Assalamualaikum semua. Terima kasih kepada iiumc kalau cerita aku ni disiarkan.
Kenalkan nama aku Shikin. Umur 33 Tahun. Sudah berkahwin selama 8 tahun dan ada 3 orang anak. Yang sulung 7 tahun, nombor dua 3 tahun dan si bongsu baru berusia 5 bulan.
Aku seorang surirumah sepenuh masa. Tapi dalam masa yang sama, aku ada jugak berniaga online secara kecil-kecilan. Ikutkan dah 4 tahun aku jadi housewife. Aku berhenti kerja sebab nak tumpukan perhatian pada anak aku.
Alhamdulillah aku happy hidup sebagai housewife walaupun sekali sekala ada jugakla rasa rindu kehidupan masa bekerja. Bukan sebab duit tapi sebab minat.
Aku ni dari kecil memang jenis bercita-cita tinggi. Jenis yang aktif dalam banyak aktiviti dari zaman sekolah sampaila ke universiti. Suami aku tak pernah halang aku untuk kembali bekerja atau aku fokus pada bisnes.
Tapi disebabkan pengalaman “buruk” anak sulung aku semasa bawah jagaan pengasuh dan pihak taska aku jadi sedikit trauma.
Jadi aku ambil keputusan untuk fokus pada anak-anak aku dulu sementara mereka masih kecil dan perlukan perhatian aku. Lagipun suami aku mampu menangung kehidupan kami 5 beranak.
Hidup kami sederhana saja tapi cukupla makan pakai. In sha Allah, aku plan bila anak aku semua dah masuk tadika dan sekolah aku nak fokus lebih pada bisnes pula. Nak expand bisnes yang aku ada sekarang.
Ni impian aku yang tertangguh. Sekarang memang tak cukup tangan aku nak handle semua. Tapi life sebagai housewife ni tak mudah sebenarnya. Mana dengan nak uruskan anak-anak, rumah tangga, bisnes online.
Anak-anak aku pula dari baby semua jenis suka melekat dengan aku. Jenis kalau aku jauh sikit mula la meraung macam kena pukul. Walaupun jarak kelahiran semuanya lebih 3 tahun tapi penat tu tetap terasa.
Aku dan suami memang merancang nak 3 orang saja anak. Sebab kami tahu kemampuan fizikal dan mental kami macam mana. Bukan menolak rezeki tapi aku tak mahu kehidupan anak-anak aku terabai.
Sekarang pun aku rasa kurang lagi didikan dan perhatian aku pada mereka bertiga. Yang sulung dah bersekolah. Dari zaman prasekolah memang akula yang banyak jadi cikgu di rumah.
Alhamdulillah anak aku yang sulung ni cepat belajar bila di ajar. Bila dah masuk darjah 1 ni memang aku tak risau sangat bab pelajaran dia. 3M tu dia dah kuasai.
Ni dah mula masuk sekolah lega sikitla aku. Ada cikgu yang mengajar dah kat sekolah. Aku dan ayah dia just jadi backup mengajar apa benda dia tak faham dekat rumah saja.
Anak kedua aku pula memang lain dari lain. Maybe sebab dari baby aku jaga sepenuhnya so manja dia tu lain macam sikit. Ke anak nombor dua memang macam tu? Hahaha…
Dia ni jenis terlebih aktif, banyak akal dan jenis tak makan saman. Yang suka buat hal, sepahkan rumah, tumpahkan air, makanan memang yang no.2 ni. Memang tak pernah la dalam sehari tak menguji kesabaran aku dengan kerenah dia.
Tapi diala yang paling manja dengan aku dan yang paling menceriakan suasana. Yang bongsu masih lagi baby.
Yang si kecil ni tak boleh nak berenggang langsung dengan aku. Siang tido tak pernah nak lelap lama-lama. Kadang baru je aku tinggal sekejap nak buat kerja rumah atau packing barang nak pos, terus buka mata nangis. Macam ada antenna kat kepala. Huhu…
Sudahnya, aku banyak duduk dengan dia je. Boleh berhenti sekejap buat kerja hakiki macam mandi, solat, makan dan pergi toilet. Tupun semua cepat-cepat.
Nak mandi pun kadang macam mandi koboi dah aku rasa. Tak tenang bila anak dah mula menangis menjerit macam kena pukul.
Bab makan, dulu tak ada baby, aku sempat masak setiap hari. Sekarang, siang hari aku beli. Memasak aku buat malam je. Sebab suami aku ada kat rumah.
Nak membeli setiap masa memang tak mampu la. Zaman covid ni kena juga berjimat. Husband aku masih ada kerja pun dah bersyukur sangat.
Bab membasuh, sidai dan lipat baju memang husband aku yang buat lepas dia balik kerja. Malam aku masak, dia boleh jagakan anak-anak. Tupun menu simple je.
Masa ni la baru sempat nak kemas rumah apa. Aku bersyukur sangat sebab suami aku ni jenis yang rajin tolong aku buat kerja rumah.
Memang awal-awal anak aku masuk sekolah ni aku kelam kabut sangat nak ambik hantar semua. Pagi kafa. Petang sekolah kebangsaan. Mungkin bila dah lama sikit dah biasa ok kot.
Tu belum kira yang si baby ni tak boleh duduk carseat sangat masa aku drive. Baru drive je dah menangis meraung. Sekali dengan aku rasa nak nangis sama bila stuck dalam traffic jammed. Struggle is real.
Sampai sekarang aku buntu macam mana nak kurangkan tangisan baby aku ni. Macam sawan tangis pun ada. Aku cerita dekat sini bukanla aku nak mengeluh.
Tapi aku tahu mesti ada juga ibu-ibu yang hadapi situasi yang “struggle” macam aku setiap hari. So, kalau korang ada cadangan supaya mudahkan kerja harian aku ni tolong la bagi cadangan.
Aku tak nakla life aku ni asyik emo dan stress je setiap hari. Bila emosi tak stabil mula la aku nak marah-marah. Tak bagus untuk mental health aku. Umur baru 33 tapi aku dah nampak macam 40 dah.
Huhu… entahla bukan aku tak nak bercantik apa tapi nak bersiap pun kena cepat-cepat. Kadang aku rasa jugak kurang keyakinan diri dengan penampilan aku.
Dulu, terasa la jugak kalau orang asyik panggil aku “kakak” walaupun orang tu muda lagi dari aku. Tapi lama-lama aku tak kisah dah. Aku try positifkan diri yang semua ni adalah ibadah. Berkhidmat untuk keluarga. Ada ganjaran pahala bila aku ikhlas.
Aku cuma harap aku dapat jadi ibu yang baik untuk anak-anak aku. Bukanla ibu yang perfect serba serbi sebab aku tahu aku tak mampu.
Cukupla kalau aku dapat bagi ilmu dunia akhirat yang mencukupi untuk mereka, dapat didik jadi anak yang baik akhlak. Sekarang ni aku rasa walaupun aku tak bekerja aku macam tak dapat manage dengan baik.
Tak tahu nak adil dalam bahagi masa dan perhatian pada setiap anak. Sekarang anak aku yang sulung memang dah berdikari sendiri. Bila dah sekolah ni, baju-baju sekolah dia pun husband aku siapkan. Iron semua.
Aku sejak busy dengan baby memang kurang masa dengan dia. Kesian jugak dekat dia. Yang nombor dua aku ada pikir nak buat aktiviti montessori dekat dia tapi kekangan masa. Baru nak ajar main, baby dah nangis.
Aku memang tak ajar anak-anak aku dengan phone. Tapi bila abang dia dah sekolah dia mula bosan. Selalu boleh main dengan abang. So dia minta nak tengok tv. Tu pun tengok sekejap je dia dah bosan mulalah dia huru-harakan rumah.
Aku kesian jugak dekat dia. Aku nak spend masa dengan dia cuma tunggu baby besar sikit dan kurang menangis aku nak fokus dekat dia juga.
Tolong doakan baby aku kurang menangis dan mudahkan urusan aku ya. Bagi aku pendapat dan cadangan membina agar aku dapat perbetulkan mana yang kurang.
– Shikin (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit