Dilema Isteri Bergaji Besar Daripada Suami

Assalamualaikum pembaca IIUM Confession. Selalu terfikir adakah begini nasib bila isteri bergaji besar dari suami? Adakah mereka di luar sana mempunyai dilema seperti ku. Dalam dilema ini maka tergeraklah hati nak bercerita dan ku harap ada response yang boleh memberi semangat dan sebab utk teruskan mahligai yg dah lama terbina ini.

Walaupun dikatakan aku lebih besar gaji dr suami. Tapi sebenarnya takdelah besar sangat dlm 3 – 4k shj bezanya dan gajinya sebagai pegawai 48 yang takdelah sikit sangat pun. Alhamdulillah. Tetapi sejak kahwin sebab title “dr” itu mmg rasanya tidak pernah sekali pun ku terima nafkah sebagai isteri dari seorang suami. Ya, suami mmg menanggung nafkah basic seperti makan-minum, rumah yg tinggal sekarang & bil astro & duit belanja sekolah anak2 tp itu sahaja. Aku sendiri yang volunteer nak bayar duit elektrik rumah, on top of bayaran tadika& taska anak2, van, kelas tuisyen, barang asas dalam rumah, hutang 2 lagi buah rumah lain & potongan simpanan anak2. Yes sendiri volunteer sebab kita faham sendiri yang kita mesti bantu suami kita bila dah bekerja. Ya niat isteri bekerja pun utk bantu keluarga.

Jadi bila sudah lama macam ni, suami jadi banyak lepas tangan berkenaan duit. Sebenarnya bila ditolak sana sini hutang yang ditanggung, akhirnya yang bersih untuk ku hanya cukup2 sahaja. Dia tak pernah bertanya susah senang isteri, cukup ke tak dan sebagainya. Malah tak pernah terfikir utk memberi nafkah duit utk kegunaan isteri. So basically, aku rasa macam org bujang shj dimana semua ku tanggung sendiri- usaha sendiri sejak dulu lagi. Tak pernah rasa ditanggungi oleh suami sejak kahwin. Masakan perbelanjaan utk setiap kali raya ku akan tanggung 80% drp kos. Jika makan diluar confirmed ku bayar 50%. Ya dengan rela hati. Ya ku ikhlas. Tapi bila ada belaku kesedihan/perteligkahan ku sentiasa teringat akan apa yang aku dah berikan kepada keluarga dan utk dia demi keluarga, tidak dihargai.

Sedih. Sungguh sedih. Malah ku pernah bercerita kpdnya tentang seorang kawanku yang suaminya hanya guru kafa dapat jgk memberi kepadanya rm50 sebulan sebagai nafkah utk kegunaan isteri. Mungkin pembaca igt aku mengharapkn nafkah yang banyak dr suami. Sebenarnya aku tidak pernah mengharap kan yang banyak.Seriusly jika suami dapat berikan ku nafkah walau seringgit sekali pun dari tanganya dengan kata2 “umi ini nafkah utk umi bulan ni “. Tak dpt dicerita kan betapa bersyukurnya aku kerana dapat merasakan perasaan menerima duit dr suami dan rasa ditanggung oleh seorang suami. Mungkin pembaca akan tergelak membaca kenyataan ini tapi itulah hakikatnya.

Dari 12 tahun perkahwinan ini terasa semakin jauh dan jauh. Kesedihan bertambah lagi apabila suami memarahi/menengking ku sepuas2 hati dihadapan anak-anak 4 orang sebab dia terpaksa menunggu lama utk rawatan anak – terasa kecil & lemah jiwa raga apabila difikirkan kesalahan yang tak sengaja pun ku di tengking sebegitu rupa depan anak2. Sehingga ku terfikir inikah orangnya yang ku kongsi hidup selama 12 tahun – kesalahan yang tak sengaja pun di perbesarkan & di tengking sebegitu rupa. Mahukah orang ini bersusah payah dengan ku jika kelak aku tak dpt bangun sakit. Masakan benda kecil pun tak sanggup hadapi bersama. Aku musykil. Ini kah org yang kita akan hidup sepanjang hayat ni.??? Beginikah sikap seorang suami yang mahu menunjukkan egonya di depan isteri kerana gajinya kecil sedikit dr ku. Beginikah? Ini hanya 1 dari banyak2 kisah duka yang ku dapat berikan sebagai contoh.

Ku juga pernah kongsikan dgn suami banyak infos dan cerita2 dr fb etc berkenaan tanggunjawab memberi nafkah utk isteri, kisah berkatnya & bertambah rezeki bila bermurah hati dengan org paling dekat dengan kita (iaitu suami/isteri). Sebab susah nak cakap dgn dia directly.Nanti dia akan rasa tercabar & disebabkan ego ” suami bergaji rendah dari isteri” dia kan melenting sebelum dpt berbincang pun. Adakah ini ego yang terbina dalam “suami bergaji rendah dr isteri”???? Betulkah ada satu perasaan “rendah diri” yang telah membina “ego seorang suami yang bergaji rendah dari isteri”???

Aku sudah penat sebenarnya. Di tambah dengan kerja2 rumah yang kurang mendapat bantuan darinya. Hati kecil sering berkata – kenapakah pengorbanan ku tak pernah dipandang oleh “suami yang gaji rendah dari isteri” ? Sebelum2 ni jika mengadu berkenaan penat kerja2 rumah, bukan bantuan yang akan diberikan, malah akan di kata2 ” penat tak payah buat”. Tak pernah dia volunteer untuk membantu. Malah selalu diherdik ” kerja sikit2 dalam rumah pun apalah sangat!!!”. Padahal dia tahu ku tak berhenti buat kerja dari menguruskan dapur- anak2- dll. Sedihnya kan!! Tak pernah dihargai. Tu yang ku rasa. Masakan dia boleh menghadap komputer kononnya “main saham” berjam2 dan kononnya “ingin mahir utk cari duit lebih”.

Well. Ada duit lebih pun ku tak rasa “suami yang bergaji rendah dari isteri” ini akan membantu ku utk meringankan beban kewangan yang ku tanggung. Sebab dia sudah biasa tidak memberi kepada isterinya. Atau memberi bantuan yang lebih dalam hal kerja2 di rumah.

Kekadang rasa sedikit jeles dengan adik-adik ipar ku dimana suaminya (adik2 ku) sahaja yang berkerja. Bahagianya melihat usaha yang dicurahkan oleh adik-adikku bagi menanggung keluarga. Mampu lagi membeli tudung ariani utk dihadiahkan buat isteri yang seorang surirumah walaupun gajinya taklah sebesar suami ku. Daannn aku?? Walaupun sehelai tudung pun tak pernah dalam ingatan diberikan oleh seorang “suami yang bergaji rendah dari isteri”. Bahagianya melihat adik ku berkerja sampai 3 kerja berusaha kuat untuk sentiasa memberi yang terbaik utk keluarga & isteri. Untungnya adik ipar ku. Alhamdulillah. Arwah papa dan mama berjaya medidik anak2 lelakinya begitu semuanya. Al fatihah untuk arwah papa & mama.

Pembaca yang budiman. Haruskan ku mendapat kan bantuan orang ke-3 dalam dilema ku ini, haruskah ku pendamkan sahaja kesedihan hati ini which aku rasa takutnya makin lama makin parah.Apakah yang harus aku lakukan. Kerana untuk memulakan perbincangan dengan “”suami yang bergaji rendah dari isteri” ini berkenaan duit etc bukanya senang. Dia mmg sangat sensitive. Egonya mmg tinggi.

Adakah aku berseorangan dalam dilema seperti ini. Perasaan “banyak yang telah ku korbankan utk keluarga dan tiada sedikit penghargaan dari suami ini akan makin parah”. Itu ku pasti.Adakah aku yang tak bersyukur ??? Atau dia yang tidak bersyukur??? Allahu. Buntu2 tak tahu kemana nak mengadu. Doakan aku ya pembaca. Mungkin cerita yang ku kongsikan ini dipandang kecil saja berbanding banyak cerita suka-duka yang pernah dikongsikan di iium confession. Tapi leganya dapat ku luahkan.

Pesan ku kepada golongan “suami yang bergaji rendah dari isteri”. Pandanglah isteri mu itu. Berikah dia apa yang hak baginya walapun kecil sekali pun, bersihkan lah rezeki mu. Hargailah dia dan jangan lah sekali-kali membina ego dalam diri kerana kamu “lebih rendah gaji dari isteri”. Dari awal lagi mahu tak mahu hal kewangan mesti dibincang sebagai keluarga. Jangan jadi seperti ku ya. Terima kasih kerana luangkan masa anda untuk membaca coretan ini. Moga Allah S.W.T. memberi ketenangan dan kelapangan pada hati-hati yang gundah gulana.

– Me

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *