Dilema Pasangan Takut Berkahwin

Assalamualaikum semua. Saya lelaki bujang berumur 32 tahun. Sedang menjalinkan hubungan dengan seorang wanita bujang yang juga sebaya. Kami sudah menjalinkan hubungan lebih setahun.

Pada awal perkenalan, saya memang tertarik dengan perwatakannya kerana beliau agak berbeza berbanding wanita biasa.

Beliau seorang yang lembut, educated dan quite a reserved woman. Beliau tidak suka membuang masa dan rajin mencari pelbagai ilmu daripada ilmu agama, parenting, kekeluargaan sehinggalah kepada ilmu kewangan.

Sikap dan perwatakannya banyak mengubah saya dari seorang yang culas dalam solat sehingga saya mampu untuk hadir berjemaah subuh di masjid.

Malah sejak mengenalinya jugak saya lebih aware terhadap pengurusan kewangan saya sehingga saya mampu membeli sebuah rumah.

Dipendekkan cerita, di tengah perkenalan kami beliau mengaku beliau pernah melakukan perkara tidak elok dengan lebih 20 lelaki sebelum ini. Namun tidak sampai ke tahap berzina.

Saya agak terkejut kerana melihat dari segi penampilan dan pergaulannya, saya tidak menjangkakan beliau adalah orang sebegitu.

Tetapi, saya masih merasakan beliau adalah seorang wanita yang baik dan mampu menjadi ibu yang baik untuk anak-anak saya kelak. Bagi saya itu kisah silamnya, dan sepanjang perkenalan kami saya melihat beliau begitu bersungguh-sungguh memperbaiki dirinya.

Beliau masuk kelas agama, menghadiri pelbagai seminar, mengikuti pengajian2 kitab, membaca buku2 ilmiah. Setiap kali beliau dapat satu ilmu baru beliau akan share pada saya dan dari situla lama kelamaan saya berubah menjadi orang yang lebih baik.

Cuma satu kerisauan saya apabila beliau berkehendak kepada perkara tidak elok beliau akan bertindak di luar kawalan. Adakalanya beliau akan meminta daripada saya, adakalanya beliau meminta kebenaran untuk berjumpa teman2 lamanya.

Saya menolak dan menegaskan kepadanya saya tidak mahu menyentuhnya selagi kami belum berkahwin dan saya juga tidak membenarkannya untuk berjumpa mana2 lelaki lain.

Kebiasaannya beliau akan menurut kata saya dan hanya melakukannya sendirian. Namun secara jujurnya, sebagai lelaki saya jugak kadangkala gagal untuk mengawal nafsu saya.

Beberapa bulan lepas, ketika kami berjumpa, beliau berkehendak kepada perkara berkenaan dan pada hari itu saya gagal menolaknya.

Sebelum ini saya berkali-kali terdetik di hati bahawa beliau hanya menguji saya dengan mengatakan beliau pernah melayan ramai lelaki, tapi pada hari itu saya merasakan beliau tidak bergurau.

Beliau kelihatan begitu berpengalaman. Itu adalah pengalaman pertama saya jadi saya tidak mampu menolak godaannya.

Selepas kejadian tersebut, beliau meminta maaf dan kami lebih berhati-hati memilih waktu dan tempat untuk berjumpa. Namun, saya kerap kali terbayangkan beliau dan cara layanannya.

Saya merasakan sudah sampai masa kami berkahwin. Namun setelah beberapa kali saya mengutarakan niat untuk berkahwin, beliau masih tidak membenarkan saya berjumpa ibu ayahnya.

Alasan yang diberikan pada saya setiap kali ialah beliau takut, beliau merasakan dirinya belum mampu menjadi isteri yang baik. Beliau tidak yakin untuk menggalas tanggungjawab seorang isteri dan selalu merasakan dosa2 silamnya masih belum terhapus.

Walhal saya merasakan dia adalah wanita yang sangat sempurna. Saya yakin dengan sikapnya yang lembut itu beliau mudah untuk dibentuk. Bagi saya juga beliau sudah begitu bersedia dari segala segi.

Tetapi beliau masih rasa ragu-ragu dengan diri sendiri. Kadangkala saya terfikir adakah dosa lamanya yang membuatkan dia rasa begitu.

Saya perasan beliau memang seorang yang agak perfectionist. But she’s being too hard on herself.

Beliau sering merasakan dirinya tidak cukup dan mungkin akan jadi penyebab kepada kegagalan rumah tangga kami kelak. Kegagalan hubungannya yang dulu seolah-olah menarik segala keyakinannya.

Beliau sering menyalahkan diri sendiri atas perpisahan tersebut. Pengalamannya bersama lebih 20 lelaki yang kebanyakannya suami orang juga membuatkannya lebih takut dan merasakan saya akan menjadi seperti lelaki-lelaki tersebut jika beliau tidak menjadi yang terbaik.

Beliau berulang-ulang kali menyebut beliau tidak cantik (i swear she is beautiful. She has a sweet and seductive smile), tidak kaya (she already own a house, car and land),

Tidak alim (kalau tidak alimnya tu sudah boleh mengubah saya untuk subuh berjemaah di masjid, saya rasa beliau sudah tidak perlu jadi ustazah), tidak baik (saya menerima kisah silamnya dan saya melihat sendiri usahanya untuk menjadi baik).

Saya tidak faham sesempurna apa lagi beliau ingin jadi.

Saya tidak ingin kejadian tempoh hari berulang kembali. Yang paling saya takuti adalah beliau kembali berjumpa teman2 tidak baiknya itu.

Walaupun beliau sangat jujur dan transparent dengan saya, namun saya masih risau kerana hasutan syaitan ni lagi kuat kepada orang yang nak berhijrah.

Saya tidak ingin terlalu memaksa namun saya jugak tidak ingin berlengah-lengah untuk menghalalkannya.

Bagaimanakah cara saya ingin memujuknya untuk berkahwin tanpa perlu menunggu segala-galanya sempurna?

– Mohamad (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *