Assalammualaikum warga IIUM, aku doakan semoga walau dimanapun kalian dan dalam keadaan apa pun kalian sekarang, kalian sentiasa berada dalam rahmat dan LindunganNya. Izinkan aku share tentang rutin hidup aku, bukan bertujuan apa apa, tapi cuma terasa nak meluah, sampai bilakah hidup kami akan begini?
Aku bekerja agak jauh dari rumah, office aku jaraknya kira kira 70km dari rumah. Setiap hari jumlah km perjalanan aku pergi ke tempat kerja sahaja kira kira 140km pergi balik. Penat, tipu kalau kata tak penat, memg beza rasa penat tu time still anak dara dan compare bila dah jadi mak dara cam sekarang. Tak tahulah kalau aku je rasa, sebab sebelum kawin dulu pun aku kerja berulang gak dengan jarak office yg jauh dari rumah. Tapi time tu ok je.
Suami aku pun sama, jarak tempat kerjanya sehari berulang lebih kurang 130km. Tapi beza dengan aku, cuma dia bawak moto, so dia tak hadap jammed, dia lalu jalan highway yang tak sibuk. Tapi aku percaya, dia pon penat, ingat tak penat ke bawak moto siap clush tu, aku tengok dia memulas pon aku jadi penat tau.huhu.
Aku bangun kira kira jam 5.30 pg, siapkan bekal anak ke pengasuh, dari dia makan pure, sampai makan nasi. yela apa termampu aku pun cuba jugak nak bagi yang terbaik untuk anak aku. Sediakan bekal ada sayur dan protein. Kadang pernah aku terlelap habis hangus bubur anak aku, dan aku time tu lewat datang kerja sebab nak tunggu bubur masak semula. Sebab anak aku jenis pemakan, tak sampai hati nak hantar dia ke pengasuh berbekalkan biskut milna je. Tapi takdelah hari hari sempurna, kadang kat dapur tak ada sayur, aku buat lah apa yang ada. Since belum mampu nak jadi suri rumah yang menjaga anak dirumah sendiri kan. Serius tau kadang terasa hati mulut2 manusia yang riak bila they all sanggup berhenti kerja untuk jaga anak anak. Alhamdulillah lah rezeki korang, tapi pls la jaga sentimen kami ibu ibu bekerjaya ya.. Macam aku lulusan ipt, hutang ptptn pon otw bayar lagi, nak balas jasa mak ayah yang dah sekolahkan pon tak pernah settle lagi camne nak berhenti kerja? lainlah aku ada skill leh buat business boleh kerja dari rumah. Ingat sikit beb, tak semua Allah rezekikan berjaya dalam bisnes macam anda anda anda yang kadang galak dan meriak betul memandang kami si ibu bekerja makan gaji ni.
Tempoh perjalanan ke tempat kerja kira kira satu jam waktu pagi, dan akan cecah lebih satu jam bila waktu petang, sebab apa? sebab petang aku lalu jalan yang jammed, mungkin sebab bertukar daerah, dan kawasan aku duduk adalah memang kawasan taman perumahan yang banyak, so setiap hari memang begitulah nak keluar taman aku je makan masa kira kira 10 minit atau lebih kalau ada halangan cam kereta rosak, jalan jammed.
Sebelum tu nak habaq mai, aku dalam proses pertukaran tempat kerja yang lebih dekat, dah dekat setahun aku mohon, cuma rezeki masih belum berpihak kepada aku, tak apa, aku percaya berkat sabar itu besar ganjarannya. Dear myself, be strong! please you all, doakan aku dapat pindah okay! amin.
Setiap hari aku gerak keluar rumah dalam pukul 6.45,6.50 pagi gitu, sebab nak make sure sampai rumah pengasuh jam 7. Pernah aku ingat nk hantar awal, tapi aku tahu pengasuh aku pon ada anak sorang yang bersekolah, mesti dia nak uruskan anak pagi pagi so kalau aku hantar awal, macam mana dia nak uruskan anak aku dan juga anak dia? Bayar lebih?, ingat, tak semua benda boleh selesai dengan wang ringgit. Hidup perlu ada timbang rasa, so aku tak boleh jadi selfish. Macam mak aku selalu pesan, selalu berfikir kita berada di tempat orang lain supaya kita tak jadi org yang pentingkan diri. So, masa pagi aku sangat mencabar sebab bermain dengan masa dan timing, kalau aku terlewat mesti punch card aku pon jadi merah. Sebab dalam tempoh 7 hingga 8 pagi tu aku punya bawak kereta dah macam kereta lumba.
Tapi sebenarnya kadang aku rasa perlu ke aku bertarung nyawa hanya untuk sampai office sebelum jam 8?, tanggungjawab.. ye tulah jawapannya.. jadi aku cubala mana yang mampu. Kalau aku terlewat biasa aku tak keluar rehat, aku cover time rehat, walaupun orang tak tahu pon sebab punch card aku pagi tadi tetap merah kan? (sedih) Waktu balik pulak aku kena keluar on time. sebab jalan balik pastinya lebih mencabar, huhu poyo betul ayat aku, hehe, kalau aku lewat dan saing waktu puncak sure aku sampai rumah lepas magrib. Dah tu apa jadi anak aku kat rumah pengasuh kan? Nasib kalau suami aku sampai dulu aku akan msg akan sampai lambat so dia boleh datang ambil anak dulu. Dia pon balik kerja tak menentu, so aku pon kena faham suami mencari nafkah kan, so tanggungjawab urus anak amik anak aku juga perlu bantu. Kira sama-samalah buat mana yang sempat dulu.
Kenapa tak pindah dekat dengan tempat kerja? haa aku tahu mesti ni sume yang kalian nak tanya kan? isunya pengasuh. Mak aku dah 50an, aku tak sampai hati nak suruh mak aku jaga walaupun aku mampu bagi mak aku duit lebih sebab kesian kot, aku ingat pesan someone, dulu mak penat jaga aku, takkan sekarang di usia mak patut berehat aku nak suruh dia jaga anak aku pulak? tak patut kan. So aku pilih pengasuh yang aku kenal, dekat jugaklah dengan rumah, itupun recomended by my mom, sebab dah tahu cara dia jaga anak kakak aku, ada jugaklah mulut sumbang yang mempertikai aku tak nak hantar pada pengasuh yang dekat dgn office, sengaja susahkan diri sendiri, nadanya gini “Ala pengasuh mana mana sama je, kita kalau nak jadi ibu bekerja kena redha, hati kena kental, kalau bagus macam mana pon dia mengasuh tapi kalau benda nak jadi tetap jadi jugak tak kira kat mana”. Aku kalau orang ginilah aku diamkan je, malas la nak bertekak pendapat, kan cara hidup lain lain, why bother?
Sekarang pulak macam macam kes pasal kejadian di tempat pengasuh, so bagi aku kaji selidik pengasuh amat penting, sesuatu benda tu berlaku memang disebabkan ketentuan Allah, tapi kalau kita sendiri yang tak cuba nak usaha untuk mengelak, dengan menghantar pada pengasuh yang kita sendiri tak senang hati untuk pergi tempat kerja redha jenis apakah itu? Eh serius la kalau bertekak dengan golongan gini memang leh gaduh wey, so kesimpulannya aku tetap ikut pengesyoran mak aku. Sebab mak aku pesan, biar kita susah sikit demi anak, demi nak pastikan anak berada dalam jagaan yang baik dan tak meragukan. Dan aku percaya apa yang baik nasihat dari mak aku perlu ikut. Aku pun nak duduk dekat dengan keluarga, yela kalau duduk dekat mungkin dapatlah kita menabur bakti lebih sikit kat mak ayah kan bila ada masa. Keluarga suami aku pon duduk berdekatan rumah aku, sebab tu pun banyak benda aku ambil kira untuk memilih duduk dekat dengan family dan pengasuh berbanding duduk dekat dgn tempat kerja. Hidup ini bukan sekadar pikir pasal kerja je kan? setuju?
Sampai rumah kira kira jam nak pukul 7, biasa mak aku akan call suruh ambil lauk kat rumah, sebab dia tahu mungkin aku tak sempat. Itulah ibu kan? kita ni konon nak dekat dengan dia nak berebut bebakti kat dia. Tapi dia yang tak habis habis tabur jasa pada kita. Ya Allah moga diizinkan aku berbakti dengan ibu ayahku lebih lama lagi dan di akhirat kelak mohon berikan ganjaran pahala dan syurga tertinggiMu buat mereka ya?. Amin.
Kadang sebab segan aku selalu mengelak, aku cakap nak pergi makan luar, yela segan la hari hari amik lauk rumah mak, lagipun sian gak kat suami aku dia mesti nak rasa air tangan masakan aku kan, so since suami aku jenis tak kisah, apa saja dia bedal, kadang balik tu masak apa yang sempat je cam telor goreng, tumbuk lada buat sambal asam, makan dengan nasi panas buh kicap!.. pehh sedap weyy..
Cuma cara aku nak kurangkan segan amik lauk aku akan bagi mak aku duit lebih selain duit bulanan (ala mana yg mampu je wey, selalu aku pikir bilalah rezeki aku nak jadi cam dato alif syukri so bolehla aku hadiahkan emas dan duit byk kat mak aku kan? eee just berangan pon dah best! harap ada rezeki.nanti!) Aku percaya mesti kalian selalu rasa apa aku rasa. Rasa tak cukup masa untuk berbakti dengan mak ayah, rasa duit tak byk lg nk bg mak ayah. Antara nya sebab inilah, sebab jarak kerja yang terlalu jauh.
ok berbalik pada rutin aku, lepas makan sume macam biasalah siapkan barang untuk esok kerja, kemas rumah, buat kerja rumah, main main ngan anak, scroll sosial media beberapa ketika , suami aku rajin gak bantu tapi aku pon tahu dia pon penat, so sama samalah kita. Kitaorang ini kerja jurusan teknikal so kerja banyak berfikir, pergi lapangan, jadi bila dah petang tu rasa macam penat tak bertenaga gitu. Tak tahulah kerja bidang lain camne, tapi aku rasa sume bidang sama je, dah nama kerja kan, kalau goyang kaki kat rumah yela tak penat. hehe. Kadang pernah kami anak beranak tertidur dari jam 8 mlm sampai aku sedar jam 2 , 3 pagi gitu bangun kejut suami solat isyak, tukarkan pampers anak, atau sambung buat kerja rumah yang terbengkalai. Maaflah jiran kadang terdengar bunyi jam 3 pagi dari rumahku tu sebab aku baru terjaga..huhu. Kadang aku balik lambat sampai tertidur dengan baju kerja sebab bateri kong sangat!
Kadang aku rasa seronoknya kalau dapat pindah office dekat dengan rumah, boleh sampai rumah awal, akan sempat masak utk suami, akan ada masa banyak dengan anak , serius talk kadang aku rasa malu pada diri, kadang tak sempat nak mengaji, kadang lama tak bukak Al Quran. sebab tulah terlalu leka dan sibuk dengan urusan dunia. Ya Allah ampuni kami ya, moga ada rezeki kami untuk lebih beribadah.
Kadang sedih sebab still belum dapat pindah, aku pelik kenapalah proses tu menjadi sukar sedangkan kekosongan tu ada. baiklah aku akan bersangka baik pasti Allah tahu apa yang terbaik untuk aku kan. Mungkin kena banyak sabar lagi. Aku cuba bayangkan hidup org lain yang rutinnya lebih teruk dari aku, PJJ, seminggu sekali jumpa anak bini, kurang kurang aku still jumpa keluarga aku hari hari kan? so nikmat apakah yg engkau dustakan? (selalu remind myself kena selalu bersyukur).
Please sekali lagi kalian tolong doakan aku ya? Aku harap kalau aku dapat pindah tempat kerja dekat
aku akan ada lebih masa untuk keluarga, untuk Allah dan untuk masyarakat macam jiran. serius tak sempat nak beramah dgn jiran wey, harap jiran memahami dan tak label kami tak bercampur orang. Kos sara hidup pon kadang tak larat nak telan tapi kena hadap gak, myk kereta ku sehari je RM25, tol sehari RM10, gaji ku pon bukanlah mewah mana tapi tulah kadang risau takut duit tak cukup sampai hujung bulan, kalau dapat office dekat tak terasa sangat kan tapi kalau opis jauh takut nak g kerja pon takde duit wey, siannn kan…
Oklah rasa lega sikit dah meluah, Aku doakan mereka yg kerja PJJ dipermudahkan urusan untuk kembali kepangkuan keluarga tersayang, yang kerja jauh belum dapat pindah atau still tak dapat pindah cam aku juga harap Allah permudahkan rezeki anda mencari rezeki demi kelangsungan hidup.. be strong ya semua! inshaAllah ada jalannya..dan ada rezeki menanti atas usaha keras kita yang ikhlas menyara keluarga.
Moga anak anak kita dibawah jagaan pengasuh juga sentiasa dalam lindunganNya, moga perjalanan kita pergi balik kerja juga Allah lindungi. InshaAllah amin. Terima kasih doakan aku, moga kebaikan juga akan kalian perolehi nanti, amin. Take care kalian, and stay positive ya! Doa yang baik baik, inshaAllah baiklah yang kita akan peroleh nanti. InshaAllah.amin
– Misha
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit
Akak so mcm mana skrg? semuanya okay tak??