. Bukanlah nak cakap tinggal bersama keluarga mertua tu tak bagus, cuma better jangan, unless kalau aku dah balik borneo ok lah.

Then selama 5 bulan kami stay di rumah sendiri di JB, suami terpaksa ulang alik hantar anak sekolah di kampungnya yang agak jauh. Dan aku rasa sangat bersalah, sampai aku tanya diri aku sendiri..adakah aku selfish? Taknak duduk rumah mertua sedangkan anak2 dah sekolah sana. Tapi disebabkan suami memahami dan dia sanggup untuk berulang alik setiap 2 ke 3 hari sekali ambil dan hantar anak.

Memang aku sangat2 kesian pada suami pada masa tu. So dalam tempoh cuti separuh gaji tu, aku nekad, aku nak mohon tempat keje lain sekitar jb. Berpuluh resume aku hantar sama ada by hand dan juga email.. dan juga melalui job street.

Setelah 2 bulan lebih berusaha, adalah satu kolej swasta panggil aku interview, tapi after second interview dgn kolej tu, aku dapat berita yang aku tak dapat. Ya Allah sedihnya aku, padahal aku dsh nekad sebenarnya nak berenti dan masuk kolej ni. Tapi dah nama takde rezeki maka aku redha. Then habis cuti t bulan jaga anak tadi, aku balik semula ke borneo.

Bila balik aku nekad lagi mohon pindah untuk kali ke 8 masa Mac lepas, tapi punyalah jahat management tak hantar borang pindah aku! Kes naya sungguh la ni. Aku rasa terduduk jugak masa tu, tak dapat aku nak fokus segala kerja, air mata tak payah cakap lah memang dah kering, sebab aku berharap sangat mohon tu. Dan aku memang pergi jumpa bos, dan bos mcm bagi harapan nak tolong kali ni. Tapi sebenarnya tak, mulut sahaja manis.

Kecewa sedih geram sakit hati semua ada masa tu, macam nak gila jugak aku menangis. Sebab for time being, aku dah hampir 2 tahun lebih berpjj di borneo ni..campur yang di terengganu dulu. So total dah hampir 6 tahun lah. Aku tak tahulah apa dosa aku ni sampai Allah tak makbulkan lagi doaw aku untuk duduk sebumbung dgn anak dan suami. Sampai ada suara2 jahat perlekehkan usaha aku. Dan ada yang mempermainkan usaha dan keadaan kritikal aku ni.

Dan baru baru ni suami pulak disahkan ada highblood pressure dan dah on medication pun, so makin membuatkan aku rasa tertekan dan terasa sangat2 nak balik duk sana. Dan aku sendiri pun ada masalah kesihatan. Masing2 sgt memerlukan. Cuma orang atasan yang pada aku tamak haloba masih belum nak luluskan perpindahan aku.

Dan sekarang ni aku tengah berkira2 untuk berhenti walaupun hati aku rasa berat, komitmen dan hutang pun agak tinggi, tapi suami dan anak2 sangat memerlukan aku dan aku sendiri berada dalam tekanan yang sgt hebat tapi masih diberi kewarasan untuk berfikir dan mudahan Allah lindungi aku dari berfikiran tidak waras.

Dan dalam masa yang sama aku masih tidak putus asa untuk apply kerja di jb walaupun peluang untuk dipanggil tu sangatlah tipis. Mengambil berkat di bulan Ramadhan yang mulia ni, aku harap Allah makbulkan doaku samada diberi peluang kerja lain atau dpt pindah, aku sendiri bagi tempoh dlm beberapa bulan shj lagi untuk aku bertahan.

Cuma apa yang boleh aku bagi nasihat atas kes aku ni, dalam hidup ni, kita akan diuji dengan pelbagai ujian. Ada yang diuji belum ada rezeki berkahwin, belum ada rezeki untuk dapat anak, belum ada rezeki untuk bekerja, diuji dengan sakit yang teruk, dan aku diuji dengan ujian tidak dapat sebumbung dengan suami dan anak anak, namun terpaksalah kita redha andai inilah jalan yang telah ditetapkan. Allah maha besar, tidak diuji seseorang melainkan dia mampu untuk melaluinya.

Kepada pembaca2 sekalian, doakan agar aku dipermudahkan untuk pulang dan tinggal bersama suami dan anak2. Dan doakan juga aku kuat harungi semua ni demi sayang ku pada suami dan anak anak ku. Andai kata pekerjaan bukan lagi rezeki, maka aku kena redha.. dan bersedia dengan apa jua yang akan berlaku pada masa akan datang. InsyaaAllah.. rezeki Allah itu maha luas..

Sekian..

– Timah Serabut Serabai (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *