Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
Aku adalah salah seorang yang sangat suka baca luahan dekat IIUM Confession ni. Hari ni aku pulak terasa nak buat confession dekat sini. Confession aku ni sebenarnya takda benda yang best sangat pun tapi aku rasa korang mesti pernah jugak berdepan dengan apa yang aku berdepan ni. Harap-harap Admin sudi published confession aku, hehe high five sikit :D
Okay nama aku Yana dan berumur dalam awal 20-an. Wait, tak awal jugak la sebenarnya, dah tengah-tengah nak ke hujung 20-an, haha. Aku sekarang bekerja dalam sektor kerajaan. Aku baru lagi sebenarnya kerja dalam sektor kerajaan ni. Tapi dah dua jabatan aku pernah berkhidmat. Sebenarnya apa yang aku nak confess hari ni adalah berkenaan dengan spesies manusia dalam sektor kerajaan ni. Before aku berkhidmat dengan kerajaan aku dah pun berkhidmat dengan syarikat swasta, memang dia punya perbezaan tu besarrrr sangat la sebab kalau dekat swasta ni kau kena perform, tak perform ibaratnya kau korek liang lahad untuk kerjaya kau sendiri.
Okay back to jenis manusia dekat sektor kerajaan ni. Dekat dalam sektor kerajaan ni kau akan berjumpa dengan berbagai orang, tapi aku cuma nak highlight dua golongan ni je yang aku paling tak boleh terima sepanjang aku kerja kerajaan ni. Biasa la tiada manusia yang sempurna, aku pun apatah lagi. Tapi aku rasa ramai jugak orang yang tak boleh terima spesies yang macam ni.
1. Spesies MLM
Haaa, you named it, dari Affiliiate, Phytoscience, Hai-O, Amway, Cosway, Tupperware, dan segala jenia malware ada dengan orang kerajaan ni. Sesetengah tu okay, pandai bahagi masa time nak MLM, dan ada jugak yang tak pandai, yang aku concern ni dengan orang yang tak pandai ni la. Dah tau tak pandai nak bahagi masa, buat satu kerja je la ye cik kak cik abang sekalian, ni semua benda korang nak kaut tapi at last berterabur, MLM ke mana, kerja ke mana.
Dekat ofis aku ni banyak kes. Pagi datang punch card lepas tu hilang pergi meeting la demo la, recruit orang la, sedangkan kerja dekat ofis orang lain nak kena tanggung. Please jadi la manusia yang bertanggungjawab. Aku tengok orang yang buat MLM dekat ofis aku ni dekat Facebook dia bukan main motivasikan orang, sedangkan kerja yang terkucar-kacir dekat ofis dia sikit pun tak hairan. Lepas tu dengan lantang sound orang tak nak bagi peluang pada diri jadi orang berjaya. Aku serius menyampah gila orang macam ni, apa kau ingat kejayaan tu dihitung dengan duit banyak ataupun kereta besar mahupun rumah yang mewah?
Aku respect kalau kau rasa dah kaya dapat banyak duit, resign and bagi post jawatan kau tu dekat beribu lagi graduan yang perlukan kerja, ni tak, tiap-tiap bulan kau nak jugak duit gaji masuk akaun, duit MLM tu pun kau nak. Apehal la yang tamak sangat? Memang kalau buat MLM ni korang belajar untuk tamak harta ke? Maaaf la kalau ayat aku ni kasar, tapi aku cukup marah kalau korang tinggalkan kerja hakiki korang untuk pendapatan sampingan korang tu. Korang tau tak kalau kerja kerajaan ni gaji korang tu rakyat yang bayar? Rehat lebih masa sebab pergi ambil barang and delivery barang dekat customer, tu tak kira lagi waktu kerja asyik melekat dengan telefon sebab upline call la, cari prospek la, sibuk balas message customer la. Memang la korang rajin cari duit, tapi rajin-rajinkan la jugak cari keberkatan dalam rezeki korang. Utamakan tanggungjawab korang pada kerja hakiki korang dulu.
Paling aku tak suka dengan spesies ni, dia punya paksaan dekat rakan sekerja untuk join tu tahap mintak pelempang 360 darjah. Dia tak faham kalau kau cakap tak nak. Apa yang boleh buat dia faham kau ignore je call or terus je block whatsapp diorang. Tu je makan dia. And lagi satu diorang ni suka sindir, nak-nak time diorang nak dapat bonus tu. Apa lah sangat harta dunia, kalau ajak aku ni MLM untuk saham akhirat, laju je aku nak join. Ni ajak aku malam-malam pergi house meeting, weekend pergi jual barang cari prospek. Bila masa yang korang bersama dengan family? Bagi aku kalau korang sanggup berkorban nak buat, buat la, tapi jangan persoal orang lain kalau dia tak nak join. Dah kalau korang rasa korang boleh secure dengan income korang, yang sibuk ajak aku tanpa jemu dah kenapa? Kata ramai lagi yang nak join, kalau aku tak nak lagi ramai yang nak berjaya, dah tu dalam sebulan 20 hari jugak kau jumpa aku ajak buat benda yang sama?
2. Spesies Manusia Tersempurna
Aku rasa spesies ni bukan dekat sektor kerajaan je, tapi dekat mana-mana pun boleh dijumpai. Tapi spesies yang dekat sektor kerajaan ni lagi annoying. Macam kerja aku, hari-hari memang kena based on Pekeliling, mostly semua benda yang aku buat akan ada SOP yang memang wajib kena ikut, kalau tak haa menjawab la dengan audit nanti. Spesies manusia tersempurna ni dia memang 100% bebas kesalahan. Kira kalau pekeliling tu ibaratnya dia la yang karang, semua dia serba tahu. Kau buat apa semua tak kena, dia buat baru okay. Tapi kalau time dia buat salah, haaaa siap la, habis semua nama dia kutip, kira macam kesalahan tu bukan dia yang punca, tapi salah tu datang dari dia dengar cakap si A mahupun si B. Segala salah dia buat akan letak pada bahu orang lain. Tepuk tangan sikit.
Lepas tu selain urusan kerja, urusan hidup dia pun dia la yang tersempurna. Dari anak sekolah sampai la hal suami isteri, dia la paling hebat. Anak dia la paling pandai, paling cantik. Suami dia la paling kacak, paling romantik tahap berbulu. Kiranya kalau dalam drama kencing manis pukul 7 tu dia la watak hero mahupun heroin dalam tu. Haih, berpijak la pada bumi yang nyata, tak mati pun kalau mengaku kita buat salah atau kelemahan kita. Buat salah tu la yang kadang-kadang mengajar kita tau tak. Kalau kita tak pernah buat salah bila masa kita nak belajar?
Kadang-kadang spesies ni boleh bermasam muka dengan kita sebabnya kita puji kerja orang lain, kalau boleh dia je la yang layak terima pujian dan anugerah apa-apa. Kalau orang lain dapat anugerah pekerja terbaik, golongan ni la yang akan paling kepoh persoalkan kenapa si A tu yang dapat, kenapa si B dan C pun boleh dapat. Habis tu tiap-tiap tahun kau nak bolot anugerah? Haa, sila la kerja bukak company sendiri, tiap-tiap tahun boleh calon nama sendiri dapat anugerah. Selain pada persoal rezeki orang lain nak dapat anugerah, golongan ni jugak suka persoal kerja orang lain. Kiranya orang tu buat kerja tak kemas macam dia. Ibaratnya semua benda dia pernah buat, senang cakap dia la palig hebat dari segala aspek.
Bagi aku kalau rasa diri kita bagus, atau memang dah ada sifat riak yang tak boleh nak tepis ni, kau diam pun jadi la, tak payah sibuk-sibuk bandingkan diri kau dengan orang lain. Orang yang hebat kalau dia tidur pun orang tau dia hebat, tak payah nak pum pang pum pang explain diri kita the best and condemn others sebab confidence is silent, insecurities are loud. Tu je aku nak cakap.
Okay la, ni je la yang aku nak potpet kan. Sorry kalau terpanjang berjela. Aku harap confession aku ni diterima untuk disiarkan sebab aku nak korang tahu yang pekerja picisan macam aku ni pun ada hati dan perasaan jugak. Biasa la kerja dekat mana pun akan ada dugaan tapi macam yang aku dah cakap awal-awal perenggan lagi la, dua golongan ni je yang aku cannot go. Yang malas, lambat datang kerja ke, buat kerja last minute ke, tu biasa la, setiap orang pun ada part yang dia kekurangan sikit. Aku pun masih pekerja yang banyak kekurangan lagi. Tapi bab keberkatan rezeki dan ganggu kerja orang ni aku rasa memang tak patut wujud dekat mana-mana sektor pekerjaan pun. Semoga lepas ni kita sama-sama perbaiki mana yang kurang dalam diri kita and terima kasih sebab baca confession aku ni sampai habis ;)
– Yana The Gomen Staff
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit