Dilema Hidup Seorang Single Mom

Salam. Hai semua pembaca. Boleh panggil Ai sahaja. 1st confession Ai admin tak approve. Tak tahu la kenapa. So, kali ni Ai nak berterus terang dengan dilema Ai hadapi ni. Tolong ye bantu Ai semua..

Ai berumur around 30an. Punya anak ramai. More than one ramai la kan? Hehe..

Ceritanya bermula bila Ai dah cerai. Lebih kurang setahun lebih tambah tolak gitu. Tak lama lepas cerai, Ai kenal dengan sorang lelaki ni. Umur kami sebaya. Tapi, mesej kejap then Ai halau dia.

Masuk kali ni dah tiga empat kali dah dia kena halau. Tapi setiap kali tulah dia akan datang semula dan mesej Ai macam takda apa jadi. Padahal.. nanti uols akan tahu kenapa.

Lepas tu memang ramai laki yang Ai berkenalan dan ada sorang dua sempat dating sekali. Tapi tak tahu la semuanya tak kena dengan hati sorang ibu tunggal ni.

Usaha Ai nak berkahwin lagi ni bukan semata nak berkawan dan buang masa even mula-mula dulu memang tak mahu kahwin lagi dah.

Setiap wanita mesti nak ada pasangan yang macam dia impikan selama ni, cuma takdir Allah belum lagi bertemu. Susah sungguh Ai nak jumpa yang betul ada kriteria Ai nak.

Ai ni jenis wanita yang jenis simple je. Easy going. Tak impikan pun ada rumah besar dan mewah, kereta besar, harta banyak. Ai gadis kampung je sebelum berkahwin dengan ex suami dulu.

Ai ada pendidikan juga, bukanlah langsung takda apa-apa hanya berharap pada lelaki. Cuma Ai belum dapat rezeki kerja bergaji besar. Kerja biasa sangat then berhenti bela anak-anak je dekat rumah.

So, sambung cerita hidup Ai sekarang. Bila semua lelaki lepas that guy Ai halau tu memang takda sorang pun Ai suka. Ada saja yang tak kena.

Paling lama bertahan cuma 2 bulan. Kadang tenggelam timbul dalam setahun tu muncul 2, 3 kali.

Hidup Ai bertambah complicated bila that guy (Ai suka halau tu Ai akan sebut ‘that guy’ ni ye) tu datang semula..

Macam tahu keadaan Ai yang lonely dan berkeinginan nak berkahwin lagi. Macam biasalah dia akan mesej Ai tanya khabar, anak-anak dan so on.

Tapi kesian dia baru baik dari covid19. Badan agak lemah masa tu. Dalam sakit tu dia teringat Ai. Katanya rindu sangat. That guy masih bujang..

So, Ai macam ok.. layan mesej macam biasa. Masa tu takda rasa nak kearah berkahwin pun sebab Ai tak suka perangai dia sangat. Dari dulu lagi Ai benci dia tapi dia keep come and come tak pernah jemu.

Ai suka marah dia then halau dia pergi. Ai tak suka lelaki yang ambil remeh semua hal even benda tu sangat privasi. Bagi dia takda apa pun. Dia kurang sangat solat. Tapi dia ni sangat menjaga hati mama dia.

Balik kerja kalau mama dia masak, even dia kenyang dah still dia akan jamah lauk je. Takkan biar tak jamah langsung. Kalau ada apa-apa mak dia buat, dia diam je.

Tapi, ada satu masa tu tak tahan dah dia luahkan kat Ai.. katanya, “kalau biar makin menjadi pulak.. kalau cakap kejap lagi jadi kurang ajar”.

Dekat situ Ai nampak dia hormat mama dia even ada kekurangan here and there.. still sorang anak yang baik. Dia berakhlak. Dia boleh sabar dengan karenah mama dia, adik perempuan dia..

Even Ai pun dia layankan je tak pernah marah. Jauh sekalilah nak tengking atau maki hamun.

Ai nampak that guy tak suka bercerita baik dia. Selalu cerita jahat dan nakal dia dulu-dulu. Ai tak kisah. Tu masa silam orang. Ai pilih untuk doakan kebaikan untuk dia.

Ai dah istikharah for two times. Memang Ai dah ada perasaan dekat that guy. Sepanjang kami mesej, tambah tolak around 6 months jugalah.

Ai tak berapa kenal dia sangat. Tapi rasa macam makin dekat hati dekat dia. Ai rasa tenang dan bahagia. Cuma tulah.. Ai masih sangsi bila dia belum lagi nak jaga solat. Ai paling risau yang tu. Dia bakal imam Ai.

Lagi satu masalah, dia ni suka gatal. Ai tak tahulah normal ke bagi lelaki bujang macam tu? Katanya sayang Ai tapi sangat buat Ai menyampah dan rimas.

I really don’t know guys what to do. Perlu ke Ai terus doakan dia dan tetap pilih dia?

Tolong la bagi Ai pendapat. Tak mahu dah tersalah pilih lagi..

– Kakak Comel (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *