Dilema Peminat Drama Jepun

Assalamualaikum..

Harap admin sudi siarkan confession saya..terima kasih

Saya R, perempuan dan suka sangat tengok drama Jepun..drama pertama saya tengok ialah Hana Yori Dango pada taun 2009 macam tu..dah seratus lebih drama saya tengok..dan masih menghitung…dulu minat drama Korea tapi dah stop selepas pendedahan pada drama Jepun..

Tapi di sini saya ingin ceritakan apa yang saya hadapi sebagai peminat drama Jepun..minta maaf kalau saya campur aduk kan perkataan Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu atau short-form sebab lebih senang untuk saya terangkan..

1. The best drama yang ditunjuk kan belum ada lagi

Selalunya kalau nak tahu drama yang best atau baru, saya tengok kat youtube.. tapi bila cari kat website, tak ada.. kadang-kadang drama tu taun lepas punya… masih lagi takde..atau ikot jenis website..ada yang amik drama tu, ada yang tak..jadi kene lah tunggu atau tengok drama lain..

2. Tak boleh terima cara orang Jepun

Kebanyakan akan cakap orang jepun ni pelik-pelik.. yelah siapa yang tak pelik bila mereka suka buat muka hodoh..tapi bagi saya benda tu klakar..mungkin saya mudah ketawa, jadi saya rasa tu lucu.. macam cerita My Boss My Hero.. buat muka bengis supaya cikgu tak panggil.. sampai sekarang saya akan ketawa kalau tengok scene tu…hahaha

Mereka tak kisah buat macam tu walaupun ada yang tak suka sebab melebih lebih..memang itu cara lakonan mereka..selain gerak tubuh, intonasi, ekspresi muka juga mainkan peranan.. tak perlu nak sentiasa cantik atau hensem.. itu yang buatkan drama Jepun menarik..

3. Tiada penghargaan pada drama Jepun

Ramai tengok drama Korea.. kebanyakan peminat drama Korea tak nak cuba tengok drama Jepun sedangkan banyak drama Jepun yang best..

Kalau ada yang tengok, suka banding kan pelakon Korea yang hensem, muka pelakon-pelakon nampak flawless, pemandangan yang cantik… Tapi drama Jepun masih di tahap tinggi pada proses penceritaan, kualiti, gaya lakonan, ketulenan dan lebih realistik..

4. Love story tak best

Kalau tengok drama Jepun, orang terlalu berharap cinta mereka bersambung, berputik atau pada akhirnya mereka bersama, berkahwin… Drama jepun ada pelbagai genre seperti law, mystery, crime, detective, suspense, school, psychological dan lain-lain.. tapi tak semua perlu penekanan pada cinta..

“Don’t judge J-Drama by its cover” kalau tengok cover ada pasangan lelaki dan perempuan..Jangan harap ada percintaan yang akan membuah kan hasil.. kebanyakan nya tiada..tu typical Jepun..

Nak yang betul-betul romance, cari lah yang memang ada d’tulis genre romance..hanya kerana cinta tak seperti yang d’harapkan, terus cakap drama Jepun tak best..sedangkan jalan cerita yang d’sampaikan menarik, pelakon beri impak yang hebat dan banyak pengajaran.. tapi “cinta” pula yang d’fokuskan..

5. “Tengok drama Korea ekh”

Typical perempuan, mesti cakap tengok drama Korea..tapi bila saya cakap saya tengok drama Jepun, mereka hanya senyap atau bagi reaksi terkejut..hahaha

Walaupun tak ramai tengok drama Jepun, kami setia…melainkan yang suka cinta cintun, pasti beralih arah..huhu

6. Tak hensem

Tengok drama Jepun, mesti ada cakap
“Buruknya muka dy”
“Apasal rambut dy mcm tu”
” Entah apa2 baju yg dy pakai”
” Yang tu lagi hensem daripada hero”
Kadang2 sedih orang cakap mcm ni.. tak nak tengok hanya benda remeh temeh..

Pelakon-pelakon Jepun bukan nya tak hensem tapi apa yang ada, itu lah mereka..mungkin mereka tak standardize kehenseman untuk orang-orang luar..

7. Tiada kawan nak kongsi minat

Yang ni memang susah sikit..d’sebab kan sumber drama Jepun pon cari sorang2, nak fangirling payah sikit…memang ngadap laptop senyum, ketawa, nangis sendiri2..hahaha

Kawan-kawan dah cop saya sebagai “hantu jepun”..Nampak macam lonely tapi saya enjoy dengan apa yang ada…hehe

Akhir sekali, terima kasih kalau baca sampai habis walaupun tak seberapa.

– R

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit