Dilema Orang Bujang Tentang Perkahwinan

Assalamualaikum semua. Pertamanya, aku ni lelaki umur 27 tahun. Masih bujang.

Post ni aku untuk minta pendapat kawan-kawan pasal perkahwinan. Aku dah mula rasa kalau kita takde duit, sebenarnya tak perlu pun kahwin.

Maknanya selagi nafsu kita ni tak sampai kita nak berzina dan merogol orang lah. Zaman sekarang bujang ni takpe je aku rasa.

Aku start rasa macam tu bila ada kisah dua member aku, sorang yang dah kahwin, sorang lagi yang sedang bercinta.

Yang dah kahwin ni kita bagi nama A manakala yang kedua ni B.

Si A ni gaji kat syarikat dia lewat sikit dengan syarikat aku kerja.

Jadi tiap-tiap bulan dia akan hutang dengan aku dalam lima hari atau seminggu, lepas tu dia bayar balik.

Aku ada sikit tak selesa jugak, tapi nanti aku pindah syarikat lain, mungkin aku akan tipu dia kot yang gaji aku sikit lagi tak dapat bagi kau hutang dah.

Aku syak sebab dia berhutang nj mungkin nak bayar komitmen rumah tangga dia kot tiap bulan. Aku dah mula pikir pasal kewangan kalau kahwin ni.

Tapi mamat B yang kedua ni memang besar punya masalah. Pinjam duit aku katanya nak bayar 1/5/2023. Sampai sudah tak bayar lagi, mengelak pulak jumpa aku.

Semalam aku jumpa dia, dia cakap minggu depan nak bayar. Dia minta maaf dengan aku sebab dia ada nak bayarkan kat makwe dia duit apa benda entah.

Aku pun duk pikir kenapa lah kau gatal nak bercinta kalau duit pun takde.

Bulan ni hampir short sikit lah aku, tapi dah dekat nak gaji aku kira bolehlah tu.

Sebab aku simpan duit biasa dua kali, satu aku dah tolak RM650 mula2 dapat gaji, pastu aku simpan pulak balance akhir bulan.

Tapi nampak gayanya akhir bulan ni mungkin tak dapat simpan kot, simpan yg awal bulan je gara2 brother ni.

Aku nak je berkahwin mula2, dah install omi siap jugak nak berkenalan sebab aku ni suka budak2. Nak jugak main ngan baby sendiri.

Tapi pikir2 balik kalau macam ni lah baik tak payah kan. Hidup aku duduk bujang ni bukan susah sangat.

Tak mewah sampai boleh pakai BMW ke Honda Ketam ke, tapi ok lah kewangan stabil.

Ni belum lagi kalau dapat bini yang perah habis habisan duit laki, bukan aku tak pernah tengok benda ni terjadi.

Raya baru ni ada je tanya “Awak bila nak kahwin?”

Aku macam biasa sengih2 je ngan makcik sebab dah tahu modal berbual.

Tapi aku bimbang nanti umur aku nak masuk 40an nanti boleh jadi jugak kot ada bunyi2 paksaan untuk kahwin. Hahaha..

Minta pendapat semua pasal kewangan kalau kahwin ni. Huhuhu..

– Nama Tak Payah beritahu Lah, haha (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *