Dilema Menantu

Aku menantu, suami aku anak tunggal, dah ada tiga orang anak, dan aku tinggal dengan mertua.

Apa dilema aku?

Aku berhasrat nak tinggal asing dengan mertua sebab aku dah tak tahan dia suka tuduh aku benda yang aku tak buat.

Dia juga suka cakap dengan anak aku yang aku ni marah dia, yang aku suka lawan cakap dia, dan aku ni tak sedar diri.

Mula-mula aku sabar, tapi sekarang aku rasa macam aku tak boleh sabar lagi. Selama hampir 10 tahun aku tinggal bersama, aku diamkan sahaja apa yang dia cakap pasal aku.

Terutama pada perkara yang dia rasa aku salah buat, pada dia aku tak boleh buat perkara itu. Jadi, aku cuba untuk ikut apa yang dia nak.

Tapi kalau korang, sanggup tak nak jadi acuan mertua kau, sedangkan kau sendiri teringin nak buat apa yang kau rasa kau nak buat? Contoh paling simple, aku nak didik anak aku cara A, tapi dia suruh aku didik cara B.

Aku sendiri rasa yang aku tak dapat jadi mak untuk anak-anak aku. Anak-anak aku dengar cakap mak mertua, patuh dengan dia. Tapi anak aku tak patuh aku dan cakap kena dengar cakap nenek berbanding mak sendiri.

Memang menyirap aku ni. Sebenarnya banyak perkara yang mak mertua aku cakap yang tak elok pasal aku, padahal aku tak buat.

Apa saja kerja rumah, aku yang buat. Masak untuk dia pun aku buat.

Tapi, salah aku sikit pun dia nak marah macam aku selama ni jahat sangat.

Aku teringin nak pindah rumah, kerja, jauh dari mak mertua.

Tapi kalau aku nak ajak suami aku, siapa nak jaga mak mertua aku?

Dilema, kan?

Korang sendiri, sanggup ke nak tinggal sebumbung, hadap je fitnah yang dia cakap dekat suami dan anak kau, sedangkan kau tak buat?

– dilema menantu (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

4 Comments

  1. Tumpang simpati.Kamu dah tersalah pilih suami.

    Patut dari awal sebelum khwin bincang betul2 buat perjanjian nak duduk mana.Sekiranya dia langgar kontrak..jatuh cerai.

    Makanlah hati sebab dah kena tipu dgn suami kan?suami ko kahwin dgn ko tgk cara mcm nak jadikan ko kuli je

    • deffensive nya cara awak reply. patutnya bagi semangat atau bagi jalan penyelesaian. untuk penulis, saya harap awak jangan tangguh lagi, beranikan diri bersuara kepada suami untuk keharmonian keluarga kamu sendiri. bagi suami faham situasi kamu, kalau rasa berat, carilah rumah yang masih dekat dengan mertua, sekurangnya, suami kamu boleh menjenguk mak nya pada bila-bila masa dan kamu masih ada privacy di rumah kamu sendiri. kamu kene ingat, in bukan keputusan terbaik hanya untuk kamu, ini juga untuk kelurga kecil kamu akan datang, elok lah mencorak didikan kamu sendiri kepada anak agar mereka mengerti bukan menghakimi kelak.

  2. Kak hidup ni pilihan kita. Kalau dah tak tahan tinggal dengan mertua keluar dari rumah. Pindah.

    Bagitau suami, kalau tak jalan, bawak pergi mahkamah syariah. Jangan sampai diri kak yang teraniaya..orang lain mungkin nampak remeh, tapi orang yang alami akan faham.

    Dulu kami pn tgl dengan mertua, tapi kami pindah. Sebab tak tahan macam kak la. Kena dengar cakap, tak boleh buat keputusan sendiri, dan macam-macam lagi..alhamdulillah sekarang semua ok.

  3. mintalah nafkah tempat tinggal dari suami puan,
    sekiranya dia berdegil beritahu hak2 puan sebagai isteri dia.
    nafkah tempat tinggal sudah termasuk. asingkan tempat tinggal, sewa kediaman lain yang berdekatan, sebelum mental anda makin terjejas..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *