Assalamualaikum dan salam sejahtera. Terima kasih admin kalau siarkan. Confession ni lebih kepada nak minta pendapat readers.
Aku, Mawar. Berusia 25 tahun. Aku bernikah awal tahun ni. Berhenti kerja dan ikut suami berpindah ke pantai timur memandangkan dia bekerja di sana.
Sekarang ni aku jobless, tapi masih meneruskan mencari kerja. Aku ada terfikir untuk buat part time sebagai agen jualan, tapi setiap pekerjaan tu ada banyak perkara yang aku fikirkan. Aku ringkaskan di sini :
1. Produk makanan dan minuman
Sejak kebelakangan ni produk makanan dan minuman bagai cendawan tumbuh selepas hujan.
Tapi pemerhatian aku, produk kategori ini kebanyakannya tak berapa berkhasiat contohnya banyak kandungan gula, coklat dan cheese yang mana memang tak bagus untuk kesihatan.
Aku rasa bersalah kalau makin menggalakkan rakyat Malaysia consume makanan sebegini dan menjadi punca semakin ramai rakyat Malaysia menghidap obesiti.
p/s : Produk makanan minuman yang aku cakap ni, memang kaw2 dia punya gula/ coklat/ cheese.
2. Produk kosmetik
Produk kosmetik sekarang pun berlambak di pasaran. Dan banyak jugak produk kosmetik jenis timbang kilo, yang mengandungi bahan berbahaya.
Yang itu aku memang bantah untuk sesiapa jual dan pakai. Tapi sebenarnya aku tak pernah terfikir lagi untuk jadi agen produk kosmetik.
3. Personal shopper
Aku baru je berniat nak jadi personal shopper satu syarikat ni.
Beberapa hari selepas tu, aku nampak ada orang post dekat Facebook mengatakan syarikat ni bersengkongkol atau menyambut baik gologan LGBT (Dorang ada buat program apa entah. Aku tak ingat).
Masa ni jugak aku rasa kecewa. Padahal sebelum tu aku dah macam yakin untuk jadi personal shopper.
Ya, aku tahu. Korang akan cakap, “Biarlah. Dorang yang nak pakai, nak makan, nak guna. Badan dorang, bukan kita.”
Sejujurnya aku tak berapa berkenan dengan jawapan ni. Seolah-olah melepaskan diri dari rasa bertanggungjawab. Padahal aku akan menjadi perantara untuk urusan jual beli tu berlaku.
Dan satu lagi, mesti ada yang cakap, “Kalau macam tu, carilah produk makanan yang berkhasiat, produk kosmetik yang selamat, personal shopper dari syarikat yang bersih”.
Tapi masalahnya, nak mencari rasa keserasian dari pelbagai produk tu bukanlah perkara yang mudah. Kita mestilah kena rasa yakin untuk buat jualan, untuk buat promosi, bukan sekadar tangkap muat.
Buat promosi bukan sehari dua dah ramai pembeli. Ia perlukan masa dan konsistensi yang tinggi. Kalau rasa tak serasi, macam mana nak bertahan lama.
Aku harap ada readers yang faham apa yang aku cuba sampaikan. Dalam dunia sekarang, aku yakin nak cari sumber rezeki (pekerjaan) yang berkat bukanlah mudah.
Kita bukan setakat kena cari rezeki yang halal, tapi juga kena berkat. Aku percaya keberkatan rezeki tu akan membuahkan kehidupan yang baik, yang diredhai Allah.
Moga2 readers sudi melontarkan buah fikiran dan pendapat yang baik.
Terima kasih semua.
– Mawar (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit