Dilema Isteri Yang Masih Sayangkan Suami

Salam semua warga netizen. Nama samaran ialah Lily Rose. Saya ingin berkongsi cerita diri saya dan suami.

Saya ialah wanita bekerjaya di ibu kota berumur awal 40-an, sudah berkahwin selama 14 tahun dan mempunyai seorang anak.

Kami saling menyayangi dan berkahwin atas suka sama suka. Kami boleh dikatakan sekufu dari segi keluarga dan pemikiran.

Suami lebih arif menjaga kewangan keluarga, tapi kami ada juga buat keputusan bersama dalam hal kewangan keluarga seperti membeli rumah.

Suami tanggung bayaran pinjaman rumah, wifi, keretanya dan bayar insuransnya dengan anak, manakala saya membayar kereta dan insurans sendiri.

Untuk perbelanjaan barang dapur, kami tong-tong separuh. Kami tiada extra expenses seperti langganan program TV, coway dan tiada hutang kad kredit. Boleh dikatakan kami berjimat cermat.

Dalam 4 bulan lepas saya minta izin suami untuk berhenti kerja kerana mahu ambil career break dan suami izinkan.

Tetapi setelah saya meletak jawatan, suami inform saya yang dia stress sebab takut kontrak kerjanya yang akan berakhir tahun ini tidak akan di perbaharukan.

Dia mencurahkan perasaannya kepada saya, yang selama ini dia mempunyai unhealed trauma sejak zaman universiti dan memendamkannya oleh kerana mahu berkahwin dengan saya.

Pada waktu inilah saya baru tahu yang dia memendam perasaan yang dia tidak bersedia untuk berkahwin dan mempunyai anak, dan oleh kerana melalui fasa perkahwinan dan parenthood, dia suppresed traumanya. Dia mengatakan dia ada masalah low-self esteem, dan anger.

Jadi sekarang, dengan stress berkaitan kerja, dia jadi triggered dan merasakan benci pada diri sendiri, menyesal membeli rumah kerana perlu membayar hutang, dan paling saya sedih dia merasakan tiada joy dalam hidup, perkahwinan dan jadi parent.

Saya ada sarankan supaya suami berjumpa pakar physchology untuk mendapatkan rawatan, tetapi suami mahu tangguh sehingga akhir tahun.

Dia ada menyebut kepada saya yang dia terfikir untuk berpisah/bercerai kerana dia perlukan masa untuk memperbaiki dirinya.

Saya merasa amat bersalah kepada suami kerana rasa saya penyebab dia jadi begini, dan saya berasa sangat sedih, tetapi saya tidak tunjukkan kepada dia kerana tak nak dia jadi lagi berserabut.

Saya nekad untuk persiapkan diri, jika betul kami akan bercerai. Saya sudah cari kerja semula, iklankan untuk menjual rumah kami dan sedang cari pembeli.

Saya sangat sayangkan suami tapi saya fikir mungkin berpisah lebih baik untuk dia. Tak perlu dia risau lagi untuk saya dan anak dan fokus untuk jaga diri sendiri sahaja.

Apa pendapat kalian?

Yang benar,

Isteri yang sedih,

– Lili Rose (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

6 Comments

  1. selepas 14 tahun suami Puan luahkan perasaan? mungkin sebb Puan dh berhenti kerja dia rasa tk yakin nak handle kewangan, tk yakin dengan Allah yg mana rezeki tu Allah yg menentukan dan rezeki tidak akan bertukar kepada org lain, mudah jer camtu nak bercerai, lelaki apa ni

  2. 14 tahun kut. Agak2lah nak point xbahagia bagai..kenapa tak bagitau awal2? Suami ada org lain ke kak? Mudah gitu ja bercerai

  3. Mungkin suami tengah menghadapi mid life crisis. Betul cadangan puan, boleh ajak suami pergi kaunseling

  4. Salam Jumaat

    Penceraian bukanlah jalan terbaik, jangan kerana perkara yang tidak pasti dibuang segala-galanya. Suami puan kena disokong dr segi emosi. Saya juga breadwinner, menanggung 5 anak, sebagai lelaki kita hadapi cabaran hidup, bukan lari daripadanya. Semoga perkahwinanan puan kekal utuh.

  5. Kakkkkk oiii bangun!!!! Laki ko autaaaa dia mmg x mau dengan ko kakk dr segi cerita ko aku dapat syak dia ada seseorg tunggu masa je lelaki kalo dh 14 tahun kawin penipu kata x bahagia bla bla bla penipuuu kakk oiiii bangkit kakkk siap sediaaaa get readyyy …kita sayang bagai nak rak dia boleh gitu je nak cerai rugi syg ko kakk rugiii ko x patot syg org yg x syg ko balik dan x menghargaiiii ohhh plez la bangun kak

  6. Bukan unhealed trauma, tu midlife crisis. Dah 14 tahun tetiba lak nak cerai. Get ready untuk ditinggalkan dan diganti dengan wanita yang jauh lebih muda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *