Dilema Middle Age

Harini aku pergi kenduri kahwin seorang kawan zaman belajar. Diusia 38 tahun dia baru menemui jodoh. Ada yang cakap kahwin lambat.

Tapi yang aku nampak jodoh dia sampai di waktu dia stabil. Bersedia. Kewangan, karier, insha Allah stabil emosi juga.

Bila pergi kenduri kawan ni umpama majlis reunion secara tak sengaja. Jumpa balik kawan-kawan zaman belajar. Seronok. Bersyukur masih ada rezeki jumpa semua.

Tapi jauh di sudut hati aku sayu. Melihat kawan-kawan seusia semua berjaya, stabil dan bahagia, aku gembira.

Tapi aku sayu mengenangkan diri sendiri.

10 tahun lepas aku memilih untuk berniaga dari bekerja makan gaji. Mungkin tak cukup usaha, tak cukup ilmu di dada, bisnes aku biasa-biasa saja.

Lepas era pendemik melanda, bisnes lagi huru hara. Simpanan hampir tiada. Fasa bertahan jadi fasa bermula semula. Perit. Satu-satu kena letgo sebab nak teruskan hidup.

Rasa nak kerja makan gaji semula. Tapi selepas sedekad lamanya, apa kerja yang aku boleh buat agaknya.

Kalau compare dengan kawan-kawan, 10 tahun lepas mereka dah struggle dalam karier. Dulu dah bergaduh dengan bos, dah stress dengan politik ofis.

Sekarang zaman mereka menikmati hasil kegigihan sepuluh tahun lepas. Dah tahan maki. Mungkin 5-6 tahun lagi ada yang naik pangkat jadi pengarah, pengurus, profesor, specialist dan lain lagi.

Sedang aku masih fasa struggle nak stabilkan hidup.

Lucu tau dah nak 40 masih pening simpanan tak cukup, umrah haji belum pergi apatah lagi nak holiday sana sini. Lamberttt lagi. Huhu.

Sungguh aku gembira dengan kawan-kawan. Takde dengki. Cuma beremosi dengan pilihan sendiri.

Bila difikirkan balik takde pun rasa menyesal. Sudah diaturkan pilihan begitu. Hadaplah dengan sabar.

Orang kata bila masuk umur 35 tahun ke atas kita akan diuji dengan kesihatan, kewangan, hubungan dengan orang sekeliling dan macam-macam lagi yang tak terjangkau fikiran. Middle age crisis.

Dulu tak percaya. Bila dah rasa sendiri, yelah. Betul lah tu.

Orang yang nampak stabil duit, kita tak tau ujian dia macam mana pulak kan.

Kita ni mujurlah ujian duit takde je. Mujur badan kita sihat, anak isteri sihat. Mujur. Janganlah tambah lagi. Tak terdaya dah rasa.

Pesanan aku, kalau kau memilih untuk berniaga lepas habis belajar. Buat betul-betul, buat sungguh-sungguh supaya 10 tahun akan datang kau sedang menikmati hasil. Tiada rasa sesal.

Sebab berniaga ni susah. Bila jatuh tu jatuh sampai tersungkur. Nak bangun balik tu masha Allah payah ya. Ia jalan yang sangat perlukan tinggi tawakal nya.

Aku doakan pada siapa yang melalui kesulitan seperti aku sekarang, bertahanlah.

Buat lah apa sahaja yang boleh masuk duit. Carilah apa sahaja lubang dan peluang masuk duit. Asalkan halal, usaha terus. Berdoalah jangan berhenti. Masa kita akan tiba. Yakinlah.

Masa depan itu menakutkan…

– Riz (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *