Dilema Orang Berusia Nampak Muda

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Aku bukanlah meluah sebab tak bersyukur atau sebab tak menghargai. Tapi nak berkongsi dilema yang kami para-para ‘Mudawan’ rasai.

Bacaan santai saja ya luahan ni. Aku berumur awal 40-an, sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak. Baru-baru ni aku terscroll satu komen kat FB tentang dilema orang-orang yang usianya tak sepadan dengan wajahnya.

Orang kata muka muda, sweet 17, muka tak makan umur. Komen-komen tersebut mendapat sambutan orang-orang yang sama seperti dia termasuklah aku. Selama ni mungkin sukar aku nak jelaskan, dan orang-orang macam kami ni, mungkin susah juga nak terangkan.

Muka muda tak sepadan dengan usia ni, bukan saja-saja orang macam kami ‘claim’. Ramailah yang berkata, ‘syukur lah, muka macam tu, syukurlah badan macam tu’ dan macam-macam komen lagi yang kata kami perlu bersyukur.

Sebenarnya bersyukur saja, tapi mungkin yang jenis muka tak berapa nak muda ni, tak pernah lalui apa yang kami rasa.

Orang-orang yang kecil macam kami, dengan wajah ‘muda’ begini, kerap merasakan tak dihormati, rasa rendah diri, rasa ‘kecil’. Mungkin para pembaca akan rasa lebih jelas jika kenangan lalu aku ceritakan.

Aku ingin imbas kembali pengalaman-pengalaman berhadapan dengan situasi ‘muka muda’ ni.

Sewaktu aku berumur 25 tahun, aku berjalan kaki ke tempat kerja dan sekumpulan budak sekolah menengah sedang lepak di bawah sebatang pohon. Bila aku lalu disitu, mereka bersiul-siul dan mengurat aku.

Siap kata “dik, mari abang bawak naik motor”. Wah-wah! Aku tegur yang aku ni dah berumur. Tapi mereka tak percaya malah disakat aku lagi adalah.

Pada umur dalam 28 begitu, aku menaiki bas dari Pulau Pinang ke TBS. Sewaktu pemeriksaan tiket, aku tercari-cari tiket aku dimana, sebab masa tu aku pakai baju banyak poket.

Tiba-tiba aku disergah oleh orang dengan suara yang lantang. Katanya “takkan muda-muda dah lupa letak tiket dekat mana!”.

Tersipu malu aku dekat situ dan aku mengaku salah aku. Dia marah tu seolah-olah aku ni budak sekolah menengah, bukan seorang dewasa yang sedang berhadapan dengan dia. Aku juga pernah bekerja di sebuah Menara terkenal di Kuala Lumpur.

Dalam Menara tersebut, kami berkongsi dengan banyak syarikat Antarabangsa.

Setiap kali aku terserempak Orang putih dekat lift, mereka akan kerumun aku dan bertanya, aku ni umur berapa, kenapa nampak muda sangat, apa rahsia dan lain-lain. Aku siap cakap, orang Asia muka memang macamni.

Mereka kata pernah nampak, tapi tidak se’muda’ aku. Aduhaiii… Aku ingat kalau dah berkahwin, sumpahan ‘KeMUDAan’ tu akan hilang, malah masih berlaku lagi.

Teringat sewaktu lepas bersalin. Aku ni beranak dekat hospital swasta dan dah tentu rekod check-up aku tak ada kat hospital kerajaan. Anak aku kena Jaundice 3 hari dan aku refer ke Klinik Kerajaan memandangkan aku berpantang di kampung.

Kalau kat kampung, ada nurse akan datang rumah buat lawatan dan check-up. Hari pertama okay, nurse sangat baik. Hari kedua, ada seorang nurse datang rumah aku.

Masuk bilik aku tak bersalam, dengan nada sangat berlagak, dia mengarahkan aku tunjuk lengan untuk dia ambil bacaan tekanan darah.

Cara dia cakap tu, macam aku budak sekolah rendah. Lepastu dia siap arahkan aku untuk selak kain nak check luka.

Ayat dia, muka dia, jelingan dia dan intonasi dia cukup-cukup buat aku geram. Lepastu, aku jawap, “saya tak ada luka bawah”. 

Nurse tu menyeringai dan cakap, “dahtu, awak beranak ceaser ke?”

“Iya.” Aku jawab ringkas.

“Kenapa pulak? Apa masalah sampai kena beranak ceaser?”

“Tak ada masalah. I elective ceaser”. 

Terus dia macam tersipu. Dia tengok keliling bilik aku banyak nota akademik bertampal lepastu dia terus keluar bilik.

Dia pergi berborak dengan Mak Mertua dan suami aku. Dia tanya aku ni kerja kat mana, kenapa banyak nota dalam bilik, gaji berapa boleh kerja sambil belajar. Sampai tahap itu ya.

Tukang urut yang datang rumah aku pun ada cakap, mula-mula dia ingat aku ni budak sekolah rendah. Kalau ikut tinggi, tinggi aku ni average perempuan Asia (157cm), berat pula dalam 40kg. Tapi tulah, mungkin rupa aku.

Ingatkan lepas berpantang, aku dah kelek anak tak jadi lagi. Tapi terjadi juga ya tuan-puan. Suatu hari aku pergi ke Mini market, belanja dapur.

Anak aku masih kecil waktu itu. Umurnya dalam 2 tahun macam tu. Ada seorang makcik ni tiba-tiba menyapa aku “Muda-muda dah kahwin ya”.

Aku pun jawap “Saya ni kahwin umur 34 tahun makcik. Umur muda tu, umur berapa?”.

Terus terkedu makcik tu. Ya tuhanku, aku ni kahwin umur segitu pun kena pandang serong. Apabila aku habis belajar, aku pindah kerja ke satu organisasi yang besar.

Dekat ofis aku sekarang, peratusan orang muda (20an-30an) dalam 40%. Peratusan yang pertengahan macam umur aku ni (40an-45an) tu dalam 20% dan lain-lain adalah mereka yang berumur 50an dan menunggu pencen.

Aku ingat kerja dalam bidang professional ni, tak adalah orang pandai ni main sentimen ‘muda-tua’. Tapi itu hanya sangkaan belaka.

Bayangkan 40% pekerja muda kat tempat aku tu, tapi nama aku selalu dipetik kerana aku ‘muda’, jadi mereka yang toksik-toksik tersebut suka merasionalisasikan ‘KeMudaan’ aku tu.

Ada seorang ‘superior’ aku ni datang berbincang dengan beberapa orang lagi termasuk aku.

Dia cakap dia ada idea hebat nak buat itu, ini peringkat Antarabangsa. Aku memuji beliau punya inisiatif. Tiba-tiba dia cakap “Kau kena buat ya, sebab kau muda”.

Istighfar panjang aku dengar. ‘Superior’ aku ni pernah malukan aku depan ramai subordinate. Dia cakap “tengok ni, orang paling muda, tetapi paling manja”.

Gila kan? Aku boleh dikatakan ‘all rounded person’.

Rasanya banyak kerja aku buat merentas jabatan dan selalu diminta tolong oleh ‘superior’ lain. Orang atasan pun kebanyakan masa memang minta tolong aku sampai aku kepenatan dan anxiety sebab tak reti menolak. 

Masa dia cakap ‘aku paling muda’ tu, dia ni tak sedar ke yang ramai lagi orang jauh lebih muda kat jabatan aku? Yang superior lain tak nak minta tolong dengan alasan budak-budak tu tak boleh harap.

Akhirnya muka aku yang muda ni ‘menjustify’ kan perbuatan dia. Aku bukan nak ‘shaming’ kan dia ya.

Aku pernah tertengok gambar ‘superior’ aku ni masa umur 34 tahun (dia yang tunjuk). Masa aku tengok tu, memang macam makcik-makcik sangat.

Jadi bila aku cuba ‘make sense’ dengan orang-orang muda kat jabatan aku (umur 20an-30an), memang air muka mereka dan fizikal mereka nampak sangat-sangat berusia.

Sebab itu agaknya, yang guna ‘awak orang muda, awak orang muda’ ni, fikir aku muda. Sebab masa dia muda dulu dia dah nampak macam makcik-makcik.

Bayangkan, beraya ke rumah saudara mara masih lagi mendapat duit raya dan diberi nasihat belajar rajin-rajin.

Masa tu, suami pegang anak aku. Aku ni beratur dengan anak-anak buah yang masih belajar dan bersalam. Tiba-tiba duit raya dihulur ke aku, dan dititip pesan, belajar rajin-rajin.

Anak-anak buah aku yang beratur sekali tak dapat duit raya, berpesan pun tak ada. Raut muka budak-budak sekarang kan matang. Aku pula, orang sangka muda padahal menjengah ke usia 40 waktu itu.

Dipanggil adik di kebanyakan tempat tu biasa. Pernah disergah dan dimarah oleh staff kerana menyangka aku pelajar pun banyak kali terjadi. Dipanggil rapat oleh pegawai atasan pun pernah, dengan pertanyaan “dah kahwin ke”.

Aku kalau berfashion ala-ala budak sekarang, mungkin sukar nak bezakan umur. Tapi aku mengambil jalan pakai fashion orang tua dan nampakkan sedikit diri itu berusia. Aku ‘firm’ dan tegas jika bercakap supaya nampak la aku ni umur dah segini.

Kepada yang senasib, mungkin cerita ini beri gambaran pada mereka di luar sana, kita juga punyai ‘struggle’ sendiri. Kami bersyukur dengan nikmat ini, alhamdulillah.

– Tumit Merah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

2 Comments

  1. Been there too.. nampak muda walaupun umur dah cecah 30an sampai budak2 umur 20an tak ada rasa hormat, sometimes layan kita mcm kita baya2 diorg je.. sy 30an dan dah ada 3 org anak tp physical and appearance tak nampak mcm dah ada anak 3 dan 30an. Sy buat benda yg sama dalam percakapan firm dan tegas nak membezakan kami. kadang2 senior pun layan sy mcm budak2 sedangkan im a mom with kids. Sy kerja dalam bidang professional juga.

  2. Rasa orang yang selalu nampak muda dari usia ni, Orang selalu nampak muka dia tak matang ataupun baby face. Saya selalu juga terkena, kadang2 terfikir kenapa orang selalu ingat aku student tgh study, tapi dah 30s mmg aku nampak tak matang ke. Sampai sekarang tak terjawab. Bersyukur jelah Allah bagi rupa yang tak makan usia, tapi kena ingat yang muka awet muda pun tak terlepas dari dimamah usia suatu hari nanti

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *