Dilema Nak Teruskan Kerja Atau Jadi SAHM

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.. Hi nama saya Kentang. Saya dah berkahwin dan mempunyai seorang anak perempuan berusia 1 tahun.

Suami saya kerja buat bisnes online sambil jaga anak dekat rumah sebab kami ada trust issue nak hantar anak ke pengasuh. So dia bekerja dari rumah dan saya sambung bekerja selepas habis pantang.

Kami teruskan hidup seperti biasa, saya keluar bekerja dengan harapan dapat membantu ekonomi keluarga, alhamdulillah suami izinkan dan semuanya cukup.

Long story short, setelah berpuluh kali pergi temuduga akhirnya suami saya lulus dan diterima sebagai penjawat awam. Rezeki dia yang tak pernah putus asa, alhamdulillah saya tumpang bahagia.

Situasi sekarang, saya dalam dilema sama ada nak teruskan bekerja atau menjadi suri rumah.

Saya sayang pekerjaan saya tapi dalam masa yang sama saya tak berapa nak harap orang jaga anak saya lebih-lebih lagi sekarang banyak kes yang melibatkan kecuaian pengasuh.

Dan satu lagi, saya juga pernah terfikir jika saya berhenti bekerja, saya bimbang ekonomi keluarga kami merosot dan tidak mampu menampung kehidupan yang semakin keras ini.

Pernah juga terlintas nak cuba buat bisnes online tapi saya pula kurang berkeyakinan.

Jadi saya mohon nasihat atau pandangan dari pembaca semua tentang dilema saya ini.

Saya masih dalam mencari keputusan dan jika saya ditakdirkan menjadi SAHM, tolong bagi saya kata kata semangat terima kasih.

– Kentang (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

3 Comments

  1. Jangan berhenti kerja. hantar anak ke pengasuh. kena berserah pada Allah. kalau dalam jagaan sendiri, kalau ditakdirkan anak tu cedera, akan cedera juga. Ramai lagi orang luar sana hantar ke pengasuh. Semua sayang anak.

  2. Tanya suami awak boleh ke dia provide keperluan awak kalau awak berhenti. Tak pun ambik alih kerja suami sebelum ni.

  3. if nak jd housewife boleh tapi biar la menyumbang ekonomi jugak. sbb apa apa jd kemudian hari, u ada duit sendiri. kalau takut hantar pengasuh, u jd housewife and buat ngasuh anak anak org lain. dapat jugak duit kalau tak reti nak berbisnes online.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *