Dilema Miskin dan Mental

Assalamualaikum wbt… Saya ingin mencari kekuatan di sini dengan sedikit masalah yang ditimbulkan, semoga ada mereka yang sudi memberi kata-kata yang sesuai dengan situasi saya..

Siapa yang suka miskin… Siapa yang mahu jadi mental… Adakah ini pilihan… Atas sebab sikap diri itu sendiri.

Saya ibu tunggal dengan 5 orang anak yang masih kecil… Memilih untuk tidak bekerja… Banyak alasan barangkali, mungkin juga malas, atau yang sebenarnya saya tak boleh hadap kerja yang banyak akan rasa tertekan dan serabut…

Jadi, menguruskan anak2 juga tugasan yang mencabar jika melebihkan masa pada mencari pendapatan, anak-anak terabai.

Itulah yang menyedihkan… Saya lihat ramai orang boleh… Anak kecil bukan alasan… Anak ramai bukan bebanan… Tapi, saya tahu kemampuan saya tak boleh.

Sedih jika saya nak katakan saya tiada pendapatan. Jika isi borang pendapatan penjaga pada borang sekolah saya terpaksa mereka pendapatan kecil dengan berniaga tapi saya tak berniaga…

Malu nak mengaku di sini memandangkan ruangan ini banyak dinilai dan diikuti oleh mereka yang bekerjaya baik…

Jadi, saya ada rasa diri ini hina… Kerana miskin. Bagaimana saya cukup makan pakai kerana duduk dengan ibu ayah… Alhamdulillah, mereka masih sihat.

Tapi saya sering merasakan mereka itu hanya pinjaman buat saya dan akan pergi tak lama lagi… Saya bagaikan masih bergantung pada ibubapa dan itu suatu hal yang sangat teruk kerana usia saya sudah mencecah 30an.

Dengan usia begini sangat ramai yang sudah berjaya… Ada keluarga dengan simpanan yang baik. Ada rumah dan kereta yang selesa bahkan bertambah aset… Ya itulah kehidupan kakak abang dan adik saya…

Saya yang begini ada pula rasa hasad cemburu… Dengan kakak sendiri pun cemburu… Melihat rumah banglonya, kereta mewahnya, itu ini kesana sini bagai mudah saja dengan pendapatan yang tinggi…

Dan sebenarnya mulutnya agak busuk, dia sering mengatakan saya banyak menyusahkan ibu ayah. Dia mula membenci diri ini selepas saya berkahwin… Dengan seorang lelaki yang kurang adab…

Tapi saya sahaja yang tahu kasihnya lelaki itu sehingga boleh anak 5… Dia je yang boleh terima saya seadanya kerana saya pernah diserang kemuringan kronik di masa muda akibat konflik di tempat kerja…

Tapi, jodoh kami setakat itu, dua tahun lepas saya terpaksa memohon fasakh kerana dia terlibat dengan penagihan dadah. Sungguh saya tak kuat dengan perceraian tapi saya bersyukur masih ada ibu ayah yang memberi sokongan.

Bekas suami tidak memberi nafkah dan keluarga dia pun tak mahu ambil tahu hal kami lagi… Walaupun ternyata anaknya begitu masih dirasakan anaknya mengambil sebab tertekan hidup denganku. Sekarang bekas suami ada gangguan mental kerana dadah.

Jadi, saya kasihan pada anak-anak jika mereka tahu punca perceraian ini. Tahu bercerai pun ambil masa mereka nak gembira kerana ayahnya tiada disisi lagi…

Saya juga memikirkan adakah anak-anak saya akan mudah mendapat gangguan mental dan lemah semangat kerana ibubapanya begitu… Harapnya tidak tapi, ada yang kata mental ni boleh jadi genatik. Sedih.

Saya pula jenis yang pasif banyak negatif dan suka bersedih… Memang ada memberi kesan kurang baik juga pada anak-anak.

Mereka juga sering tidak mendapat sesuatu yang saya tidak mampu berikan sedangkan mereka terdedah melihat sepupunya mudah dapat.

Namun tok dan tokwan tak kedekut pada cucunya ini… Biasanya akan dibelikan mainan dan pakaian mereka. Hal ini pun boleh menjadi cemburu cucu lain sedangkan mereka ada lebih lagi..

Sebenarnya nak tahu pandangan orang tentang diri ini… Mungkin mereka tak mahu ambil tahu pun jadi tiada apa nak diperkata tentang saya.

Tapi saya sering rasa rendah diri kerana miskin ini.. jika ke pasaraya terhad sahaja barang dibeli cari yang murah sahaja… Dengan sedikit bantuan kerajaan seperti bpr dapatlah berbelanja lebih sikit…

Cuma itulah, saya rasa kerdil je berbanding mereka yang berpendapatan tinggi dengan jawatan besar… Bukan tak bersyukur tapi itulah hati manusia selalu merungut nak lebih.

Isu lain, orang akan nilai miskin sebab malas… Malas usaha dan malas ibadah juga. Ya, tak dinafikan… Tak tahu bila akan berubah… Jika mati tiba-tiba sungguh rugi.

Yang penting sekarang mahu anak-anak membesar sihat, gembira dan berjaya dunia akhirat. Alhamdulillah semua yang baik dari Allah. Saya kira setiap orang akan diuji dengan cara tersendiri.

Kadang kala saya tahu banyak tips untuk berjaya dan bahagia tapi tak mampu buat. Bila rasa sangat ketinggalan mulalah rasa dipinggirkan sepi… Sehingga alpa ada berkat ibu ayah untuk di syukuri disantuni…

Maaf dengan coretan picisan ini, moga ada yang faham apa yang terbuku di hati ini.

Terima kasih.

– Sis Lara (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *