Dilema Pengasuh

Assalamualaikum, Terima kasih admin sekiranya luahan ini tersiar. Aku cuma nak mohon pendapat pembaca sekalian.

Cerita dia macam ni, aku hantar anak aku yang nombor 2 ni kat pengasuh, mula dari umur 4 bulan sampai la 2 tahun untuk akhir tahun 2024 ni. Bayar tiap2 bulan adalam RM400, kawasan aku ni kawasan kampung.

Bayaran tu agak tinggi tapi sebab pengasuh ok dan jaga anak dengan baik, aku ok je la. Bayaran ni tak termasuk makan dan juga kalau terhantar awal atau ambil lewat sangat sampai pukul 7 petang.

Pada mulanya tempoh untuk hantar anak tu dari pukul 7 sampai pukul 6 lebih macam tu. Kadang dekat pukul 8 baru aku hantar anak aku pergi rumah pengasuh. Kalau hantar awal dapat balik awal dan kalau hantar lewat memang akan balik lewat.

Kerja aku pulak memang sibuk dan kadang pukul 6.30 baru sampai rumah pengasuh. Jarak dari ofis ke rumah pengasuh dalam 20 – 30 minit time balik waktu petang tu sebab jem sikit.

Tapi awal masa nak ambil dia jadi pengasuh yang paling lewat aku akan ambil pukul 6.30 sebab memang aku dah bajet masa tu.

Untuk anak yang sulung aku hantar ke taska. Yang anak ke 2 ni aku hantar pengasuh sebab anak aku yang sulung tu selalu sahaja sakit dan aku terpaksa ambil cuti.

Jadi bila ada dengan pengasuh ni, anak jarang sakit, kalau setakat batuk sikit2 dan selesema, aku akan hantar ke pengasuh. Melainkan simptom2 tu teruk sangat baru aku tak hantar sebab kesian jugak kat pengasuh.

Dalam sebulan tu memang takkan penuh hantar sebab mesti akan ada sehari aku bercuti atau kadang pengasuh bercuti.

Masa mula2 hantar, ayah pengasuh sakit dan aku faham kalau dia mintak ambil awal sikit anak aku dalam pukul 6. Kadang pengasuh mintak cuti sebab nak jaga ayah dia, aku bagi je sebab faham keadaan dia dan tak mintak kurang pun gaji.

Ada tu anak asuhan yang di jaga bersama dengan anak aku berhenti sebab selalu cuti dan parents baby tu payah nak cuti. Pengasuh aku ni ada mengadu jugak la.

Masa ni aku rasa macam nak cari pengasuh lain jugak sebab selalu sahaja cuti dan kebetulan aku dan suami memang tak dapat nak cuti.

Tapi aku bertahan dan sabar dan berharap agar keadaan pulih seperti sediakala. Aku pun faham kesusahan pengasuh aku ni tapi dia pun kene faham kerja orang berbeza2, jadi kene berlapang dada andai parents mintak untuk berhenti.

Tak lama lepas tu ayah pengasuh meninggal dunia dan keadaan kembali kepada sediakala. Pengasuh aku ni baik, jaga anak aku dengan baik. Cuma ada kadang tu da mintak cuti yang mana masa tersebut aku dan suami tak dapat cuti jadi terpaksa hantar anak ke tempat lain.

Aku ada bagitahu pengasuh yang kalau aku atau suami tak dapat cuti time pengasuh mintak cuti, aku mintak jasa baik untuk tolak gaji RM20 sehari. Aku cakap yang masing2 cuti tak banyak. Kene simpan jugak cuti time anak tak sihat.

Kadang tu dalam sebulan ada jugak aku tak hantar anak sampai 2 minggu, tapi aku tak tolak pun gaji, bayar full macam biasa, yang tu aku tak kisah sebab sendiri yang tak mahu hantar.

Aku pun harap pengasuh faham bila aku cakap aku nak tolak gaji kalau dia mintak cuti sebab aku nak kene bayar harga harian kat tempat lain yang mana memang aku kene topup lebih dari gaji RM20 tu.

Pengasuh setuju dengan syarat demikian. Tapi aku perasan yang dia macam tak berapa suka bila aku tolak gaji tu. Dari segi gaya balas whassap pun kita dah boleh tahu kan.

Tapi aku malas nak fikir sangat sebab benda kecil je tu, yang penting aku tolak gaji kalau memang aku atau suami tak boleh nak jaga anak time dia cuti.

Akhir tahun ni pulak banyak hari yang dia mintak cuti dan aku ok je, tapi aku ada bagitahu yang aku akan tolak gaji dia, jadi gaji untuk bulan depan tu akan berkurang.

Kebiasaannya aku akan masukkan gaji awal bulan atau sebelum masuk bulan laon. Kadang pengasuh mintak awal, aku bagi je sebab kot dia nak guna untuk benda penting ke.

Bila aku cakap macam tu, tiba2 whassap cakap mula tahun depan, dia akan cas extra sekiranya aku ambil lebih dari pukul 6 petang atau aku bayar gaji hari hantar anak je kat dia dengan bayaran RM30 sehari.

Aku rasa macam tak patut la sebab masa awal2 nak jaga takde cakap macam tu pun. Dah 2 tahun jaga tiba2 cakap macam tu. Kalau bayar gaji hari, memang lari la bajet aku nanti. Dah mengalahkan hantar kat taska.

Mak aku dulu pengasuh jugak, bila anak asuhan tu dah umur 3 tahun ke atas, mak aku kurangkan bayaran sebab dah besar kan. Tapi yang ni siap suruh bayar gaji by hari.

Kalau tiap-tiap hari hantar, memang bayar duit kat pengasuh saja RM600. Mengalahkan bayar yuran bulanan taska anak aku yang sulung.

Sekarang aku dalam dilemma sama ada nak cari pengasuh baru atau cari alternatif lain ke macam mana. Aku ada tanya pengasuh, untuk bayar awal tahun ni nak aku bayar by hari atau bayar macam biasa RM400 tu.

Dia cakap bayar by hari, tapi kalau ambil lebih dari pukul 6.30 akan cas RM5. Sebelum ni aku ambil anak awal lagi2 kalau hari khamis tu, aku tak berkira pun.

Pengasuh aku jaga anak aku ni baik, tapi tula, sebab upah pengasuh ni yang buat aku dalam dilemma nak cari pengasuh lain atau kekal sahaja atau hantar anak kat taska kakak dia.

Mohon pembaca bagi pendapat ye. Terima kasih.

– Ibu Pening (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

5 Comments

    • saya setuju dengan awak….lagi better hantar taska….lebih mudah…sekali jalan hantar kakak dgn adik…taska nie bagus anak2 boleh belajar macam2….dapat juga ilmu…

  1. Sis, rasanya dah boleh hantar ke taska dgn kakaknya. Mudah ambil & hantar sekali. Lagi pun anak dah 2tahun & fasa infant dah berlalu. Jgn lupa ambil vaksin tambahan yg perlu untuk anak sebab kita tau risiko di taska.
    Kita usaha & tawakkal je sis. Bukan berkira kewangan tapi kita pilih yang terbaik agar tidak membebankan. Anak-anak membesar dan ada banyak lagi expenses yang diperlukan.
    Moga dipemudahkan segala urusan sis

  2. Saya sebagai pengasuh mohon puan untuk cari sahaja pengasuh lain atau hantar sahaja anak ke taska. Mmg pengasuh baik dah jaga anak tapi kalau harga macam tu, saya sendiri sebagai pengasuh terkejut. Kalau parent tak hantar kena tetap bayar penuh sebab sendiri tak hantar, itu betul. Tapi bila pengasuh cuti, auto kena tolak sbb pengasuh yang tutup ‘kedai’ . Saya kalau cuti sakit pun tetap akan minta parent kurangkan bayaran brdasarkan hari sy cuti, tak tergamak saya nak bayaran penuh sebab sama2 cari makan. Saya mengasuh di bandar. Mengasuh isnin-jumaat (7pg-7ptg) kalau lebih masa sy charge sejam rm5. Harga bulanan RM450 termasuk makan. Saya ada sediakan rpa, ebook dan jadual harian anak2 asuhan berdasarkan umur sbb sy dulu belajar degree pendidikan awal kanak2. Sy tak mengasuh (jaga) shj. Utk kes puan mmg SANGAT TAK BERBALOI. Harap puan berhentikan anak, jangan turutkan kemahuannya nanti makin besar kepala pengasuh tu.

  3. Hantar je anak tu playschool lain. Pengasuh tu ambik kesempatan la cas mahal.. sbb gaji dia kan kena potong kalau dia cuti. Pandai dia nak pusing balik gaji bulanan dia dgn cas by hari.

    Kalau kau layan jgk mcm dia mintak tu.. lagi sakan la lepas ni dia cuti. Tak payah entertain org mcm ni. Tambah semak kepala.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *